Khamis, 26 Disember 2013

Hamil 9 bulan 8 hari ( 37w1d)

HAMIL 37 MINGGU ++

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari ni (26/12/13) dah mengandung 9 bulan 8 hari.. Macam biasa tiap malam Nurul akan rasa x boleh nak tidur almaklumlah perut dah makin besar nak tdur pun dah susuh. Nasib baik anak ibu ni baik, kalau Ibu dia dah tdur lena Baby x ganggu ibu smpai masuk waktu Solat Subuh.

Pukul 7.30am bangun kemas bilik mana yang bsepah. En.Hubby cuti hari ni. Nurul tak maw ganggu dia tidur kesian si Ayah penat mencari rezeki spanjang hari. xkan die cuti hari ni Nurul nak ganggu. Biar Si Ibu siap2 dulu pastu baru kejut En.Hubby bangun mandi.


Baru siap mandi. Kecikkan perutku walaupun hanya tunggu hari je. AlMaklumlah Si Ibu kecik jadi Baby pun kecik jugak. Yang penting Nurul selamat melahirkan & Baby sihat. Amin...

Check Up hari ni pukul 10am, skrg baru 8.15am, byk masa lagi. So siap slow2 leh wat sarapan pagi dulu. Sebelum nak wat nasi goreng siapkan roti & air untuk En.Hubby dulu.


Waaaaaaa!! lena ye die tdr... Ok cyunk masa untuk bangun siap2 hantar Anje p Klinik... Anje dah siapkan sarapan yang ni dulu ye cyunk, sebelum kite makan sarapan yang lain.



Dah siap... Tgh tggu En.Hubby bsiap pastu terus gerak p Klinik Ibu & Anak Desa Pandan. Kene siap dulu sebb Nurul tak nak En.Hubby tggu lama. Biasa la perempuan klau bsiap lama. En.Hubby x smpai 1/2 jam dh siap. 

Sampai kat Klinik Desa pandan kene tggu giliran. x ramai pun adalah dalam 5 org je.  Sebab tu nurul suka p check Up pkul 10am sbb x  ramai  orang. Masuk bg nurse tu buku pink, timbang berat, urine test, tggu  kat luar sampai nurse pggil nama. x sampai 5mnt  Nurse Cik.Shima pggil. Dia check tkanan darah, jantung baby, dgr nsihat nurse pastu balik. kjp je  kan 10.35am dah siap.


Pas Check Up kami Singgah kat Taman Tasik Ampang Hilir dulu p Dating sat.
Bosanlah klau balk awal. memndgkn klinik dh  dekat  dgn  tasik jd  singgh date kejap. Borak2 kosong  je.  



Dalam perjalanan nak balik rumah ternampak pokok Pelam Apple.. Terasa teringin sangat, so bagi taw En.Hubby. En.Hubby terus hantar Nurul balik rumah & p ambil pelam apple untuk isteri tcinta. Nk  sebiji bawa sekali  7biji.
 
Pas dapat sebiji pun x habis mkn. Nasib  baik adik iparku dari sabh ada leh tlg hbiskn. Biaselah org mengidam mcm2 nnt  die  mntk pastu mkn x  hbis. Ape2  pun Anje ucapkan terima kasih  byk2 sbb  berusaha p mntk pelam apple.

Rabu, 4 Disember 2013

JENIS UBAT KETIKA HAMIL

JOM MAKAN UBAT, BAIK UNTUK KANDUNGAN


Kesemua ni ubat2 yang Nurul dapat time Check Up. Sebenarya dapat sikit je di sebabkan wat check up 2 klnik tu yg dapat byk mcm ni... En.Hubby nak kat swasta Nurl nak kat kerajaan sebab perlu wat buku merah... xdelah sehari Nurul ambil smue sekali.. Nurul makan yg mana yg penting je...


ni Asid Folik, Nurul dapat kat klinik kerajaan. Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Ia juga penting untuk saraf tunjang bayi yng lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 



Vitamin Bcomplex, vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yg disarankan & selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yg optimum. seperti Gejala kekurangan vitamin B, Keletihan, kebas, kerengsaan usus, gemuruh, kemurungan, paranoia, stress, lemah dan lesu.


Iron Tablet, Vitamin ini penting untuk meningkatkan bilangan sel darah merah pada ibu mengandung. Kekurangan darah merah pada ibu mengandung boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan si ibu. 



Last sekali ubat Vitamin C nurul dapat kat klinik kerajaan desa pandan. Vitamin c antioksidan yang diperlukan sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantan tisu, fungsi kilang adrenal & utk gusi yg sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress & interferon, sejenis protin sistem imuniti yg penting & diperlukan utk metabolisma folik asd, tairosin dan phenylalanine.



Kadang2 ubat yg lain xde stok dorg bagi Obimin kat Nurul. doktor kate Obimin ni senang hanya 1 biji je makan sebab semua vitamin ada dalam obimin. tapi yg lebih elok ambil yg satu2 tu kesan dia pun lebih baik dari makan 1 ubat sahaja.



aduh dah sakit pinggang la pulak dok lame2 depan laptop ni.. x larat nak cri info tntg 5 ubat yg Nurul dapat kat klnik swasta. Xpe Nurul bagi nama ubat je Calcium Lactate bp 300mg (utk sakit2 belakng), Paracil (Ubat Tahan Sakit), Somin Tablet (selsema), Pulin Tablet 10mg (Ubat pening kepala), & Fucon Tablet 10mg (ubat skit perut). ni smue khs utk ibu mengandung. Korang search la kat google msti dapat info tntg ubat2 ni... Sooorrryyy tawwwww x dpt nk updatekn kat sni.....



Hamil 8 Bulan

MENGANDUNG 8 BULAN



Dah lama jugak x Update Blog sejak Nurul Di Sahkan Mengandung.. Nurul dah mula malas nak buka laptop or PC. Lagi sejak Nurul bhenti kerja ni lg la malas tsgt2.. 


Pada 1/8/2013 Syarikat Peguam K.L Chee bpindah kat Johor Bharu. Dalam keadaan mengandung ni lebih baik Nurul dok kat rumah je. Boleh je kerja kat sana sebb nenek ikram dok kat Johor x jauh dari Syarikat K.L Chee JB. Dah En.Hubby x bagi nak buat macam manakan.. dok rumah Besarkan perut dapat jugak gaji hehehehehehhe..


                                         Ni pic masa 4 bulan dengn Si kntot, En.Hbby.

Kecikkan perutKu. Si Kontot ni pun dah mula suka gedik2 dengan aku.. Nak tdr pun dekat dengan aku punya perut. En.Hubby p cari Rezeki dia yang ganti..



                                   Ni time 5 bulan. badan Kecik Perut pun kecik Jugak.


                                             Perut ni sbenar kecik ke.. x besar mana pun.
                                         Macam biasa Si Kontot menyebok kat Perut ku..




                                                Pic time 6 bulan. ada pic x goyong tapi x nampk perut
                                                                  nampak muke mak buyung ni je....



                                           Ni Pic pas balik dari Check Up kat klinik ibu & anak Desa Pandan.
                                      Ibu Mengandung yg dah genap 7 Bulan je yang boleh dapat Pampers ni.


                                          Cakkkk nilah pic yg terbaru kandungan Nurul dah 8 Bulan kecikkan?
                                      Tu baju En.Hubby Belikan. die nak likan baju org mengandung tapi tggl
                                      berapa bulan je lagi. cyunk klau li membazir. li baju mcm ni bile2 leh pakai...

Ramai yg kata perut Nurul ni kecik sangaat.. mcm baru 5 Bulan padahal dah 8 bulan lebih. xpelah yg penting baby dalam kandungan ni sihat.baru Scann pada 2/8/13 berat baby 2kg. Aduhhh keciknya babyKu... mungkin perut ibu ni kecik sgt ssuh anak membesar, pastu Ibu pun skrg dah kurang makan tu yg ssh si kecik ni berat mcm tu je. Yang penting anak ibu yg kat dalam ni sehat & bersalin dengan selamat.

Alhamdulillah disahkan mengandung

ALHAMDULILLAH NURUL DISAHKAN MENGANDUNG



Alhamdulillah pada bulan 12/2012 Nurul mengalami keguguran ktika kandungan 11 minggu 4 hari. Tapi pada April/2013 Nurul digemparkan dengan berita Nurul di sahkan mengandung. Masa tu test kat pejabat belum pergi klinik lagi. takut nak check, takut dapat keputusan yang myecewakan diri & En.Hubby. Mula2 bila dapat tahu nak cepat bagi tahu En.Hubby tapi perasaan ni macam takut je. Ingat nak  buat kejutan utk hari jadi En.Hubby tapi klau salah nanti jadi hadiah yang mnyecewakan hati En.Hubby.

Pada 8/5 Nurul cuba Check semula Alhamdulillah masih Keputusan yg sama tdapat 2 line.. tapi masih was2 nak bagi tahu En.Hubby lagi. Seminggu kemudian Nurul Check lagi alhamdulllah keputusan yang sama. En.Hubby dah mula merasakan lain pada diri Nurul. lagi2 akhir2 ni Nurul Kuat sgt Mnangis dari sebelum ni. Kuat merajuk, x selera makan, kuat cemburu, kadang2 cepat naik angin. Tengok cara En.Hubby nak Btanya tapi disebabkan diri ini emosi sgt En.Hubby sampai x sampai hati nak tanya.

Pada 20/5, Nurul betul2 rasa x sehat. En.Hubby wat kejutan Hari jadi pun rasa macam xde mood langsung. kesian En.Hubby penat2 cari rezeki untuk keluarga sampai berusaha nk sambunng ulang tahun kelahiran Nurul yang ke 22 Nurul wat die mcm tu je. wat Hendah x hendah. tapi nak wat mcm mana masa tu mmg xde mood langsung. Pada malam tu hati rase macam lain mcm je. En.Hubby beranikan diri bagi tahu suruh Nurul Check Pregnant Test.

Subuh 21/05/2013, memberikan berita gembira untuk En.Hubby. Tapi En.Hubby xde la Happy sgt mgkin ada perasaan macam Nurul x berani nak gembira sgt takut kecewakan diri sndiri. Nrul masih x p Check up kat klinik lagi nak tggu kandungan 3 Bulan baru p check.






Pada Genap 3 Bulan Nurul ajak En.Hubby p scan.. Alamhulillah dah nampak dah baby kat rahimKu. Rasa nak menangis je Alhamdulillah akhirnya melekat juga. mudah2a Baby ni jadi anak yang soleh solehah untuk ku. X sabar rasanya ingin menunggu kelahiran ZuriatKu yang akan dijangka bersalin awal bulan 1 tahun depan 2014. Mudah2an jadi Anak tahun baru ye cyunk.. Aminnnnn..





Khamis, 11 April 2013

Merancang Untuk Mengandung Selepas Keguguran.

MERANCANG UNTUK MENGANDUNG SELEPAS KEGUGURAN

Assalamualaikum...

Ermmm dah lame jgk Nurul x Update Blog inikan kalau x silap last Nurul update selepas Nurul keguguran tahun lepas. Hari ni kira genap dah 4 bulan 5 kali haid. Rasanya Nurul dah boleh mrancang untuk mengandung semula. tapi yang jadi masalah Nurul sekarang ni adalah kitaran Haid untuk x teratur langsung. berbanding sebelum mengandung. Sebelum mengandung berat 48kg masa mengandung kurang selera mkn jadi 46kg semalam Nurul pergi Klinik Sri Gokul dekat taman Sri Watan Ampang 44 kg.. aduhhhh semakin lama semakin kurang berat badan ni mcm mana nak rancang mengandung semula!!

Kalau kitaran haid ok mungkin Nurul x jumpa dengan Doktor S.A Naidu. Dia adalah seorang doktor yang Nurul suka, Nurul suka jumpa doktor ni sebb die bukan sekadar periksa kita punya masalah je tapi die jugak terangkan apa masalah yang kita hadapi, x faham? die siap tunjukkan gmbar rajah badan kita & terangkan sampai kita faham. Dah terangkan dia bagi tahu macam mana nak selesaikan & jnis ubat apa yg sesuai. Doktor Naidu x main bagi ubat je taw die siap bg tahu apa kelebihan ubat itu. Nurul je dah nak masuk 1/2 jam dalam bilik doktor tu. Kecian psakit kat luar sana dah ramai yang tunggu. Walaupun ramai & 1 pesakit ambil masa yg lama untuk periksa tapi klinik ni tetap ramai org nak tggu jgk termasukla Nurul sanggup tggu lame. 

Ok Nurul nak kongsi dengan u all tentang kitaran haid Nurul. 

Nurul mmg suka catt kitaran haid Nurul sejak anak dara lagi. Ni Nurul ambil app. lain plk. yg belum2 ni yg lain ni Nurul Download time pas keguguran tu. Kira Nurul dtg haid smula pada bulan 1. klau blm mengandung Kitaran haid Nurul antara 27,28 jrg 29. selalu mmg 28 hari. Pas keguguran tu haid kedua lmbt 4 hari & seterusnya blh tgk gambar kat ats ni...

Time jumpa doktr byk lagi die tanya n macam2 die terangkan kat Nurul. Doktr scan perut guna Ultrasound & Dktr terangkan dgn teliti Nurul x fhm gmbr dari Ultrasound, siap dktr ambil gmbr & terangkan 1 persatu.. mmg faham gile2 la. time bg ubat pun Doktr bg tahu ubt ni untuk ape.
Ubat ni Nama dia Pyridoxine atau Vitamin B6.
Ia untuk membentuk hemoglobin dalam sel darah merah darah kita.

Ni ubat Clostilbegyt.
Ia untuk peningkatan hormon penting kepada pertumbuhan & melepaskan telur matang untuk ovulasi.
Pesakit yang mempunyai masalah hamil boleh mengambil Clostilbegyt. Ia boleh digunakan bersama-sama dengan ubat-ubatan yang dipanggil Metformin untuk membantu pesakit ovulate dan hamil.
Kesan-kesan sampingan termasuk sakit perut, hot flashes, kenyang pelvis, sakit kepala, ketegangan payudara, atau pening. Jika gejala-gejala ini berterusan, pesakit perlu segera memberitahu doktor mereka. Secara umum, kemungkinan pesakit mengalami kesan-kesan sampingan adalah rendah.

Yang ni ubat,,,,
Alamk lupe la, nnt sesiapa yg taw kongsilah dgn kami ye.. Nnt kalau Nurul jumpa dktr tu Nurul try tnya balik ni ubat apa & ape fungsi die.

ermmm x sabar ye untuk dapat orang baru dalam keluarga Ikram. Puan Nurul ni dah x sabar nak dapat Zuriat x kisahlah Perempuan atau pun lelaki asalkan ia dapat membawa bahagia  & rasa meriah dalam rumah tangga kami nnt. Amin.

Mudah-mudah Muhammad Hiekram Bin Jamali & Nurul Asyikin Binti Herman mendapat zuriat secepat mungkin. Amin Ya Robbal Alamin...




                               

Sabtu, 15 Disember 2012

Keguguran Ketika 11 Minggu 4 Hari.

KEGUGURAN KETIKA KANDUNGAN 11 MINGGU 4 HARI


Salam sayang dari Nurul.

Hari ni dah 6 hari Nurul kena berpantang. Dalam hati masih merasakan dalam perut ini masih ada janin, tapi Encik Hubby kata jangan ingat balik kalau perkara yang dah lepas dan Encik Hubby mohon sangat agar Nurul tidak ingatkan dia tentang perkara ini.


Kisah sedih bermula begini pada 01/12/2012 rasa macam ada sesuatu yang keluar. Bila pergi tandas Nurul nampak ada sesuatu warna coklat yang keluar terus ajak Encik Hubby pergi Hospital. Encik Hubby terus bawa pergi Hospital Ampang jam 1.30am. 


Sampai Hospital Ampang, Nurul kena tukar kain pink. Doktor terus bawa ke bilik ultrasound scan2 Doktor kata kantung kosong & tak nampak baby pun. Dari scan Doktor kata kandungan Nurul baru 8 minggu 6 hari tapi sepatutnya dah 10 minggu 2 hari. Ketika doktor bagi tahu Nurul, Nurul buat bodoh je. sampai doktor kata Nurul macam x percaya apa yang dia katakan. Memamg Nurul x percaya pun sebb Nurul baru scan 5 hari yang lepas di Klinik Johor Bharu Kandungan Nurul dalam keadaan sehat dan doktor JB kata dah 9 minggu 4 hari jadi macam mana doktor ampang kata boleh 8 minggu pulak. Doktor bagi peluang dekat Nurul untuk scan semula pada 18/12/12. 



                                               Kantung kosong pada kandugan 10 minggu 2 hari.


Balik dgn hati yang gelisah Encik Hubby pun x percaya ni semua dia kata dia yakin baby selamat. Nurul pergi kerja pun dgn rasa x seronok langsung sebab setiap hari ada coklat2 keluar dari faraj. Pada 08/12/2012 Nurul pergi semula Hospital tapi kali ni pergi Hospital Kuala Lumpur. Kami berdua kuatkan hati bahawasanya kandungan Nurul selamat. Tapi bila buat Ultrasound keputusan sama macam di Hospital Ampang. Kali ini Nurul percaya dan redha dgn smua ini. X sampai hati nak bagi tahu Encik Hubby, apa pun Nurul kena bagi tahu jugak. Bila Encik Hubby tahu dia terus terdiam & x cakap apa2 sampai dia turun tinggalkan Nurul sekejap di bilik ultrasound. Nurul tahu macam mana perasaan dia ketika itu. Walaupun tiada air mata yg mengalir bukan bmakna Nurul suka dgn smua ini dalam hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan Nurul.



                                                    Keputusan yang sama Dari Ultrasound Hospital Kuala Lumpur.

Nurul kena datang Untuk D&C pada minggu depan. Nurul mintak lambatkan D&C ini tapi Doktor takut rahim Nurul kena jangkitan kuman. Kena buat minggu depan jgk. tarikh paling lambat untuk D&C pada 14/12/12. Kami  pilih tarikh tersebut. balik umah dengan hati yang sangat hampa. Encik Hubby masih yakin baby selamat. macam mana pun Nurul bagi tahu Encik Hubby kata selagi dia tak keluar lagi dia masih selamat. Hati ini terpukul & rasa nk menjerit dgn kata2 Encik Hubby, sedih tersangat2 bila tgk Encik Hubby kata macam tu.


10/12/12 bersamaan 26 Muharram 1434H, Rasa tak sedap hati langsung rasa nak marah2, nak buat kerja langsung tak ada mood langsung. Apa pun kerja, Nurul rasa malas nak buat rasa nak mengamuk je. Bila balik kerja Encik Hubby kena. sampailah balik umah Nurul asyik marah2 je. Bila rasa nak buang air kecik rasa macam ada sesuatu yang keluar dari Faraj Nurul. tengok2 ada 1 ketulan daging tersangkut kat faraj. Nurul cuba tarikh. Bila tarik terus keluar darah macam air paip bocor. sampai 4 pad overnght penuh.



                                                                   Ketulan yang tersangkut dekat faraj.


Terus ajak Encik Hubby pergi Hospital K.L. Time naik motor Nurul rasa nak pitam nak jatuh.. sampai Hospital habis kerusi roda HKL kena darah. Nurul dmintak tukar kain pink. pergi tandas keluar lagi darah ketul sebesar pnumbuk banyak juga yang keluar ketulan tu.

Nurul kena tahan wad pada 9.00pm tingkat 1 katil 27.  Selesa jugak katil yang Nurul duduk tu. bila tengok baby yang ada di keliling Nurul nak menangis pun ada. Lagi2 bila ada ibu mengandung buat scan degupan jantung baby lagilah sedih. "Sabar Nurul Allah lebih sayangkan dia".. "Dia akan tunggu Nurul & Encik Hubby di syurga nanti. Ni dugaan yang Allah berikan di dunia yang fana ni, Allah hanya bagi pinjam & letakkan di rahim Nurul, Dah smpai masanya dia ambil semua apa yang dia bagi pinjam dekat Nurul kerana itu milik Allah SWT".


11/12/12 Doktor scan blik. doktor kata klau masih ada darah lagi dalam rahim Nurul terpaksa buat D&C dorg kata sakit. Tapi alhamdulillh doktr kata smuanya dah keluar & boleh balik hari ini. alhamdulillah... balik & kena berpantang.

Ibu yang keguguran perlulah berpantang dari cara hidup harian serta permakanan. Pantang ibu bersalin mengikut jangka masa keguguran. Keguguran Nurul 11 minggu 4 hari jadi Nurul tidak dibenarkan melakukan hubungan kelamin selama 30 hari. Untuk mendapat kesihatan yang lebih baik lagi bagi ibu keguguran perlulah berpantang makan sehingga ibu yang keguguran kembali hamil dan bersalin. Selepas itulah baru pantang larang permakanan Ibu keguguran akan tamat.


** Berharap sangat nasihat2 dari u all smua bila Nurul boleh  mengandung semula. Nurul x sabar meriahkan suasana rumah tangga Nurul dengan Encik Hubby adanya seorang baby.. klau kembar pun best jugak.... waaaaa x sabarnya menunggu rezeki yang akan datang..... InsyaAllah...  

Rabu, 24 Oktober 2012

Sah Mengandung

NURUL DISAHKAN MENGANDUNG
Assalamualaikum


tak sabar Nurul nak berkongsi berita gembira Nurul kat semua yang Nurul sah mengandung 5 Minggu. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu btapa gembiranya Nurul bila dengar berita tu.
ni gambar time kami dah nikah pada 27 april 2012 hari Jumaat. Errrmmm time nikah ni pun macam dugaan jugak kami kenA tempuhi kelam-kabut tapi alhamdulillah semua dah selesai dan tepat pada pukul 9.45pm Nurul sah jadi isteri kepada Ikram. 
Yang ini pulak gambar time kami bersanding pada 29 April 2012 pada hari Ahad kami buat di Dewan Taman Tasik Ampang Hilir... Kira mahal jgk kos nak buat kat dewan. time ni kami x buat ktering sebab mak mentua nurul kate die pun buat ktering takkan Nurul pun nak buat order ktering kat tempat lain.. mula2 fikir betul jgk tapi akhirnya menyesal jgk sebab apa yang di rancangkan x bjalan dgn lancar. mmg mak mentua Nurul dia buat ktering tapi bila mak penganting pun nk buat persiap khwin ktring dah x ada orang urus. tapi akhirnya selesai jugak mjlis kami. apa2 pun kat K.L ni  lebih baik buat ketering je. lainlah klau ada penduduk kampung yg snggup brgotong royong..


 Kami dah berkahwin 4 bulan kahwin tapi rezeki tak ada lagi.. kadang2 geram jugak sebab  kawan2 kami asyik tanya bila dorang nak jadi pakcik or makcik... adooiiii sedara mara pun ada tanya jugak tapi paling tnsion bila mak mentua tanya. Jawapan Nurul cuma x ada rezeki, lagi tu jelah jawapan kami kalau orang tanya..
walaupun macam mana pun Nurul tetap akan berusaha.. sekarang nikan HP dah canggih boleh dwnld klenda period jadi Nurul dapat tahu bila Nurul Period dan bila waktu Nurul subur.. sejak tu Nurul akan mini honeymoon dgn my hubby pada waktu subur Nurul. Sebelum tu Nurul dah bincang dah dengan suami. jangan buat sndiri2 , nnt suami nk mini honeymoon kita pulak tak nak sebab hari tak subur belum tiba pastu mulalah suami angin dan fikir bukan2. jadi baik bincang dengan suami dulu taw..

Selalu bayang agar dapat baby comel smpai lptop dengan pc kat offices pun Nurul set gambar Baby ni.. sebab bila pandang je gambar ni mesti tersenyum dan berdoa agar dapat baby secepat yg mungkin.. amin..


Pada 17 Oktober 2012 (Rabu) Nurul msg akak ipar Nurul tanya tentang doktor yang dia kata bagus. ramai yang pergi jumpa doktor tu sebab perkhidmatan dia bagus sangat.. Betul ke???? belum cuba belum try kan!!!!!!! jadi Nurul mintak no.tel & alamat doktor tu kebetulan plk time tu akak ipar Nurul nk pergi sana jgak ada sebab tertentu.. sambil tu boleh Nurul tanya masalah Nurul.. rezeki mmg dari Allah SWT tapi kita harus berusaha. jadi Nurul harus berusaha ambil tahu apa masalah dan sebab Nurul lambat dapat zuriat. Berdebar2 bila giliran Nurul & akak Ipar Nurul. Doktor scan perut Nurul dulu nak tahu perut Nurul ada masalah apa. masa sacn doktr nampak sesuatu tapi tak pasti jadi doktor Mintak Nurul test air kencing.. keputusan ye kat tarikh 17/10 tu.. Doktor tak nak bagi harapan sangat kat Nurul dia kata yang dia nampak itu mungkin darah beku or janin. tapi dari keputusan tu line no 2 tu macam nmpk tak nampak.
rasa tak puas hati esok pagi pas azan subuh Nurul terus test lagi sekali dapat keputusan 18/10. Nurul masih was2.. bagi tahu hubby pun yakin tak yakin je.. sampai 19/10 Nurul rase sakit perut sakit risau jugak ni cuma senggugut. jadi test lagi sekali dapat la keputusan 19/10. Nurul bagi tahu hubby ni sah mngandung.. Hubby terus call mak dia & tanya mak dia tentang Nurul mak dia kata kadang ada jugak orang mengandung anak pertama rasa pedih sikit.. 

Doktor suruh jumpa dia semula pada 30/10 tapi malam 24/10 perut  Nurul sakit tersangat2 tak tahan sampai beberapa jam asyik terbangun je.. pastu kejut hubby suruh urutkan belakang sebab sakit perut sampai ke tulang belakang jadi suruh hubby urut belakang Nurul. Subuh bangun pun masih sakit jugak.. Nurul mmg x dapat nak tahan terpaksa ambil cuti.. jadi Nurul cerita kat doktor semua. doktor scan perut Nurul alhamdulillah doktor kata 100% Nurul di sahkan mengandung alhamdulillah akhirnya dapat jugak rezeki.
doktor bagi Nurul ubat folic Acid Untuk mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina Bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dan banyak jugak nasihat yang doktor Nandu bagi. tahu Nurul. memang x rugi pergi klink dia.

Balik rumah dengan senang hati, Hubby pun dah mula ada rasa aura dia nak berkerja keras.
mudah2an dengan zuriat ni kami dapat rezeki yang lebih baik  untuk menjaga kandung anak sulung kami.
Alhamdulillah rezeki Allah SWT.
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI