Novelku

Nurul baru sahaja ingin blajar dan mahu belajar membuat Novel.. Mungkin jalan cerita ini tidak menarik, merepek dan bahasa yang serabut. Anda boleh Comment apa2 pun, Nurul ingin belajar dari kesalahan.


TERLANJUR MENCINTAIMU





BAB 1
Di Selangor, sebuah kampung nelayan ada satu keluarga anak gadis dan bapanya bekerja sebagai nelayan. Walaupun kehidupan mereka miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka tetap hidup bahagia dan tidak pernah merungut tentang kehidupan mereka.
   Nurul pelajar Sekolah Menengah kebangsaan  Sungai Besar yang akan menduduki SPM, adalah anak gadis yang mempunyai cita-citanya yang tinggi dan berminat dalam bidang Pengarah Filem. Ayahnya Nazrul sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap Nurul agar dia tercapai cita-citanya itu. Nurul kehilangan ibunya, Nabila sejak ia dilahirkan lagi. Nazrul tidak menyalahkan Nurul, kepergian isteri tercintanya, malah dia yakin ada hikmah sebalik semua ini.
   "Nurul, exam dah nak dekat ni aku tengok engkau duduk relax'"kata Shida kawan sekelas dan jiran terdekat Nurul.
   " aku bukan relax Shida aku takut exam nanti aku tak dapat buat sebab cita-cita aku nak tolong ayah aku. aku dah tak nak tengok dia ke laut lagi, dia dah tua sepatutnya duduk rumah" kataku sambil melihat pandangan taman sains sekolah.
   " aku dah lapar ni Nurul jom pergi kantin nanti waktu rehat habis" kata Shida sambil pegang perutnya. Kebulur sebab dari pagi dia belum makan lagi kerana lambat bangun.
   " shida! Shida lapar je engkau nikan dari tadi, dah jomlah. kataku sambil berjalan menuju ke kantin. sepanjang perjalanan ke kantin mulut Shida tak berhenti-henti lagi bercakap, Aku pula berjalan fikiran melayang ingatkan ayahku yang berada dirumah, macam manalah keadaan dia kat rumah? Aku nak ubah kehidupan ini agar kami tidak susah lagi. Peperiksaan ini aku mesti kena berjaya.
   "A'ah" tanganku ke bahu Shida. Tiba-tiba saya fikiran aku terfikir ingin ulang kaji pelajaran di pustakaan ketika balik sekolah.
   "ishhh!! engkau ni terkejut aku nasib baik aku tak ada sakit jantung " kata Shida sambil tangannya sapu-sapu ke dada kerana terkejut.
   "hahahahaha! engkau ni cantik la buat muka macam tu. aku suka. aku suka " kataku sambil ketawa. 
   " engkau memang suka sangat menyakat akukan dari dulu sampai sekarang sama saja perangai engkau" shida buat muka marah.
   " aduhhh! aku gurau je la Shida " sambil usap belakang Shida.
   " gurau pergi suraulah. erm engkau nak kata apa tadi? " Shida goyangkan badannya kerana rimas aku sapu-sapu belakang badannya.
   " marah nampak! marah kena jual"
   " cepatlah engkau nak kata apa tadi? " matanya menjeling kepada aku.
   " aku cuma nak ajak engkau pergi perpustakaan kat Parit 1, lepas balik sekolah nanti. kita buat kerja sekolah dan ulang kaji di sana. macam mana pendapat engkau? "kataku sambil duduk di kerusi manakala Shida berdiri pandang ke menu.
   " lah itu sahaja engkau nak cakap, ok boleh tapi aku balik rumah dulu sebab aku nak mintak izin dengan keluarga aku dulu. Nurul engkau nak makan apa, jangan risau order je aku belanja engkau hari ni. "
   " tak apa la Shida aku tak lapar, aku minum air ini pun dah cukup. " kataku lembut sambil pandang botol air mineral yang aku bawa dari rumah. Dia seorang yang tak pernah kedut dengan aku. Kalau dia tak cukup duit untuk belanja aku dia sanggup bahagikan dua nasi dia dengan aku. 
   " betul ni, malu lapar" sambil tangannya cuit ke pipiku.
   "betullah aku tak lapar pun. ok nanti aku pun nak balik rumah dulu siapkan makanam untuk ayah aku. " sambil aku melihat Shida bagaikan tak makan sebulan.
   Loceng sekolah sudah berbunyi itu menandakan waktu balik. aku kemaskan buku-buku aku masuk ke dalam beg. Shida sebok membetulkan tudungnya walaupun tudungnya sememangnya sudah betul.
   " ishh engkau ni shida dah cantik dah, time balik pun engkau nak berlawa lagikan? " sambil tolak badan Shida.
   " alah engkau jealous aku cantik" sambil bangun dan galas begnya yang ringan.
   " tak ada maknanya aku nak jealous Shida ooiiii!!  dah jom nanti lambat pulak kita pergi ke pustakaan tu " sambil berjalan keluar kelas.
   kami berdua setiap hari pergi sama dan balik sama. kami hanya berjalan kaki sahaja menuju ke sekolah kerana jarak antara sekolah dengan rumah kami hanya 500 meter. kadang kala ayah Shida hantar kami naik motor bertiga. aku seronok berkawan dengan Shida, dia sentiasa beri aku keyakinan terus maju kehadapan walaupun aku miskin. Bak kata Rashida miskin bukan halangan untuk aku berjaya dan bukan kerana miskin aku tidak boleh bersekolah. keluarga Shida selalu tolong keluarga aku. ayah dan ibu Shida berniaga di Pekan Sungai Besar. ayah Shida akan tolong jualkan ikan yang ayahku tangkap dilaut.


   Peperiksaan SPM tinggal berapa hari lagi, jantungku berdekup lalu bila diriku fikirkan tentang peperiksaan penting tak lama lagi. Keadaan ayahku kini kurang sihat, oleh sebab aku perlukan kos perberlanjaan sekolah, ayah terpaksa bekerja keras turun ke laut untuk dapat tangkapan lebih agar dapat bayar semua kos sekolah aku. kadang-kadang menangis dengan keadaan kami sekarang ni sampai aku terfikir ingin berhenti sekolah dan ingin tolong ayah.
   " akak, cuba akak bayangankan kalau ibu masih hidup mesti ibu marah akak, ibukan nak anak dia berjasa sama juga ayah. ayah pun ingin sangat melihat anak ayah yang cantik ini berjaya. " kata ayah sambil gosok rambutku. ayah lebih suka memanggil aku akak kerana ketika dulu ayah teringin anak ramai tapi malangnya sejak kelahiran ku ibu pergi buat selama-lamanya.
   " tapi kita dah banyak hutang dengan pak Kassim, walaupun dia tak mintak tapi akak malu "  pak Kassim adalah ayah kepada Shida,
   " nak, sabar. mungkin ada hikmah sebalik semua ini. akak jangan cepat mengalah "
   " ayah, akak rindukan ibu, kenapa ibu pergi tinggalkan akak? akak teringin sangat dapat kucupan seorang ibu di dahi akak. kenapa ibu pergi terlalu cepat? ibu tak sayang akak ke ayah" kataku sayu smbil peluk erat ayah yg sedang berdiri di depan pintu.
   " akak, tak baik akak kata macam tu. ibu pergi bukan kerana ibu tak sayang akak tapi ibu pergi kerana Allah lebih sayangkan ibu. akakkan dah besar, akak sepatutnya dapat fikirkan semua ini" tangan ayah sambil mengesat air matanya.
   " akak mintak maaf akak tak ada niat nak buat hati ayah sedih. ayah, akak mintak maaf. Maafkanlah akak" sambil aku melutut pegang lutut ayah. ayah tunjuk dan pegang tanganku agar aku bangun dari melutut.
   "kenapa buat macam ni kalau akak tak nak melihat ayah sedih, akak kena habiskan belajar. akak tinggal ambil exam SPM. lepas itu akak dah tamat zaman persekolahan" kata ayah sambil tersenyum. aku tahu ayah ingin melihat aku gembira. Aku tahu ayah sedih tapi dia tak nak aku nampak kesedihan dia.
   " tapi akak tak boleh duduki peperiksaan kalau akak tak bayar yuran sekolah "
   " ayah dah bincang dengan pak Kassim, lunaskan yuran akak dan ayah mintak pak Kassim potong duit jualan ikan. Pak Kassim dah setuju " kata ayah smbil peluk aku.
   " terima kasih ayah. Akak tak akan hampakan harapan ayah" tanganku peluk ayah dengan erat.
   " terima kasih sayang. ayah sayang sangat kat akak" kucupan seorang ayah didahi membuatkan hatiku tersentuh dan air mataku mengalir dengan laju.


**************************************

   " ayah tengok tu kesian Shida tengok Nurul. Akhir-akhir ni dia asyik terrmenung. bila tanya dia kata dia rindukan ibu dia. padahal Shida tahu dia fikirkan pasal yuran sekolah dia". sambil terjenguk-jenguk dari tingkap melihat depan rumahku, rumahnya berada berhadapan rumahku.
   " pakcik Nazrul engkau tu ada jumpa ayah pagi tadi kat pasar " kata ibu Shida sambil hidangan air kopi.
   " habis dia tanya apa ayah?" perasaan ingin tahu shida apa terjadi di pasar tadi.
   " dia nak pinjam duit ayah dulu untuk bayar yuran Nurul, dia mintak ayah potong dari hasil jualann ikan tangkapan dia" kata Pak Kassim  sambil meneguk air.
   " habis ayah tolong tak?"
   " isshh! budak ni banyak soalan pulak dia. tahulah kembar kamu. mesti ayah kau tolong mereka pernah ke engkau tengok ayah engkau tak tolong keluarga Pak Nazrul? " kata makcik Esah smbil melabuhkan punggungnya ke kerusi belah pak Kassim.
   " Shida bukan apa ibu, shida kesiankan Nurul. Dia dah macam keluarga kita"
   " dah habiskan air tu esok ayah engkau pandai la selesaikan semua masalah tu. engkau pergi masuk tidur esok nak sekolah."
   " baik bos" kata Shida sambil minum air kopi yang makcik Esah hidangankan.


   pada keesokan hari seperti dijanjikan oleh Pak Kassim selesaikan pembayaran yuran sekolah Nurul telah ditunaikan.
   "alhamdulillah akhirnya engkau dapat juga ambil exam minggu depan" kata Shida
   " aku malu la dengan keluarga dengan Shida, keluarga engkau dah banyak sangat tolong family aku"
   "do not worry have no problem" kata Shida sambil pegang bahu aku. kami teruk masuk ke kelas belajar seperti biasa.hati aku mula legar kerana aku dapat jalani peperiksaan SPM tahun ni. aku berharap sangat aku lulus dan dapat tolong ayah.
   Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba pepriksaan SPM berjalan selama dua minggu. aku buat dengan tekun sekali bagaikan menuang air ke cawan. segala pengetahuan aku, aku curahkan ke kertas exam. aku yakin apa yang aku buat. kertas exam itu aku buat semakan sekali-kali agar tiada satu soalan pun tertinggal sampai masa exam tamat. akhirnya, merdeka juga budak-budak tingkatan 5.
   " happy nampak" kata Shida
   " alhamdulillah lega sikit dah selesai jawap semua exam harap-harap keputusan nanti aku lulus" kataku smbil tersenyum.
   " amin. aku doakan kau berjaya. Nurul kitakan dah habis exam, jom kita kerja kat pekan.           Aku dengar cerita KFC kat Pekan Sungai Besar tu nak orang. sambil tunggu keputusan boleh kita cari duit lebih dulu." Shida memberi cadangan kepada aku untuk cari duit lebih.
   " aku bukan tak nak Shida, engkau tahukan keadaan ayah aku macam mana dia kurang sihat aku tak sampai hati nak tinggalkan dia.  tak apalah engkau kerjalah dengan kawan-kawan yang lain aku kena tolong ayah aku. keringkan ikan dan jahit jala ayah aku yang koyak. aku harap engkau faham. " kataku dengan harapan Shida tak kecewa dengan kata-kata aku.
   " tak mengapalah Nurul aku faham keadaan engkau. tapi nanti kalau engkau nak kerja engkau bagi tahu aku. dah jom kita singgah dekat mamak aku belanja engkau minum, kitakan dah habis exam tak salahkan kita lepak kejap kedai mamak" muka Shida ceria dan senyum sampai ke telinga.
   " ok tapi jangan lama..." tak sempat aku kata Shida dah menyampuk kata-kata aku
   " nanti ayah kau risau" sampuk Shida.
   " ermmm tahu pun" sambil cubit pinggang Shida.
   " sakit-sakit, aku gurau jelah Nurul aduh-aduh sakit la" tangannya pegang pinggang yg aku cubit.
   " tahu pun sakit. dah jom kata nak belanja aku minum. hehehehhehe! " sambil berjalan menuju ke kedai mamak yang tak jauh dari rumah kami.


   Aku tolong ayah keringkan ikan di belakang rumah untuk dijual di pasar nanti. sambil keringkan ikan aku mengelamun mesti seronok kerja kat luar sana dapat pengalaman tapi aku lebih sayangkan ayah dan risaukan keadaan ayah. aku tak sanggup tinggalkan ayah dirumah dan buat semua kerja seorang diri. hanya tiga bulan sahaja lepas tu aku dah boleh tunggu keputusan SPM aku keluar. aku seronak sangat dapat bersama dengan ayah selama tiga bulan.
   Akhirnya keputusan SPM aku dah keluar aku dapat 9A 3B. alhamdulillah akhirnya aku dapat berikan hadiah istimewa untuk ayahku yang tercinta.
tapi alangkah seronoknya kalau ibuku masih ada lagi mesti ibu seronok tak terhingga kerana impian ibu dia nak anak dia berjaya suatu hari nanti.
   " ibu, akak dah berjaya ibu tengokla keputusan akak ini. Akak dapat 9A ibu, walaupun akak tak dapat semua A, akak bersyukur akak dah buat yang terbaik untuk keluarga kita." kataku di pusara ibu.
   " sayang, ibu mesti gembira dengan kejayaan akak" tiba-tiba ayah muncul dari belakang.
   "ayah macam mana ayah tahu akak dekat sini?"
   "tadi Shida cari kamu, Shida kata kamu dah balik dan ada benda dia nak tanya kamu. Ayah dah agak kamu mesti pergi kubur ibu kamu untuk tunjukkan kejayaan kamu." ayah duduk bibelahku
   "sabarnya sayang. ibu mesti gembira dengan kejayaan kamu itu. jom kita balik hari dah nak hujan ni. akak tolong ayah angkat ikan kat belakang rumah" ayah bangun smbil pengan lengan aku.
   " baik ayah"
   " ibu kami balik dulu" sambil aku usap batu nisan ibu.
walaupun ibu tiada di dunia ini. ibu sentiasa berada di dalam hati kami.




BAB 2

Hati tersayat. Jiwa melara. Tiada siapa yang dapat mengubatinya. Malah, tiada yang dapat mengagak suratan takdir. Hujan air mata Nurul masih banjir tidak dapat ditadah. Ada irama sendu yang bersenandung hebat di luar kawalannya. Seumur hidupnya, ini lah peritiwa paling buruk yang pernah dilalui.
   Ibu dah tiada sejak dia lahir lagi. Ayah pula akhir-akhir ini sakit dan tidak mampu melakukan kerja. Sedih rasa berbuku di dada tidak dapat ditahan. Segalanya berlaku di luar dugaan.
   Nurul terus hanyut dalam kepiluan yang tidak tertanggung. Tidak dapat kasih sayang dari seorang wanita yang bergelar Ibu. tetapi Nurul berbangga walaupun dia tidak dapat kasih sayang seorang ibu tapi dia mempunyai seorang ayah. Dialah ayah dan dialah ibu untuk memberikan kasih sayang kepadanya malah Nazrul mencurahkan menatang minyak yang penuh kepada anak tercintanya, 
   Terlalu banyak memori manis Nurul bersama ayahnya yang bermain di minda hingga dia rasa dialah yg bertuah di dunia ini. Kenapa perlu ada kesedihan saat segala-galanya nampak terlalu sempurna? Terlalu banyak rintangan yang mereka harungi bersama.
   " jauhnya anak ayah ini mengelamun. Dah lama ayah berdiri di sini, tapi Akak sikitpun tak perasan," tegur Nazrul sambil menyilangkan tangan dan bersandar di pintu dapur.
   Sudah lama dia memandang gelagat Nurul. Hanya jasadnya berada di sini sedangkan akal gadis itu sudah melayang jauh entah kemana. Garis duka terserlah di mukanya tanpa dapat diselindungkan lagi. Malah, dari hari ke hari bibir gadis itu kian payah untuk bersuara. Sarat sangatkah fikirannya menghitung perjalanan hari yang bakal mendatang?
   Kata-kata ayahnya itu menyentak lamunan Nurul. Pandangan mereka bertembung. Ah! Kenapa aku perlu berdepan dengan Ayah saat ini? Aku tak mahu dia nampak kelemahan yang cuba aku sembunyikan. Tidak sanggup rasanya klau Ayah tahu aku menangis.
   Namun, Nurul menyedari ada perubahan pada riak wajah Ayahnya. Terselah jambang dan kumis nipis yang tumbuh meliar. Sedangkan sebelum dia sakit selalu tampilan kemas dengan keyakinan diri yang tinggi hingga dia kagum dengan ketampilan ayahnya.
   Sesungguhnya, lelaki ini telah banyak membuat dia sentiasa yakin dan berjaya. Bila dia kesunyian ada sahaja yang akan didebatkan. Apa-apa sahaja cerita yang diceritakan asalkan dia tidak membiarkan anak dia merasakan dirinya tidak bermakna.
  "Kakak...." Meniti nama itu di bibir Nazrul. Dia boleh menduga apa yang Nurul menungkan. Matanya yang berkaca dan merah sudah cukuo untuk menerangkan perasaannya di dalam. Kalau di luar sudah terselah garis duka, apalagi lubuk hatinya. Sudah nanar barangkali.
   Hatinya turut terpukul melihat gadis di hadapannya diarak pilu. Mahu saja diluahkan kata-kata semangat untuk mengusir kesedihan yang seakan tidak tertanggung olehnya walaupun dia sendiri lemah menerima hakikat kehilangan insan yang amat dikasihi.
   Namun, tiada bahasa yang mampu dizahirkan. Tiada pujukan yang dapat disuarakan untuk menutup kegusaran Nurul. Mulutnya rasa terkunci. Lidahnya kelu untuk meluahkan walaupun sebaris ayat sekalipun. Dia hanya mampu menatap wajah di hadapannya dengan rasa sedih, simpati dan pilu yang tertaut menjadi satu.
   " Tabahkan hati, Kakak... sesungguhnya Allah sedang menguji kekuatan iman hamba-hambaNya, ungkapan Nazrul didalam hati. "Ayah tahu kamu sedang bersedih setiap tahun menjelang hari jadi kamu mesti sedih kerana sebaik sahaja kamu bernafas di dunia ini ibu kamu pula mengembuskan nafas terakhir dan kini ayah tidak sihat seperti dulu, tapi kita perlu reda. Kita akan sama-sama berdepan dengan hari esok, Ayah janji sayang!" ikrarnya tanpa diluahkan.
   Lantas, Nurul membalas pandangan Ayahnya yang sirna seperti mana dirinya. dia walang. Risau memikirkan perjalanan hari esok yang bakal dilalui. Sebaik tiba diruang tamu, Nurul cuba menenangkan hati dan memaniskan muka. Dia bersalaman dan bersapa dengan tetamu yang masih ada setelah selesai bacaan tahlil dan surah Yasin tadi. masuk hari ini, genap 18 tahun ibu meninggalkan kami berdua.
   Air mata Nurul masih tidak mahu berhenti. Malah, terus berjuraian di pipi. Esakannya kian sarat. Sungguh dia tidak mampu menahan lara dengan kehilangan ibunya yang begitu membebankan jiwa.
   " Sudahlah tu, Nurul.... banyakkan bersabar. Lebih baik sedekahkan doa dan banyakkan mengaji untuk arwah Ibu kau. Aku pun sedih, tapi kita kena ingat takdir Tuhan. Semua yang hidup akan kembali juga padaNya. Dah 18 Tahun engkau macam ni setiap buat kenduri tahlil untuk ibu kau, engkau akan menangis. Jangan diratapi pemergian Ibu kau. Tak baik......" nasihat Shida dalam suara yang penuh sendu.
   Hati siapa yang tidak pilu apabila kawan baik dari kecik lagi sentiasa bersedih apabila hari jadinya menjelang. Setiap hari jadinya, dia tidak pernah gembira dan menyambutnya kerana Nurul pernah berkata buat apa aku nak sambut hari jadi padahal itu adalah hari kepergian Ibunya sehingga kadang-kala dia menganggap dialah yang bunuh ibunya.
   " Sudahlah, Nurul. Bawa Mengucap. Jangan diturutkan sangat kata hati. Cuba buang kesedihan tu dengan perkara yang lebih baik, bukannya dengan air mata. Jangan dilayan sangat rasa murung. Kesihan aku tengok Ayah kau. Nurul kena kuat... kena tabah."
   Hanya itu yang mampu Shida bisikkan bagi mengurangkan kesulitan hati kawannya itu yang dia sudah anggap macam adik kandungnya sendiri. Walaupun sama umur dia lebih tua lima bulan daripada Nurul dan lebih selesa suaikan dirinya sebagai kakak. Sedikit semangat yang masih menjadi nadinya dikongsi agar Nurul mampu meneruskan kehidupan. 



BAB 3
    Aku menggeliat malas, mataku masih terasa berat. Sedapnya tidur dalam suasana kampung. Udaranya yang segar dan nyaman. Angin yang bertiup pula sejuk dan mendamaikan. Ikutkan hati nak saja aku terus tidur, tapi apabila terdengar kokokan ayam jantan di luar, mataku terbuka luas.
    Seketika kemudian, aku terdengar suara Ayah memanggil namaku. Bau harum mula menusuk ke hidungku. Ayah goreng cucur cempedak ni. Em, dah lama aku tak merasa cempedak goreng.
    Perlahan-lahan aku bangun dan rambut yang berselerak ku sisir sedikit agar tidak nampak selekeh. Aku memandang cermin membuang sisa di mata, mana tahu kalau ada sisa tahi mata yang masih bertempek di mataku. Aku mencapai tuala yang kusangkut semasa aku mandi semalam. Sempat lagi aku menguap panjang. Pukul 1 pagi lebih aku berbual dengan ayah semalam, seronok berbual sampai ke pagi.
    "Hmm, harum betul baunya, ayah. Sampai hidung Kakak tak tahan. Tak sabar rasanya nak merasa cempedak goreng ni". Aku menegur ayah. 
    " Cempedak ni pokok yang Arwah Mak kamu tanam kat hujung kampung sana. Ranum betul buah dia. tu yang bau sedap ". Ayah menoleh ke arahku.
    " Ayah, buah cempedak tu ada lagi tak?. Kakak rasa akak nak buatkan Ayah pulut cempedak. Sedap sama macam makan pulut durian". Sambil duduk ke kerusi.
   " Ada ayah letak kat belakang rumah". Ayah tunjuk ke arah belakang rumah.

    Tangan Ayah masih lagi menggoreng cempedak. Aku kekuning-kuningan itu membuatkan aku terliur.
    " Kecur liur, Kakak tengok cempedak ni, Ayah". Aku tersenyum.

    " Ha! cepat Kakak pergi mandi, cepatlah boleh makan cempedak goreng ni". Ayah tersenyum memandangku. Aku tersenyum malu. Ya, Rabbi anak dara apalah aku ni dahlah aku belum mandi, siap boleh main kecur liur pulak tengok cempedak goreng ni.
    " Kakak pergi mandi dululah. Tak sabar Akak, nak rasa". Aku melangkah menuju ke bilik air.
    Selesai mandi, aku cepat-cepat melangkah keluar dari bilik mandi. Rambut kusisir lembut dan ku rapikan pakaianku sebelum keluar dari bilik.
    Aku melangkah ke ruang dapur. Ayah ku lihat tengah duduk sambil tunggu sarapan cempedak goreng dengan ku.
    " Akak dah siap mandi meh duduk sarapan dulu. Makan cempedak goreng ni. Ayah buatkan air untuk akak". Ayah memandangku.
    "Eh, tak pelah, Ayah. Ayahkan tak sihat. Ayah duduk je kat kerusi ni, akak boleh buatkan Ayah air. Apa guna Ayah ada anak dara kalau tak buat semua ni".  Aku ambil teko untuk bancuh teh.
    Aku dan Ayah menghabiskan cempedak goreng yang diletakkan atas meja sambil berborak-borak kosong dengan ayah. Beberapa kali aku bersendawa. Kenyang betul makan Cempedak goreng.
    Selesai makan, aku kemas meja dan cuci pinggan. Setelah selesai mencuci aku meminta diri untuk berjalan-jalan di sekitar kampung. Aku berjalan di atas batas sawah padi.
    aku meneruskan langkah dan berhenti di sebuah pondok rehat yang sudah kelihatan usang. Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung di atas pondok yang hanya berbumbung atap rumbia itu. Kalau Shida ada, tentu dia akan menemaniku berborak dan berjalan-jalan di sekitar kampung.
    Mataku tiba-tiba terpandang sepohon pokok jambu air yang terletak berhampiran tali air. Aku bangun dan berjaln menghampiri pokok jambu itu. Tanganku mencapai ranting yang rendah dam mengambil sebiji buah jambu. Dapat juga aku merasa buah jambu air. Mengalahkan orang yang mengidam pula aku ni. Aku tersenyum sendiri.
    Aku tiba-tiba terdengar orang memanggil namaku. Namun, aku tidak nampak suara yang menjerit itu datang dari mana. Aku mencari lagi suara yang menjerit macam hantu itu.
   " Nurul!!! aku kat sini kat belakang engkau". jerit Shida sekuat hati.
   " Kalau iye pun mai lah sini tak payahlah engkau nak jerit kuat-kuat macam Tarzan. Kampung ni bukannya hutan". Kataku sambilo ketawa kecil.
    berlari kecil Shida ke arahku. " Nurul ni surat kau". sambil hulurkan sepucuk surat. aku tertanya-tanya isi surat yang terkandung dalam surat ini.
    " cepat la Nurul buka aku pun nak tahu surat apa itu". katanya padaku.

    " Sabar Shida ooiii. Aku tengah bukalah ni". Tangan membuka sambul surat dan membacanya.
    Surat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahagian Sarjana Muda Teknologi Kreatif (skrin Seni)
. Aku dapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur. Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati aku ini bila aku dapat tawaran sambung  belajar.
    " waaa! best la kau dapat sambung belajar aku juga yang terperap kat kampung ni.". Sambill muncungkan mulutnya.
    " Sabarlah Shida belum ada rezeki lagi. esok lusa mungkin engkau pun dapat tawaran sambung belajar macam aku". Aku berikan sokongan pada sahabat sejatiku.
    Aku tak sabar nak tunjukkan surat ini dekat ayah. Aku terus tarik tangan Shida agar dapat teman aku tunjukkan surat ini pada ayah. Bila sampai dekat rumah aku melihat ayah sedang keringkan ikan. Tiba aku tersentap daripada gembira aku jadi sedih bila melihat keadaan ayah.
   " Pak Cik!". Shida datang ke arah ayahku.
   " Pak Cik, Nurul ada kejutan untuk Pak cik. Nurul cepat la tunjukkan kat Ayah engkau". Katanya sambil menarik tanganku.
    " Tak ada apa-apa Ayah, benda kecik. Shida ni je besar-besarkan cerita". kataku sayu.

    Aku tak sampai hati nak tunjukkan surat ini dekat Ayah sebab aku tak nak Ayah bersusah payah macam mana nak cari duit nak tanggung pelajaranku dan siapa nak jaga Ayah kalau aku pergi sambung belajar.
     "Pak Cik ni surat Nurul. Dia dapat sambung belajar dekat Kuala Lumpur" Tak sempat aku nak cakap dekat Shida, Shida dah menarik surat ini dan tunjukkan dekat Ayahku.
     "Alhamdulillah. Akhirnya Kakak dapat juga sambung belajar dan kejar cita-cita Akak selama ini". Ayah memelukku.
    " Akak tak yakinlah nak sambung belajar. Lagi-lagi dekat Kuala Lumpur lagi Akak tak yakin nak pergi teman orang".
    " Aku tahu kenapa engkau tak yakin engkau takut kos belajar engkau macam manakan?. Engkau jangan risau nanti aku bincang dengan Ayah aku. Mesti Ayah aku akan tolong". menyampuh Shida.
   " Aku bukan tak nak Ayah engkau tolong Shida tapi dari dulu sampai sekarang keluarga engkau dah banyak sangat tolong keluarga Aku". aku senyum tipis.
   " Dahlah jangan fikirkan sangat jom masuk rumah. Nanti jadi tak jadi nanti ayah bagi tahu. Korang berdua jangan fikirkan sangat". kata Ayah sambil pegang kami berdua agar masuk ke rumah.

    Aku tahu Ayah mesti akan pinjam duit Pak Kassim untuk tanggung kos aku belajar nanti. Aku beritahu Ayah aku tak nak ayah pinjam duit siapa-siapa lagi sebab kita dah banyak susahkan otrang lain. Lagi pun aku tak yakin nak tinggalkan ayah seorang diri di sini dengan keadaan Ayah tak sihat.
    Aku perlu fikir seribu kali untuk buat keputusan dengan tetap agr aku tidak akan menyesal suatu  hari nanti dengan keputusan yang aku lakukan. Aku perlu fikirkan kos belajar nanti, macam mana dengan kesihatan ayah dan siapa yang akan jaga Ayah kalau aku pergi ke UiTM.


BAB 4

    Nasrul membelek album lama yang tersimpan di dalam almari bajunya. Hatinya meruntun pilu setiap kali mengingatkan kisah silam bersama isteri tercinta. Biarpun sudah lama, namun kenangan demi kenangan datang menjelma.
   Pohon kelapa melambai-lambai ditiup angin petang. Sawah padi yang luas terbentang menguning masak. Bagaikan emas yang disimbahi cahaya matahari.  Burung-burung terbang rendah, sesekali mematuk padi ditangkapinya. Dari jauh juga kelihatan ' orang-orang' yang kukuh terletak di tengah-tengah sawah. 'Orang-orang' yang digunakan untuk menakutkan burung-burung sedikit pun tidak bergerak. Sesekali terdengar bunyi detingan tin-tin kosong yang juga digunakan untuk menakutkan burung-burung yang ingin mematuk padi.
    Sesekali terasa nyaman petang dengan hembusan angin berbayu lembut.
    " Hai! Nasrul, termenung jauh nampak? Tengah mengira untung padi ke?". Kassim datang secara tiba-tiba melabuhkan punggungnya di atas pondok di tepi sawah.
    Perlahan-lahan lelaki itu meletakkan topi sawahnya di atas beranda. Kemudian, mengambil semula topinya dan mengipas-ngipas muka yang kelihatan berkeriut menahan terik matahari. Sesekali dilapnya peluh di dahi menggunakan hujung baju kemejanya yang lusuh.
   Nasrul tersenyum memandang kawannya itu.
   " Taklah Kassim. Aku tengah fikir pasal masa depan kita ni. Adakah selamanya hidup kita macam ni? Kau tengok saja tanah sawah di depan tu. Entah esok, entah lusa, tanah tu akan dibeli dan dimajukan. Terfikir juga aku, kat mana nanti kita nak belanja dan menyara keluarga". Nasrul menggulung rokok daun dan mencucurnya. Berkepul-kepul asap dihembus keluar dari hidung dan mulutnya. Terdengar juga direnung tepat pada sawah yang terbentang di hadapan. Melontar segala rasa yang tersimpan di hati.
    " Nasrul, Nasrul, Aku kagum betul dengan kau. Ya lah, kau sentiasa berpandangan jauh. Ada betulnya kata-kata kau. Habis tu, apa yang kau nak buat sekarang ni?".
    Kelihatan Nasrul memikirkan sesuatu. Berkira-kira tentang perancangan yang hendak dilakukannya. Dia sayangkan tanah sawahnya itu. Bau segar selut yang telah lama sebati dengan dirinya membuatkan hatinya berat untuk membuat keputusan itu. Tapi, dia semakin digigit usia. Masa yang berputar takkan mengekalkan kekuatan kudrat yang dimilikinya sekarang.
    Dia harus ada perancangan dan pelaburan di hari tua demi anak kesayangannya Nurul Natasya Binti Nasrul. Dia tidak mahu anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai seorang pesawah dan nelayan. Baginya biarlah anaknya dapat sambung belajar dan mencapai cita-citanya. Bukan dia membenci pekerjaan Pesawah dan Nelayan cuma dia tidak mahu anaknya hidup susah sepertinya. Biarlah anaknya dapat hidup senang.
    " Aku ingat nak jual tanah". Kassim terkejut mendengarnya. Bagaikan tidak percaya kata-kata yang terkeluar dari bibir teman rapatnya itu.
    " Lah, kau nak buat apa jual tanah, Nasrul?'.
    " Aku bercadang nk Nurul pergi sambung belajar dan mencapai cita-citanya. Kalau ada duit lebih sikit aku nak buat modal berniaga kecil-kecilan di rumah".
    " Betul ke Nasrul apa yang aku dengar ni? Sayang kalau kau nak jual tanah ni. Semakin hari, tanah semakin tinggi harga dia. Kau pun cuma ada sawah ni saja. Kalau kau susah perlukan kewangan macam mana? Sekurang-kurangnya setiap bulan kau dapat hasil sawah ni. Fikir dulu, Nasrul.Fikir masak-masak dulu". Kassim memaut lembut bahu Nasrul.
    " Aku dah fikir masak-masak, Kassim. Aku tahu tanah akan mahal sebab tu aku rasa aku takkan jual tanah sawah aku ni dulu. Tapi, aku akan pajakkan dulu. Kemudian, aku akan bagi tanah aku kat kau. Kau usahakanlah tanah tu".
    " Nasrul, Betul ke apa yang hang cakap ni?. Kassim membulatkan mata mendengar kata-kata Nasrul.
    " Ya, Aku sayangkan semua yang ada kat sini, Kassim. Tapi, demi mengubah nasib keluarga aku, aku harus melakukannya". Pandangan mata Nasrul mula berkaca.
     " Aku tak menghalang niat baik hang nak mengubah nasib keluarga kau, tapi sebagai kawan kau yang membesar sama-sama, aku juga sayang kat kau. Kau la kawan aku sejak dari kecik sampai sekarang". Kassim memandang Nasrul. Senyuman tawar Nasrul mula terukir. Sebak dirasakan mendengar kata-kata Kassim. Nada sayu Kassim benar-benar menyentuh tangkai hatinya.
      " macam nilah Nasrul ko balik rumah dulu kau fikir panjang-panjang mana tahu tiba-tiba kau akan berubah fikiran."
      " Aku dah fikir masak-masak Kassim, aku nak anak aku berjaya".
      " ye, aku tahu kau dah fikir semua ini, tapi aku nak ko fikir lagi. Dalam masa ko fikir boleh aku berbincang dengan isteri aku. Aku tanya pendapat dia dulu." sambil bangun menuju ke motorsikalnya.
      " baiklah. Aku mintak maaf sebab dah banyak susahkan keluarga engkau"
      " kau ni Nasrul kita dah macam adik-beradik. Anak kau pun aku dah anggap macam anak sendiri. Jadi masalah engkau masalah aku jugak."   Kassim hidupkan ejen motor dan menghantar aku ke rumah.



TUNGGU ADA SAMBUNGAN - COMING SOON
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI