Rabu, 16 April 2014

CUKUR JAMBUL SITI RAFQAH ATIQAH

CUKUR JAMBUL SITI RAFQAH ATIQAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

04 April 2014 time tu Rafqah dah 2bulan 1/2. Sepatutnya time 7 hari atau 14,21 hari. almaklumlah lari bajet tu yang buat lambat.

Ini pun Abah Nurul & Ibu mentua Nurul kat sabah yang banyak membantu bagi tambah bajet buat kenduri ini terima kasih untuk semua yang banyak membntu agar majlis ini berjalan dengan lancar.


 Ibuku banyak membantu memasak 2 hari die masak hanya dia sorng je. La time ni time orng tengah xde air nasib baik time nak buat kenduri air kuar. alhamdulllh..

Alhamdulillah kami dah di kurniakan 1 cahaya mata Siti Rafqah Atiqah.

Semoga kami jadi keluarga bahagia hingga akhir hayat kami.

Adam dengan aksi silat dia


member-member ikram pun datang majlis kesyukuran & cukur jambul Rafqah Atiqah

Si Kamal dengan Joker pukul 12am baru sampai x sempat nak tengok anak member die pakai baju cantik hehehhehehe



 maklong pun nak bergambar dengan Atiqah jugak..





aksi muka Rafqah Atiqah dah mula mengantuk.. x larat nak tunggu lama sangat.. akhirnya dia tertidur.






 Ibu ni Rafqah dah tidur pun nak bergmbar jugak.


 Orang surau yang hadir. terima kasih abah sebab jemput kawan2 dia datang umah.
ramai betul sampai ada orang lagi yang x boleh masuk tepaksa tunggu kat luar.
alhamdulillah duit salam cukur jambul Siti Rafqah Atiqah..

Rabu, 5 Mac 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

SAAT NAK BERSALIN, PENGALAMAN PERTAMA.



  
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Akhirnya habis jugak hari berpantang. lega rasanya boleh lah Nurul makan makanan yang Nurul nak tapi masih kena jaga2 lagi sebab Siti Rafqah Atiqah susu badan.


OK, jom kita terjah pengalaman Nurul ketika bersalin seperti mana Nurul pernah ceritakan sebelum ini nak pergi kes BP kat hospital pada 04/01/2014, pmbukaan rahim Nurul dah 1cm. Tpi Nurul tak kena tahan wat pun boleh balik rumah.

Pada 11/01/2014, dah mula sakit pinggang x sakit sgt rasa sakit sikit je.
yang jadi Nurul nak ke hospital sebab ada tanda kuar lendir merah kat ptn liner Nurul.
Nurul send pic tu kat Kak Lia & Ibu Mentuaku dorang yang suruh Nurul pergi Hospital.
perkara yang kecewakan Nurul masih 1 cm & boleh balik rumah.

My Hubby kerja pagi balik petang Ibu Mentuaku dh sampai K.L & dok kat Hotel Hari Hari Taman Maluri. Oleh kerana Nurul masih x sakit lagi Ikram bawa Nurul pergi Jumpa mak dia.

Ibu Mentuaku bawa Nurul & Hubby pergi makan memandangkan xde kereta pergi tempat yang dekat dengan Hotel tu je. Jadi kami makan kat Pizza Hut sebelah Jusco Maluri. Ibu Mentuaku ajak Abg HAras & Kak Erin, join sekali memandangkan dorg x balik keje lagi kami makan dulu. Dorang sampai je Pizza Hut dah nak tutup jadi kami tapaw je untuk dorang.


Dlam bilik Hotel Hari Hari, Taman Maluri

Uncle keluar pergi daftarkan anak die sekolah kolj jadi kita orang dok lepak dulu kt hotel sambil tggu Uncle smpai. ermmm kat Hotel ni ade siap khas komputer pulak apa lagi adik beradik Ikram & Abg haras Online la... dah lewat malam esok Ikram kje petang jadi Nurul & Ikram tidur kat Hotel Hari Hari.

Kalau x silap Nurul dalam pukul 4am perut Nurul dah rasa lain macam. Pinggang pun dah rasa sakit sangat sampai rasa x selesa sgt nak tidur. Nurul mintak Ikram tolong urutkan Nurul. Ermmm kejap2 rasa nak pergi tandas lendir pun masih kuar lagi tapi kali ni banyak sikit.

Ibu Mentuaku dah kata ni dah nak bersalin dah ni & ajak Nurul pergi hospital pagi 12/01/2014 tapi Nurul tak nak sebab takut masih 1 cm lgi jadi buang masa je pergi hospital pastu kena balik rumah. Jadi Nurul nak tggu sampai Nurul rasa dah tak tahan.

Rasa x tahan 2 memang dah x tahan dari pagi tu tapi Nurul x nak datang Hospital terlalu awal nanti kalau x tak sampai 4 5 cm lagi dorang tahan kat wad dulu tu yang Nurul tak minat tu. Pas Ikram pergi kerja pukul 1 petang Nurul dengan Ibu Mentuaku pergi makanan kat dominos Taman Maluri. Rasa sampai dah x boleh duduk dah tapi masih keras hati tak nk pergi hospital lgi.


Dah x boleh duduk btawaf kat dalam bilik Hotel. 

Nurul cuba tenangkan baby & cuba tahan sakit.
mana taknya, x tahan berdiri je tu yang Nurul duduk. Duduk rasa sakit pinggang pulak.

Dalam pukul 3.30petang Ibu Mentuaku call ikram bawa barang yang dia suruh beli. Lepas tu bawa pergi hospital. Oleh di sebabkan kerja ikram banyak lagi yang perlu di siapkan & Nurul x pasti betul2 nak bersalin hari ini atau tidak jadi Kak Erin suruuh Ikram habiskan kerja dia & kak erin je yang datang hotel bawa barang2 yang ibu mentuaku suruh bawa.

Kak Erin rasa lapr jadi dia ajak pergi makan dulu oleh di sebbkan Nurul x rasa nak pergi Hospitl lagi jadi Nurul kata ok je. So kami pergi makan kat Jusco Maluri. Kalau berjalan memang x rasa sakit sangat, duduk je sakit tu baru rasa kuat.
Ni time tengah tggu makanan sampai. Nurul makan ayam gorng je sebab bila duduk perut mula rasa sakit, nak makan pun rasa x selera.

Lepas makan kami pergi jalan2 dalam Jusco tengok ada barang murah apa hari ni.
Pastu ibu mentuaku dah ajak pergi hospital, time tu dah pukul 10.15 malam. Kebetulan pagi tadi mak Nurul pergi Pahang kenduri kahwin Siti kat keratong.
Nurul x perasan pulak yang mak Nurul ada call banyak kali. Mak risau sebab Kakak ipar Nurul kata Nurul dah nak bersalin. Nurul tak nak risaukan dia jadi Nurul kata Nurul ok je cuma kuar lendir & sakit pinggang sikit. Tak cakap pun sekarang ni dalam perjalanan nak pergi Hospital Ampang.

Dah pukul 10.25 malam, Nurul Dirawat dalam bilik  rawatan & doktor kata pintu rahim dah buka 4 cm. Nurul kena siap2 pergi bilik bersalin. 

Tunggu ikram sampai sebab ikram dalam perjalanan datang ke hospital.
Oleh di sebabkan ikram lambat sangat jururawat nak tolak Nurul ke L.Room skarang.
Rasa boring sangat duduk dalam L.Room. Ikram dah sampai tapi kena kuar balik sebab doktor nak periksa Nurul dulu. Dalam pukul 12.10 malam barulah ikram masuk.
Kesakitan mula sakit makin bertambah sikit demi sedikit. Doktor nak masukkan ubat tapi Nurul tak nak. Pukul 2 pagi Nurul dah mula rasa tak tahan. Doktor bagi Nurul Oksigen kalau rasa sakit sangat.

Jam dah pukul 3 pagi Nurul dah rasa betul2 tak tahan. pembukaan rahim Nurul dah 9cm. Doktor minta Nurul cuba teran. teran pertama tak menjadi doktor suruh Nurul tarik nafas panjang2 & cuba teran macam nak buang air besar. Nurul buat la jadi tapi tiba2 rasa nak batuk. Nurul cuba teran balik tapi x jdi. Nurul relax kejap & cuba terang lagi sekali.

Alhamdulillah kepala baby dah nak kuar. Doktor mintak Ikram tengok macam mana baby kuar. ermmm tahu takut bila tgk baby kuar, sakitkan... itu baru tengok baby kuar, En.Hubby kata dia terasa sakit. tapi dia x taw wanita yang tnak bersalin nyawa dia 50:50.

Alhamdulillah pada 13 Januari 2014 jam 3.30pagi, puteri kami Siti Rafqah Atiqah lahir dengan selamat & sihat.

 Alhamdulillah dah selamat pun bersalin.
berat hanya 2.38kg panjang 147cm.
pas bersalin baby dah kencing & berak so petang 13/01/2014, Nurul dah boleh balik rumah.




Ikram baru 23 tahun dah jadi seorang ayah.
Muka macm budak2 kalau bawa anak kuar mesti orang akan kata bawa adik bukan anak

 Rasa gembira & lega selepas bersalin hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa senangnya hati ini. Rasa sakit bersalin pun hilang. Rasa nak tambah lagi satu la smpat lagi ini untuk sama tahun hehehehehehe...
Gambar Siti Rafqah Atiqah pada hari yang ke 2.

Inilah Cucu2 nenek siah & Tok Man..
dah ada 3 cucu dah. Satu Anak seorang cucu,
Cucu sulung Aleesya, ke-2 Adam & ke-3 Atiqah.
Cucu ke-4 Aiman.. heehehe xdelah gurau jeeee..

** sebenarnya panjang cerita yang nurul nak kongsikan kat sini. tapi masa tu nk mengizinkan. kalau anak terjaga Nurul dah x boleh wat apa2 kalau dia tidur time tulah Nurul nak buat kerja rumah & masa untuk Nurul rehatkan bdan. 

Selasa, 7 Januari 2014

KAW KAW BURGER BAKAR AMPANG

KAW KAW BURGER BAKAR AMPANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

05 JAn 2014, Bangun lambat hari ni sebab berborak dengan En.Hubby malam tadi sampai pukul 4 pagi. entah apa kami borakkan pun kami x taw..

pukul 9 pagi baru Nurul bangun. BAngun2 terdengar suara Kak Lia kat ruang tamu. Kak Lia datang sebab nak berurut dengan mak Mira, pinggang kak lia urat belikat sampai nak sembahyang rukuk jadi sakit sangat.

pukul 9.30 pagi Nurul turun panggil mak Mira tolong urutkan kat umah tapi dia tengah ada pelanggan nk mengurut jadi mungkin pukul 11.30 nnt baru die datang umah Nurul utk urut Kak Lia. Dah pukul 12ptg tgh die x smpai lagi jadi pergilah rumah dia lagi takut dia x taw rumah Nurul kat mana. Rupanya dia baru habis mengurut. Waaaa lama betul..... Pukul 2.05ptg Mak Mira sampai.. Pukul 4.15 baru hbis dia urut Nurul jugak tapi kat kaki dengan badan belakang je... lege rasanya lepas urut hilang rasa sakit pinggang. Kak Lia hanya banyak RM40 je untuk 2 orang murahkan???? Jadi leh berpantang nnt leh brurut dengan mak Mira.

Jam menunjukkan dah pukul 8 malam. Kak Lia nak belanja kami makan Burger Bakar kat Restoran Mentara, Oleh di sebbkan Hujan x dapat makan kat tepi kolam. tengak kat Taman Dagang pulak ramai orang. Biasalah hari ahad ramai yang mkan kat luar lagi2 hujan dah habis makan pun masih dok kat situ jugak.

Abang Ijul ajak pergi makan kat restoran lain je. tapi kak Lia tetap dengan Misi die nak makan Burger Bakar jugak. JAdi dalam keadaan hujan lebat abang ijul pusing2 kat area ampang cari area yang jual burger bakar akhirnya jumpa jugak... Restoran Kaw KAw Burger Bakar Ampang yang pernah masuk kat TV jalan2 cari makan.


Senyum lebar kak Lia akhirnya dapat jugak dia nak belanje burger bakar.







Nilah muke2 yang tengah lapar x makan malam lagi.. 
Menunggu Burger Bakar masing2. tengok si kecik tu suka betul dia...


Dah sampai pun Burger Bakar Kak Lia & Abg Ijul.. tengok la air kak lia tu dah surut sebb tunggu burger lama sangat..
 
  
Pastu Nurul punya pun dah smpai.. 
 
Wat muke pulak Mak ni sebab die punye Chicken Permaisuri x sampai lagi...
Nurul Makan dulu lapar dah ni..



Last sekali mak punye.. Klau tak x sampai Chicken Permaisuri mak ni.. nasib baik tengok balik rest order yang dorg letak kat meja. tengok2 mak punya tak ada. 1/2 jam jugak baru perasan mak punya x tersenarai dalam list order.




Si kecik Adam ni nak MAktih punya sebab burger maktih banyak sayur..
Si Kecik ni mmg gemar betul makan sayur.
Tak sama macam budak2 lain yang kurang makan sayur.
Si Adam ni klau xde sayur dia jadi x selera nak makan..



Ni lah muka orang yang dah kenyang..
Terima Kasih Kak Lia sebab hari ni dah belanja Nurul Urut badan
pastu belanje burger bakar..

Lepas ni leh belanja anak buah anak yang bakal nak kuar x lama lagi....

Selamat Tahun Baru 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

31 Disember 2013, menunggu detik masuk tahun baru 2014.
20 May 2014 ni genab umur Nurul 23 tahun, & tahun ini jugak Nurul x sabar nak tggu orang baru dalam rumahtangga kami. Selamat Datang ke Family Al-Ikram.

Ketakutan mula terasa dalam diri bercampur dengan rasa tak sabar menanti orang baru yang akan menyinarkan kehidupan kami.

Azam baru Nurul ingin menjadi Isteri yang lebih baik dari sebelum ini & menjadi seorang ibu yang penyayang serta bertanggungjawab agar mendidik anak2 menjadi soleh solehah.
Mudah2an azam Nurul tercapai... Amin.....



Ni pic time malam tahun baru. Tengah siap2 nak kuar, En.Hubby balik keje En.Hubby nak bawa Nurul kuar dinner kat luar. tapi x leh jauh2 sebb Nurul dah sarat mengandung takut terjadi pape pulak. Takut karang bunga api meletup Perut Nurul pun meletup jugak...

X sempat lak nak bergambar time dinner tadi. Seronok sangat bersembang kosong sambil makan rasa macam baru kenal je. Banyak betul topic yang nak diceritakan & berkongsi impian yg kami inginkan. Sambil gelak ketawa x sedar makanan di atas meja dah licin kami pelahap sampai habis.

Jam sekarang dah pukul 11.59pm lagi 1 minit pukul 12.00am. Dalam REstoran tahun 2013 kuar restoran tahun 2014. Lama betul kami makan tadikan smpai berubah tahun.

02 Jan 2014, Nurul ada Check up kat Klinik Ibu & Anak Desa Pandan Jam 9am. Nurul ada masalah muntah2 akhir2 ni. jadi doktor takut Nurul  tiba2 ada darah tinggi jadi Nurul kne datang klinik setiap selang sehari 04/01, 06/01/ & 08/01. 09/01/2014 mmg tarikh Check Up Nurul datang Klinik Desa.

04 Jan 2014, check BP. Dalam pukul 8.30am baru gerak dari umah nk p check BP tapi syg klinik dah ttup. Jadi Nurul terus p check kat Hospital Ampang. Perkhidmatan yang baik, smpai2 dilayan dengan nurse yanng cantik yg mesra alam..

Nurul di minta tukar kain pink kat toilet & baring kat katil no 2. Oleh di sebabkan Doktor yang btugas hanya sorang je so pesakit kenalah bersabar. Doktor yang check Nurul Doktor Ferizah, seorang cantik, lembut & menjalankan tugas dengan baik. Suka Nurul tengok dia layan Nurul walaupun tgh kelam kabut dengan 5 pesakit temasuk Nurul hanya dia sorang sahaja doktor periksa pesakit.

Keputusan yang diberikan oleh Dr.Ferizah pintu rahim dah terbuka 1cm.
Tapi Nurul tak kena tahan pun sebb baru 1cm, Dr.Feri kata anak sulung ni selalunya pembukaan pintu rahim lambat sikit jadi Nurul boleh balik rumah dulu. Kalau ada rasa sakit memulas2, kuar air jernih, or kuar lendih berdarah terus pergi Hospital.

Dengan perasaan takut & seronok menuju ke Rumahku Syurgaku.
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI