Khamis, 11 April 2013

Merancang Untuk Mengandung Selepas Keguguran.

MERANCANG UNTUK MENGANDUNG SELEPAS KEGUGURAN

Assalamualaikum...

Ermmm dah lame jgk Nurul x Update Blog inikan kalau x silap last Nurul update selepas Nurul keguguran tahun lepas. Hari ni kira genap dah 4 bulan 5 kali haid. Rasanya Nurul dah boleh mrancang untuk mengandung semula. tapi yang jadi masalah Nurul sekarang ni adalah kitaran Haid untuk x teratur langsung. berbanding sebelum mengandung. Sebelum mengandung berat 48kg masa mengandung kurang selera mkn jadi 46kg semalam Nurul pergi Klinik Sri Gokul dekat taman Sri Watan Ampang 44 kg.. aduhhhh semakin lama semakin kurang berat badan ni mcm mana nak rancang mengandung semula!!

Kalau kitaran haid ok mungkin Nurul x jumpa dengan Doktor S.A Naidu. Dia adalah seorang doktor yang Nurul suka, Nurul suka jumpa doktor ni sebb die bukan sekadar periksa kita punya masalah je tapi die jugak terangkan apa masalah yang kita hadapi, x faham? die siap tunjukkan gmbar rajah badan kita & terangkan sampai kita faham. Dah terangkan dia bagi tahu macam mana nak selesaikan & jnis ubat apa yg sesuai. Doktor Naidu x main bagi ubat je taw die siap bg tahu apa kelebihan ubat itu. Nurul je dah nak masuk 1/2 jam dalam bilik doktor tu. Kecian psakit kat luar sana dah ramai yang tunggu. Walaupun ramai & 1 pesakit ambil masa yg lama untuk periksa tapi klinik ni tetap ramai org nak tggu jgk termasukla Nurul sanggup tggu lame. 

Ok Nurul nak kongsi dengan u all tentang kitaran haid Nurul. 

Nurul mmg suka catt kitaran haid Nurul sejak anak dara lagi. Ni Nurul ambil app. lain plk. yg belum2 ni yg lain ni Nurul Download time pas keguguran tu. Kira Nurul dtg haid smula pada bulan 1. klau blm mengandung Kitaran haid Nurul antara 27,28 jrg 29. selalu mmg 28 hari. Pas keguguran tu haid kedua lmbt 4 hari & seterusnya blh tgk gambar kat ats ni...

Time jumpa doktr byk lagi die tanya n macam2 die terangkan kat Nurul. Doktr scan perut guna Ultrasound & Dktr terangkan dgn teliti Nurul x fhm gmbr dari Ultrasound, siap dktr ambil gmbr & terangkan 1 persatu.. mmg faham gile2 la. time bg ubat pun Doktr bg tahu ubt ni untuk ape.
Ubat ni Nama dia Pyridoxine atau Vitamin B6.
Ia untuk membentuk hemoglobin dalam sel darah merah darah kita.

Ni ubat Clostilbegyt.
Ia untuk peningkatan hormon penting kepada pertumbuhan & melepaskan telur matang untuk ovulasi.
Pesakit yang mempunyai masalah hamil boleh mengambil Clostilbegyt. Ia boleh digunakan bersama-sama dengan ubat-ubatan yang dipanggil Metformin untuk membantu pesakit ovulate dan hamil.
Kesan-kesan sampingan termasuk sakit perut, hot flashes, kenyang pelvis, sakit kepala, ketegangan payudara, atau pening. Jika gejala-gejala ini berterusan, pesakit perlu segera memberitahu doktor mereka. Secara umum, kemungkinan pesakit mengalami kesan-kesan sampingan adalah rendah.

Yang ni ubat,,,,
Alamk lupe la, nnt sesiapa yg taw kongsilah dgn kami ye.. Nnt kalau Nurul jumpa dktr tu Nurul try tnya balik ni ubat apa & ape fungsi die.

ermmm x sabar ye untuk dapat orang baru dalam keluarga Ikram. Puan Nurul ni dah x sabar nak dapat Zuriat x kisahlah Perempuan atau pun lelaki asalkan ia dapat membawa bahagia  & rasa meriah dalam rumah tangga kami nnt. Amin.

Mudah-mudah Muhammad Hiekram Bin Jamali & Nurul Asyikin Binti Herman mendapat zuriat secepat mungkin. Amin Ya Robbal Alamin...




                               

2 ulasan:

  1. Nurul....leh tahu tak nama ubat warna hijau tu....thanks

    BalasPadam
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    BalasPadam

Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI