Korang mungkin pernah dengar cerita dari rakan sendiri yang mana pasangan mereka berubah secara drastik selepas punya anak. Sama ada jadi penyayang, lebih bertanggungjawab atau sanggup berhenti merokok. Tak dapat dinafikan kehadiran anak memang boleh mengubah banyak perkara dalam kehidupan termasuk sikap lelaki yang kaki perempuan.
Menurut satu kajian selepas kelahiran seorang anak, lelaki atau suami yang playboy mungkin berubah drastik jadi seorang yang setia. Salah satu faktor pendorong perubah karakter ini kerana adanya tanggungjawab sebagai ketua keluarga terutama sekali bila lelaki itu kali pertama bergelar bapa.
Perkara ini disebut dalam kajian yang dibuat oleh pengkaji antropologi dari Northwestern Universtity Amerika Syarikat. Menurut kajian itu, keinginan lelaki untuk melirik mata kepada wanita cantik dan seksi menurun ketika lahirnya bayi mereka.
Mereka sebaliknya lebih cenderung untuk menjaga dan mendidik anak. Selanjutnya, ia turut merungkai bahawa terdapat perubahan hormon berlaku dalam tubuh seorang lelaki apabila mereka memiliki anak. Kadar testosteron lelaki menjadi lebih rendah, sehingga mereka lebih fokus untuk membina dan menjaga keluarga.
" Kadar testosteron memengaruhi perilaku dan karakter seorang lelaki. Mereka akan jadi lebih tenang dan fokus pada perkara-perkara yang penting untuk masa depan, iaitu keharmonian rumah tangga" demikian menurut Chistopher Kuzawa, salah seorang pengkaji.
Jelasnya lagi, lelaki yang sudah menjadi ayah mendapat motivasi untuk bekerja lebih keras demi memberikan kehidupan yang lebih baik pada keluarga. Hasil kajian itu mendapati, penurunan kadar testosteron pada lelaki tang sudah berkahwin namun belum mempunyai adalah sebantak 14% sementara itu, lelaki yang mempunyai anak kadar testosteonnya menurun kepada 34%. Disimpulkan juga bahawa semakin tinggi peranan lelaki di rumah sebagai ayah, kadar testosteronnya semakin menurun.
OK.
Fakta ini memang menarik. Tapi adakah ia bermakna isteri kena beranak setiap tahun sampai tua???? Pengsan!!!!!!!