Petua

MEMPERCEPATKAN MEMPEROLEHI ZURIAT

Zuriat adalah penyambung kasih sayang sepasang suami isteri yang telah diijabkabulkan, secara rasionalnya setiap pasangan tentu ingin memperolehi zuriat secepat mungkin, ingin menimang cahaya mata hasil dari perkongsian hidup suami isteri.

Tetapi banyak perkara yang harus diambil berat untuk mendapatkan zuriat yang baik, comel dan sihat. Hubungan seksual yang sihat akan melahirkan seorang bayi yang sihat.

Apa yang penting ibu bapa harus juga mengerti tentang kesihatan mereka, menjaga kesihatan mereka agar salah seorang dari suami atau isteri tidak kecewa dengan apa mereka usahakan bersama. 


PETUA SEBELUM MENGADAKAN HUBUNGAN SEKS
Sesuatu yang tradisi adalah warisan daripada nenek moyang kita. ibu bapa yang baik dan tahu tanggungjawab mereka sepenuhnya tentu ingin anak-anak mereka yang sudah berumahtangga menjadi sepasang suami isteri yang cukup bahagia.

berapa petua yang meraka sarankan sebelum melakukan hubungan seks:-
  1.  Memuji akan kecantikan isterinya, membelai mesra isterinya
  2. Bagi isteri pula harus merangsang suaminya dengan pujian juga. Seperti suaminya seorang yang cerdik, bijak atau rajin bekerja.
  3. Mengusap-usap bahagian yang menaikkan syahwat isterinya seperti bawah ketiak, payudara, di belakang telinga, leher, betis dan paha.
  4. Mengucup dan mencium isteri. Begitu juga bagi pihak isteri, hendaklah membalas perbuatan suami. Bercumbu-cumbuan sebelum melakukan hubungan seks adalah suruhan Rasulullah s.a.w
  5. Sebelum melakukan hubungan kelamin, suami isteri itu hendaklah memakai bau-bauan.
  6. Lakukan sesuatu yang menyukakan hati isteri.
  7. Tidak boleh bersetubuh jika isteri belum begitu bersetuju dan bersedia.
  8. Kemahuan yang serentak antara isteri dan suami akan menembahkan lagi kenikmatan dan menghasilkan benih yang baik.
  9. Tidak boleh memaksa isteri melakukan hubungan kelamin jika ia sedang tidur.

MASA YANG SESUAI UNTUK BERSETUBUH
Petua nenek moyang memang banyak faedahnya jika diteliti dan diamalkan. Melakukan hubungan seks juga ada cara dan waktu yang sesuai.

Petua-petua itu:-


  1. Bersetubuh dalam keadaan senang hati dan gembira.
  2. Jika badan lesu dan penat, hendaklah isteri dan suami itu berehat terlebih dahulu mengumpul tenaga, sebelum melakukan hubungan seks.
  3. Lakukan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru.
  4. Lakukan ketika perut tidak terlalu kenyang atau lapar atau baru lepas makan.
  5. Keadaan suhu bilik hendaklah sederhana.
  6.  
PANDUAN YANG HARUS DILAKUKAN SELEPAS BERSETUBUH
  1. Berehat sebentar, Jika belum terlena hendaklah suami isteri minum secawan air atau minuman panas untuk mengembalikan tenaga.
  2. Hendaklah membuang air kecil.
  3. Mandi dan membersihkan diri.
  4. Mengambil wuduk
Adalah dilarang melakukan hubungan seks ketika isteri dalam haid, atau melakukan hubungan seks melalui dubur.


SEBAB-SEBAB PASANGAN TIDAK MEMPEROLEH ZURIAT

Beberapa sebab mengapa suami isteri itu tidak memperoleh cahaya mata;-

  1. Kurang kasih sayang, mungkin si isteri dingin terhadap suami.
  2. Darah mereka tidak sesuai, disebabkan kahwin saudara pertalian yang begitu rapat seperti sepupu.
  3. Adalah masalah luaran atau masalah kelurga yang mengganggu hubungan kelamin mereka.
  4. Mungkin suami pasangan mandul. ( Lemah tenaga batin)
  5. Campur tangan kelurga boleh menyebabkan hubungan suami isteri itu menjadi dingin
  6. Suami atau isteri tidak dapt melayan pasangan mereka dengan baik kerana pasangan mungkin pilihan hati.
  7. Isteri berpenyakit dan lemah. Tidak dapat melakukan hubungan kelamin dengan baik dan bersungguh-sungguh. 
PANDUAN LEMAH BATIN
  1. Jangan terlalu fikirkan sangat masalah tersebut.
  2. Berterus terang dengan pasangan masing-masing untuk menyelesaikan masalah
  3. Bagi lelaki yang lemah tenaga batin mereka hendaklah makan akar kayu dan berurut dengan pakar perubatan tradisional yang mahir
  4. Menemui pakar perubatan 
PANDUAN UNTUK MENDAPAT BAYI YANG SIHAT
  1. Bagi ibu yang mula mengandung hendaklah menerima proses mengandung dengan rasa senang hati, redha dengan anugerah yang diberi tuhan.
  2. Suami harus menghormati perasaan isterinya kerana perempuan yang mengandung perlukankan banyak perhatian. Perhatian yang lebih dari suami boleh menggembirakan hati isteri. Anak yang dikandung akan proses yang cukup sihat.
  3. Pada bulan pertama hingga ke tiga jangan melakukan hubungan seks dengan kerap. Jika boleh berhentikan hubungan seks untuk sementara waktu.
  4. Perasaan harus dijaga selalu, jangan terlalu bimbang dan jangan terkejut. Jangan terlalu gembira, diikuti keguguran.
  5. Bagi ibu yang mula mengandung, jangan makan makanan yang berbisa seperti ikan sembilang, ikan pari, nanas dan tapai.
  6. Jangan duduk di muka pintu kerana menurut orang tua-tua, duduk di muka pintu boleh menyebabkan orang yang mengandung sukar melahirkan anak
  7. Makan makanan yang berkhasiat, ikan yang tidak berbisa sayur-sayuran yang berdaun hijau dan buah-buahan.
  8. Makan telur ayam kampung sebiji sehari untuk menambah kesihatan ibu dan anak
  9. Mengambil udara bersih setiap pagi akan menyuburkan anak dalam kandungan dan menyihatkan ibu yang mengandung.
  10. Ibu yang hamil harus mengawal perasaan jangan terkejut melihat perkara-perkara ganjil. Kerana perasaan yang ganjil ini boleh menyebabkan anak dalam kandungan terkena penyakit berkenaan.
  11. Tidurlah dan berehat dengan cukup setiap hari.
  12. Bila sudah sampai bulan untuk melahirkan anak, ibu harus banyak berjalan agar senang keluar bila tiba untuk bersalin.
  13. Berjalan-jalan di tanah lapang selama setengah atau satu jam setiap hari merupakan cara terbaik untuk ibu agar mudah melahirkan.
  14. Banyakkan minum air kalau boleh lebih kurang tuju atau lapan gelas sehari menambahkan kesegaran ibu yang mengandung untuk memudahkan ibu melahirkan anak.
  15. Jagalah hubungan suami isteri agar tenteram. Kemesraan yang lebih dari seorang suami boleh menguatkan jiwa isteri dalam saat-saat yang dia akan melahirkan anak.
  16. Semangat dan rangsangan dari seorang suami banyak membantu seorang isteri itu berasa gembira. Kegembiraan ini akan mempengaruhi bayi dalam kandungan.
  17. Banyakkan makan kerang rebus untuk mendapatkan anak lelaki.
BAYI YANG ANDA HAJATI
  1. Inginkan bayi rambut kerinting - Jika anda dan suami anda berambut kerinting, tidak ada masalah untuk mendapatkan anak yang berambut kerinting. Tetapi jika anda dan suami berambut lurus ingin mendapatkan seorang anak yang berambut kerinting, anda boleh berusaha sendiri. Makanlah lima hingga sepuluh isi kerang rebus setiap hari dari awal mengandung hingga cukup bulan.
  2. Inginkan anak berkulit cerah - ibu yang mengandung hendaklah banyak makan sayur bayam, selain dari itu lebihkan juga makan telur ayam kampung. Amalkan petua ini hingga melahirkan anak. InsyaAllah apa yang anda hajati akan termakbuk.
  3. Inginkan bayi yang berkulit bersih - Memang ramai ibu-ibu yang mengandung suka makan beras. Memgamalkan kebiasaan ini tidak sihat bagi ibu-ibu yang mengandung kerana dengan memakan beras akan menjadikan kulit anak anda kotor bila dilahirkan. Anda harus menahan keinginan ini. Jika datang selera untuk memakan beras, cuba minum air suam.
  4. Untuk mendapatkan bayi yang cergas - Selain daripada harus menjaga pemakanan dengan teliti, anda hendaklah makan ikan setiap hari, ikan ini daripada ikan laut dan ikan darat yang tidak berbisa.

PANDUAN MENGATASI MUAL KETIKA MENGANDUNG

Rasa mual dan loya memang dirasai oleh ibu-ibu di awal mengandung. Seorang wanita yang baru mengandung selalunya mengidam sesuatu yang aneh-aneh, keinginan ini disertai dengan rasa mual dan meloya.

Rasa mual itu adalah biasa bagi wanita yang mengandungi tidak membahayakan kesihatan anda. Selain dari mual, anda akan mengalami muntah-muntah ini tentu merungsingkan bagi ibu-ibu yang mengandung.

Untuk mengatasinya anda hendalah minum air suam, jangan sekali-kali minum air yang berlemak seperti susu, air kacang soya, makan asam sedikit-sedikit dan biskut keras satu jam sekali mungkin boleh mengatasi maslah ini.

PETUA MENGHILANGKAN RASA LETIH KETIKA HAMIL

Ramai ibu-ibu yang rasa letih dan cepat penat bila mengandung, anda boleh mengatasi masalah ini dengan menjaga masalah kesihatan anda, dapatkan makanan dan tidur yang cukup. Jika sebelum mengandung anda tidak ada masa untuk tidur di siang hari , tetapi bila mula mengandung, cubalah dapatkan waktu tidur maksima di siang hari satu atau dua jam setiap hari. Cara ini akan membolehkan anda mendapatkan tidur dan rehat yang cukup serta menghilangkan rasa letih.

TANDA-TANDA SEORANG WANITA ITU MENGANDUNG


  1. Tidak datang haid adalah tanda yang paling biasa. Tetapi ada juga yang tetap datang hingga enam bulan anda mengandung.
  2. Rasa mual dan muntah mungkin berlaku pada minggu pertama hingga minggu ke sembilan. Masuk minggu ke 10 keadaan ini mungkin berkurangan.
  3. Perubahan pada buah dada. Pada peringat awal mengandung buah dada mungkin berasa sakit. Pada pusingan enam minggu mengandung, buah dada akan menjadi besar dan pembuluh darah jelas di sekitarnya. Di sekitar puting susu akan timbul bintik-bintik hitam yang kian membesar dan warnanya menjadi gelap.
  4. Kerap membuang air kecil adalah ciri isterimewa seorang wanita yang mengandung. Bayi yang terus membesar akan terus menekan saluran kencing anda. Setelah kandungan anda masuk minggu ke 16, tanda-tanda ini akan berkurangan.
  5. Sembelit juga tanda-tanda seorang wanita itu mengandung jika selama ini anda pernah terkena sembelit, kemudian berlaku sembelit, itu mungkin menunjukkan anda sedang mengandung.
  6. Perubatan pada selera petasaan akan berlaku. Ada yang rasa mual, ada yang rasa pahit tekak, ada yang sering meludah dan sebagainya. Keadaan ini berbeza antara satu dengan lain kerana tanda  mengandung seseorang wanita tidak semestinya sama.

PERUBAHAN AWAL WANITA HAMIL


Selain dari rasa mual, 
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI