Rabu, 5 Mac 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

SAAT NAK BERSALIN, PENGALAMAN PERTAMA.



  
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Akhirnya habis jugak hari berpantang. lega rasanya boleh lah Nurul makan makanan yang Nurul nak tapi masih kena jaga2 lagi sebab Siti Rafqah Atiqah susu badan.


OK, jom kita terjah pengalaman Nurul ketika bersalin seperti mana Nurul pernah ceritakan sebelum ini nak pergi kes BP kat hospital pada 04/01/2014, pmbukaan rahim Nurul dah 1cm. Tpi Nurul tak kena tahan wat pun boleh balik rumah.

Pada 11/01/2014, dah mula sakit pinggang x sakit sgt rasa sakit sikit je.
yang jadi Nurul nak ke hospital sebab ada tanda kuar lendir merah kat ptn liner Nurul.
Nurul send pic tu kat Kak Lia & Ibu Mentuaku dorang yang suruh Nurul pergi Hospital.
perkara yang kecewakan Nurul masih 1 cm & boleh balik rumah.

My Hubby kerja pagi balik petang Ibu Mentuaku dh sampai K.L & dok kat Hotel Hari Hari Taman Maluri. Oleh kerana Nurul masih x sakit lagi Ikram bawa Nurul pergi Jumpa mak dia.

Ibu Mentuaku bawa Nurul & Hubby pergi makan memandangkan xde kereta pergi tempat yang dekat dengan Hotel tu je. Jadi kami makan kat Pizza Hut sebelah Jusco Maluri. Ibu Mentuaku ajak Abg HAras & Kak Erin, join sekali memandangkan dorg x balik keje lagi kami makan dulu. Dorang sampai je Pizza Hut dah nak tutup jadi kami tapaw je untuk dorang.


Dlam bilik Hotel Hari Hari, Taman Maluri

Uncle keluar pergi daftarkan anak die sekolah kolj jadi kita orang dok lepak dulu kt hotel sambil tggu Uncle smpai. ermmm kat Hotel ni ade siap khas komputer pulak apa lagi adik beradik Ikram & Abg haras Online la... dah lewat malam esok Ikram kje petang jadi Nurul & Ikram tidur kat Hotel Hari Hari.

Kalau x silap Nurul dalam pukul 4am perut Nurul dah rasa lain macam. Pinggang pun dah rasa sakit sangat sampai rasa x selesa sgt nak tidur. Nurul mintak Ikram tolong urutkan Nurul. Ermmm kejap2 rasa nak pergi tandas lendir pun masih kuar lagi tapi kali ni banyak sikit.

Ibu Mentuaku dah kata ni dah nak bersalin dah ni & ajak Nurul pergi hospital pagi 12/01/2014 tapi Nurul tak nak sebab takut masih 1 cm lgi jadi buang masa je pergi hospital pastu kena balik rumah. Jadi Nurul nak tggu sampai Nurul rasa dah tak tahan.

Rasa x tahan 2 memang dah x tahan dari pagi tu tapi Nurul x nak datang Hospital terlalu awal nanti kalau x tak sampai 4 5 cm lagi dorang tahan kat wad dulu tu yang Nurul tak minat tu. Pas Ikram pergi kerja pukul 1 petang Nurul dengan Ibu Mentuaku pergi makanan kat dominos Taman Maluri. Rasa sampai dah x boleh duduk dah tapi masih keras hati tak nk pergi hospital lgi.


Dah x boleh duduk btawaf kat dalam bilik Hotel. 

Nurul cuba tenangkan baby & cuba tahan sakit.
mana taknya, x tahan berdiri je tu yang Nurul duduk. Duduk rasa sakit pinggang pulak.

Dalam pukul 3.30petang Ibu Mentuaku call ikram bawa barang yang dia suruh beli. Lepas tu bawa pergi hospital. Oleh di sebabkan kerja ikram banyak lagi yang perlu di siapkan & Nurul x pasti betul2 nak bersalin hari ini atau tidak jadi Kak Erin suruuh Ikram habiskan kerja dia & kak erin je yang datang hotel bawa barang2 yang ibu mentuaku suruh bawa.

Kak Erin rasa lapr jadi dia ajak pergi makan dulu oleh di sebbkan Nurul x rasa nak pergi Hospitl lagi jadi Nurul kata ok je. So kami pergi makan kat Jusco Maluri. Kalau berjalan memang x rasa sakit sangat, duduk je sakit tu baru rasa kuat.
Ni time tengah tggu makanan sampai. Nurul makan ayam gorng je sebab bila duduk perut mula rasa sakit, nak makan pun rasa x selera.

Lepas makan kami pergi jalan2 dalam Jusco tengok ada barang murah apa hari ni.
Pastu ibu mentuaku dah ajak pergi hospital, time tu dah pukul 10.15 malam. Kebetulan pagi tadi mak Nurul pergi Pahang kenduri kahwin Siti kat keratong.
Nurul x perasan pulak yang mak Nurul ada call banyak kali. Mak risau sebab Kakak ipar Nurul kata Nurul dah nak bersalin. Nurul tak nak risaukan dia jadi Nurul kata Nurul ok je cuma kuar lendir & sakit pinggang sikit. Tak cakap pun sekarang ni dalam perjalanan nak pergi Hospital Ampang.

Dah pukul 10.25 malam, Nurul Dirawat dalam bilik  rawatan & doktor kata pintu rahim dah buka 4 cm. Nurul kena siap2 pergi bilik bersalin. 

Tunggu ikram sampai sebab ikram dalam perjalanan datang ke hospital.
Oleh di sebabkan ikram lambat sangat jururawat nak tolak Nurul ke L.Room skarang.
Rasa boring sangat duduk dalam L.Room. Ikram dah sampai tapi kena kuar balik sebab doktor nak periksa Nurul dulu. Dalam pukul 12.10 malam barulah ikram masuk.
Kesakitan mula sakit makin bertambah sikit demi sedikit. Doktor nak masukkan ubat tapi Nurul tak nak. Pukul 2 pagi Nurul dah mula rasa tak tahan. Doktor bagi Nurul Oksigen kalau rasa sakit sangat.

Jam dah pukul 3 pagi Nurul dah rasa betul2 tak tahan. pembukaan rahim Nurul dah 9cm. Doktor minta Nurul cuba teran. teran pertama tak menjadi doktor suruh Nurul tarik nafas panjang2 & cuba teran macam nak buang air besar. Nurul buat la jadi tapi tiba2 rasa nak batuk. Nurul cuba teran balik tapi x jdi. Nurul relax kejap & cuba terang lagi sekali.

Alhamdulillah kepala baby dah nak kuar. Doktor mintak Ikram tengok macam mana baby kuar. ermmm tahu takut bila tgk baby kuar, sakitkan... itu baru tengok baby kuar, En.Hubby kata dia terasa sakit. tapi dia x taw wanita yang tnak bersalin nyawa dia 50:50.

Alhamdulillah pada 13 Januari 2014 jam 3.30pagi, puteri kami Siti Rafqah Atiqah lahir dengan selamat & sihat.

 Alhamdulillah dah selamat pun bersalin.
berat hanya 2.38kg panjang 147cm.
pas bersalin baby dah kencing & berak so petang 13/01/2014, Nurul dah boleh balik rumah.




Ikram baru 23 tahun dah jadi seorang ayah.
Muka macm budak2 kalau bawa anak kuar mesti orang akan kata bawa adik bukan anak

 Rasa gembira & lega selepas bersalin hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa senangnya hati ini. Rasa sakit bersalin pun hilang. Rasa nak tambah lagi satu la smpat lagi ini untuk sama tahun hehehehehehe...
Gambar Siti Rafqah Atiqah pada hari yang ke 2.

Inilah Cucu2 nenek siah & Tok Man..
dah ada 3 cucu dah. Satu Anak seorang cucu,
Cucu sulung Aleesya, ke-2 Adam & ke-3 Atiqah.
Cucu ke-4 Aiman.. heehehe xdelah gurau jeeee..

** sebenarnya panjang cerita yang nurul nak kongsikan kat sini. tapi masa tu nk mengizinkan. kalau anak terjaga Nurul dah x boleh wat apa2 kalau dia tidur time tulah Nurul nak buat kerja rumah & masa untuk Nurul rehatkan bdan. 

Selasa, 7 Januari 2014

KAW KAW BURGER BAKAR AMPANG

KAW KAW BURGER BAKAR AMPANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

05 JAn 2014, Bangun lambat hari ni sebab berborak dengan En.Hubby malam tadi sampai pukul 4 pagi. entah apa kami borakkan pun kami x taw..

pukul 9 pagi baru Nurul bangun. BAngun2 terdengar suara Kak Lia kat ruang tamu. Kak Lia datang sebab nak berurut dengan mak Mira, pinggang kak lia urat belikat sampai nak sembahyang rukuk jadi sakit sangat.

pukul 9.30 pagi Nurul turun panggil mak Mira tolong urutkan kat umah tapi dia tengah ada pelanggan nk mengurut jadi mungkin pukul 11.30 nnt baru die datang umah Nurul utk urut Kak Lia. Dah pukul 12ptg tgh die x smpai lagi jadi pergilah rumah dia lagi takut dia x taw rumah Nurul kat mana. Rupanya dia baru habis mengurut. Waaaa lama betul..... Pukul 2.05ptg Mak Mira sampai.. Pukul 4.15 baru hbis dia urut Nurul jugak tapi kat kaki dengan badan belakang je... lege rasanya lepas urut hilang rasa sakit pinggang. Kak Lia hanya banyak RM40 je untuk 2 orang murahkan???? Jadi leh berpantang nnt leh brurut dengan mak Mira.

Jam menunjukkan dah pukul 8 malam. Kak Lia nak belanja kami makan Burger Bakar kat Restoran Mentara, Oleh di sebbkan Hujan x dapat makan kat tepi kolam. tengak kat Taman Dagang pulak ramai orang. Biasalah hari ahad ramai yang mkan kat luar lagi2 hujan dah habis makan pun masih dok kat situ jugak.

Abang Ijul ajak pergi makan kat restoran lain je. tapi kak Lia tetap dengan Misi die nak makan Burger Bakar jugak. JAdi dalam keadaan hujan lebat abang ijul pusing2 kat area ampang cari area yang jual burger bakar akhirnya jumpa jugak... Restoran Kaw KAw Burger Bakar Ampang yang pernah masuk kat TV jalan2 cari makan.


Senyum lebar kak Lia akhirnya dapat jugak dia nak belanje burger bakar.







Nilah muke2 yang tengah lapar x makan malam lagi.. 
Menunggu Burger Bakar masing2. tengok si kecik tu suka betul dia...


Dah sampai pun Burger Bakar Kak Lia & Abg Ijul.. tengok la air kak lia tu dah surut sebb tunggu burger lama sangat..
 
  
Pastu Nurul punya pun dah smpai.. 
 
Wat muke pulak Mak ni sebab die punye Chicken Permaisuri x sampai lagi...
Nurul Makan dulu lapar dah ni..



Last sekali mak punye.. Klau tak x sampai Chicken Permaisuri mak ni.. nasib baik tengok balik rest order yang dorg letak kat meja. tengok2 mak punya tak ada. 1/2 jam jugak baru perasan mak punya x tersenarai dalam list order.




Si kecik Adam ni nak MAktih punya sebab burger maktih banyak sayur..
Si Kecik ni mmg gemar betul makan sayur.
Tak sama macam budak2 lain yang kurang makan sayur.
Si Adam ni klau xde sayur dia jadi x selera nak makan..



Ni lah muka orang yang dah kenyang..
Terima Kasih Kak Lia sebab hari ni dah belanja Nurul Urut badan
pastu belanje burger bakar..

Lepas ni leh belanja anak buah anak yang bakal nak kuar x lama lagi....

Selamat Tahun Baru 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

31 Disember 2013, menunggu detik masuk tahun baru 2014.
20 May 2014 ni genab umur Nurul 23 tahun, & tahun ini jugak Nurul x sabar nak tggu orang baru dalam rumahtangga kami. Selamat Datang ke Family Al-Ikram.

Ketakutan mula terasa dalam diri bercampur dengan rasa tak sabar menanti orang baru yang akan menyinarkan kehidupan kami.

Azam baru Nurul ingin menjadi Isteri yang lebih baik dari sebelum ini & menjadi seorang ibu yang penyayang serta bertanggungjawab agar mendidik anak2 menjadi soleh solehah.
Mudah2an azam Nurul tercapai... Amin.....



Ni pic time malam tahun baru. Tengah siap2 nak kuar, En.Hubby balik keje En.Hubby nak bawa Nurul kuar dinner kat luar. tapi x leh jauh2 sebb Nurul dah sarat mengandung takut terjadi pape pulak. Takut karang bunga api meletup Perut Nurul pun meletup jugak...

X sempat lak nak bergambar time dinner tadi. Seronok sangat bersembang kosong sambil makan rasa macam baru kenal je. Banyak betul topic yang nak diceritakan & berkongsi impian yg kami inginkan. Sambil gelak ketawa x sedar makanan di atas meja dah licin kami pelahap sampai habis.

Jam sekarang dah pukul 11.59pm lagi 1 minit pukul 12.00am. Dalam REstoran tahun 2013 kuar restoran tahun 2014. Lama betul kami makan tadikan smpai berubah tahun.

02 Jan 2014, Nurul ada Check up kat Klinik Ibu & Anak Desa Pandan Jam 9am. Nurul ada masalah muntah2 akhir2 ni. jadi doktor takut Nurul  tiba2 ada darah tinggi jadi Nurul kne datang klinik setiap selang sehari 04/01, 06/01/ & 08/01. 09/01/2014 mmg tarikh Check Up Nurul datang Klinik Desa.

04 Jan 2014, check BP. Dalam pukul 8.30am baru gerak dari umah nk p check BP tapi syg klinik dah ttup. Jadi Nurul terus p check kat Hospital Ampang. Perkhidmatan yang baik, smpai2 dilayan dengan nurse yanng cantik yg mesra alam..

Nurul di minta tukar kain pink kat toilet & baring kat katil no 2. Oleh di sebabkan Doktor yang btugas hanya sorang je so pesakit kenalah bersabar. Doktor yang check Nurul Doktor Ferizah, seorang cantik, lembut & menjalankan tugas dengan baik. Suka Nurul tengok dia layan Nurul walaupun tgh kelam kabut dengan 5 pesakit temasuk Nurul hanya dia sorang sahaja doktor periksa pesakit.

Keputusan yang diberikan oleh Dr.Ferizah pintu rahim dah terbuka 1cm.
Tapi Nurul tak kena tahan pun sebb baru 1cm, Dr.Feri kata anak sulung ni selalunya pembukaan pintu rahim lambat sikit jadi Nurul boleh balik rumah dulu. Kalau ada rasa sakit memulas2, kuar air jernih, or kuar lendih berdarah terus pergi Hospital.

Dengan perasaan takut & seronok menuju ke Rumahku Syurgaku.

Isnin, 6 Januari 2014

Melawat Orang Baru.

MELAWAT ORANG BARU

Assalamualaikum...

28 Jan 2014 (sabtu) @ 12.15pm gerak balik kampung Sungai Besar, Selangor. Time ni nurul dah sarat mengandung 38 minggu (9 bulan ++). Jadi sebelum nk ikut abg ijul & mak balik kampung Nurul mintak izin dulu dgn suami mane la tahu tibe2 sakit kat kg kesian En.Hubby x dapat nak smbung anak sulung dia.

Alhamdulillah En.Hubby bagi Nurul bermalam kat kg asalkan bagi tahu dia jika apa2 blaku nnt die akan segera balik datang kat kampung. 


Ni pic masih kat Ampang lagi tgh tggu mak, smbil tggu mak Nurul ambil gambar dulu dengan Adam dulu..


Thankz Kak Lia bagi baju. sebenar ye baju ni untuk ank Acik Lela oleh di sebabkan banyak Kak Lia suruh Nurul ambil sehelai.. 


Sebelum teruskan perjalanan kami singgah makan kat Sekincan, oleh di sebabkan restoran yang mak nak tu lauk dah habis kami p kat Restoran sebelah sbb lauk campur banyak lagi.

Mak mencari ABC sanggup pergi order kat kedai sebelah sbb kedai yg kami duduk tu ABC xda. yg x bestnya Restoran yg kami duduk tu x maw orderkan dia suruh order sendiri. Nurul x nak makan nasi campur jadi Nurul order nasi ayam kat tempat mak order ABC. Kire ok harge kat situ nasi campur 2 pinggan, soto, nasi ayam, ABC, sirap ais, 2 bali ais RM23.


 Ni lah orang yang kami nak tgk Tomey x???
Macam Comel Jeeeee, Macam Cuteeeee Jeeee....
Nur Zafira Afini lahir pada 26/12/2013 bersamaan 23 Safar 1435H. LAhir pukul 1.50pm di Hospital Sabak Bernam Selangor. Berat 2.83kg... Waaa nampak je kecik tapi berat betulllll... berat tulang ke si tomey ni...


Kecian adik kena ganggu dengan Kak Lia. sampai2 je Kakak2 dia dah ganggu si Tomey ni tidur. 


Mana boleh Kakak Lia je yg bergambar dgn adik ... Kak Nurul pun nak jugak... Tggu ye dik... Coming Soon anak buah adik dah nak kuar dah.. tapi tahun depan la ye cyunk.. Kakak Nurul x maw tahun ni... dah hujung sangat dah ni...
InsyaAllah klau Girl korang jadilah sahabat yang baik & menjadi wanita yang solehah.. Amin...


Mana boleh Ibu dengan Maktih je yang ambil gambar dgn si tomey... 
Adam pun nak jugak.... suka betul Adam peluk makcik die yang tomey ni...
mude betul makcik die ni... 



Muke adam dengan Zafira lebih kurang sama je time adam kecik macam anak cina.. 



Nilah pic kami 2 hari bersama dengan si TOmey ni kat rumah nnek.. rasa x puas rasanya. Tapi NUrul tak boleh lama2 kat kampung sebab perlu jalankan tanggungjawab seorang isteri di k.l & bakal menanti tanggungjwb baru iaitu bakal seorang ibu...


Khamis, 26 Disember 2013

Hamil 9 bulan 8 hari ( 37w1d)

HAMIL 37 MINGGU ++

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari ni (26/12/13) dah mengandung 9 bulan 8 hari.. Macam biasa tiap malam Nurul akan rasa x boleh nak tidur almaklumlah perut dah makin besar nak tdur pun dah susuh. Nasib baik anak ibu ni baik, kalau Ibu dia dah tdur lena Baby x ganggu ibu smpai masuk waktu Solat Subuh.

Pukul 7.30am bangun kemas bilik mana yang bsepah. En.Hubby cuti hari ni. Nurul tak maw ganggu dia tidur kesian si Ayah penat mencari rezeki spanjang hari. xkan die cuti hari ni Nurul nak ganggu. Biar Si Ibu siap2 dulu pastu baru kejut En.Hubby bangun mandi.


Baru siap mandi. Kecikkan perutku walaupun hanya tunggu hari je. AlMaklumlah Si Ibu kecik jadi Baby pun kecik jugak. Yang penting Nurul selamat melahirkan & Baby sihat. Amin...

Check Up hari ni pukul 10am, skrg baru 8.15am, byk masa lagi. So siap slow2 leh wat sarapan pagi dulu. Sebelum nak wat nasi goreng siapkan roti & air untuk En.Hubby dulu.


Waaaaaaa!! lena ye die tdr... Ok cyunk masa untuk bangun siap2 hantar Anje p Klinik... Anje dah siapkan sarapan yang ni dulu ye cyunk, sebelum kite makan sarapan yang lain.



Dah siap... Tgh tggu En.Hubby bsiap pastu terus gerak p Klinik Ibu & Anak Desa Pandan. Kene siap dulu sebb Nurul tak nak En.Hubby tggu lama. Biasa la perempuan klau bsiap lama. En.Hubby x smpai 1/2 jam dh siap. 

Sampai kat Klinik Desa pandan kene tggu giliran. x ramai pun adalah dalam 5 org je.  Sebab tu nurul suka p check Up pkul 10am sbb x  ramai  orang. Masuk bg nurse tu buku pink, timbang berat, urine test, tggu  kat luar sampai nurse pggil nama. x sampai 5mnt  Nurse Cik.Shima pggil. Dia check tkanan darah, jantung baby, dgr nsihat nurse pastu balik. kjp je  kan 10.35am dah siap.


Pas Check Up kami Singgah kat Taman Tasik Ampang Hilir dulu p Dating sat.
Bosanlah klau balk awal. memndgkn klinik dh  dekat  dgn  tasik jd  singgh date kejap. Borak2 kosong  je.  



Dalam perjalanan nak balik rumah ternampak pokok Pelam Apple.. Terasa teringin sangat, so bagi taw En.Hubby. En.Hubby terus hantar Nurul balik rumah & p ambil pelam apple untuk isteri tcinta. Nk  sebiji bawa sekali  7biji.
 
Pas dapat sebiji pun x habis mkn. Nasib  baik adik iparku dari sabh ada leh tlg hbiskn. Biaselah org mengidam mcm2 nnt  die  mntk pastu mkn x  hbis. Ape2  pun Anje ucapkan terima kasih  byk2 sbb  berusaha p mntk pelam apple.

Rabu, 4 Disember 2013

JENIS UBAT KETIKA HAMIL

JOM MAKAN UBAT, BAIK UNTUK KANDUNGAN


Kesemua ni ubat2 yang Nurul dapat time Check Up. Sebenarya dapat sikit je di sebabkan wat check up 2 klnik tu yg dapat byk mcm ni... En.Hubby nak kat swasta Nurl nak kat kerajaan sebab perlu wat buku merah... xdelah sehari Nurul ambil smue sekali.. Nurul makan yg mana yg penting je...


ni Asid Folik, Nurul dapat kat klinik kerajaan. Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Ia juga penting untuk saraf tunjang bayi yng lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 



Vitamin Bcomplex, vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yg disarankan & selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yg optimum. seperti Gejala kekurangan vitamin B, Keletihan, kebas, kerengsaan usus, gemuruh, kemurungan, paranoia, stress, lemah dan lesu.


Iron Tablet, Vitamin ini penting untuk meningkatkan bilangan sel darah merah pada ibu mengandung. Kekurangan darah merah pada ibu mengandung boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan si ibu. 



Last sekali ubat Vitamin C nurul dapat kat klinik kerajaan desa pandan. Vitamin c antioksidan yang diperlukan sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantan tisu, fungsi kilang adrenal & utk gusi yg sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress & interferon, sejenis protin sistem imuniti yg penting & diperlukan utk metabolisma folik asd, tairosin dan phenylalanine.



Kadang2 ubat yg lain xde stok dorg bagi Obimin kat Nurul. doktor kate Obimin ni senang hanya 1 biji je makan sebab semua vitamin ada dalam obimin. tapi yg lebih elok ambil yg satu2 tu kesan dia pun lebih baik dari makan 1 ubat sahaja.



aduh dah sakit pinggang la pulak dok lame2 depan laptop ni.. x larat nak cri info tntg 5 ubat yg Nurul dapat kat klnik swasta. Xpe Nurul bagi nama ubat je Calcium Lactate bp 300mg (utk sakit2 belakng), Paracil (Ubat Tahan Sakit), Somin Tablet (selsema), Pulin Tablet 10mg (Ubat pening kepala), & Fucon Tablet 10mg (ubat skit perut). ni smue khs utk ibu mengandung. Korang search la kat google msti dapat info tntg ubat2 ni... Sooorrryyy tawwwww x dpt nk updatekn kat sni.....



Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI