Selasa, 7 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

31 Disember 2013, menunggu detik masuk tahun baru 2014.
20 May 2014 ni genab umur Nurul 23 tahun, & tahun ini jugak Nurul x sabar nak tggu orang baru dalam rumahtangga kami. Selamat Datang ke Family Al-Ikram.

Ketakutan mula terasa dalam diri bercampur dengan rasa tak sabar menanti orang baru yang akan menyinarkan kehidupan kami.

Azam baru Nurul ingin menjadi Isteri yang lebih baik dari sebelum ini & menjadi seorang ibu yang penyayang serta bertanggungjawab agar mendidik anak2 menjadi soleh solehah.
Mudah2an azam Nurul tercapai... Amin.....



Ni pic time malam tahun baru. Tengah siap2 nak kuar, En.Hubby balik keje En.Hubby nak bawa Nurul kuar dinner kat luar. tapi x leh jauh2 sebb Nurul dah sarat mengandung takut terjadi pape pulak. Takut karang bunga api meletup Perut Nurul pun meletup jugak...

X sempat lak nak bergambar time dinner tadi. Seronok sangat bersembang kosong sambil makan rasa macam baru kenal je. Banyak betul topic yang nak diceritakan & berkongsi impian yg kami inginkan. Sambil gelak ketawa x sedar makanan di atas meja dah licin kami pelahap sampai habis.

Jam sekarang dah pukul 11.59pm lagi 1 minit pukul 12.00am. Dalam REstoran tahun 2013 kuar restoran tahun 2014. Lama betul kami makan tadikan smpai berubah tahun.

02 Jan 2014, Nurul ada Check up kat Klinik Ibu & Anak Desa Pandan Jam 9am. Nurul ada masalah muntah2 akhir2 ni. jadi doktor takut Nurul  tiba2 ada darah tinggi jadi Nurul kne datang klinik setiap selang sehari 04/01, 06/01/ & 08/01. 09/01/2014 mmg tarikh Check Up Nurul datang Klinik Desa.

04 Jan 2014, check BP. Dalam pukul 8.30am baru gerak dari umah nk p check BP tapi syg klinik dah ttup. Jadi Nurul terus p check kat Hospital Ampang. Perkhidmatan yang baik, smpai2 dilayan dengan nurse yanng cantik yg mesra alam..

Nurul di minta tukar kain pink kat toilet & baring kat katil no 2. Oleh di sebabkan Doktor yang btugas hanya sorang je so pesakit kenalah bersabar. Doktor yang check Nurul Doktor Ferizah, seorang cantik, lembut & menjalankan tugas dengan baik. Suka Nurul tengok dia layan Nurul walaupun tgh kelam kabut dengan 5 pesakit temasuk Nurul hanya dia sorang sahaja doktor periksa pesakit.

Keputusan yang diberikan oleh Dr.Ferizah pintu rahim dah terbuka 1cm.
Tapi Nurul tak kena tahan pun sebb baru 1cm, Dr.Feri kata anak sulung ni selalunya pembukaan pintu rahim lambat sikit jadi Nurul boleh balik rumah dulu. Kalau ada rasa sakit memulas2, kuar air jernih, or kuar lendih berdarah terus pergi Hospital.

Dengan perasaan takut & seronok menuju ke Rumahku Syurgaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI