Khamis, 29 Disember 2011

Sayang You, Semua House

SAYANG YOU, SEMUA HOUSE

27 Disember 2011, Nurul terfikir fikir nak buat hantaran... mana takna sepanjang bulan 11 & 12 ni banyak betul orang buat kenduri kahwin & tunang. macam gubahan Nurul tengok.. perasaan yang tergugat, tcabar dan fikir dah terbayang2 hantaran yang macam mana nurul nak nuat time nikah nanti..
petang tu terus sms Ikram ajak dia pergi Jalan TAR. Pergi cari barang sikit2 untuk nurul cuna test try buat hantaran dengan buah fikiran sndiri..
Sampai kat Jalan TAR, teringat dulu time kakak Nurul n time Nurul tunang kami beli barang2 kat Semua House.. mula2 cadang nak beli sikit2 je tapi fikirkan balik alang baik nurul beli je untuk 9, 9 hantaran. tapi nurul x dapat nak ingat nak beli apa n berapa sukatan yang nak beli jadi beli ikut naluri diri Nurul...
Alhamdulilah barang hantaran ikram yang tolong bayarkan dalam RM33 , hehehehhehe jimat sikit duit ceq kih.. kih....  Xdan mandi & basuh muka Nurul trus bawa barang masuk bilik terus mulekan projek Nurul.. buat punye buat punya buat tibe pistol gam rosak la pulak tnsion Nurul dibuatnya. Nurul rasa mgkin dia suruh Nurul masuk tidur sebab esok Nurul kerja pagi..

28 Disember 2011, pagi2 kat tempat kerja perasaan x puas hati sebab semalam x dapat nk habiskan buat hantaran nurul p lagi kat Sayang You beli semua barang yg mana yang x ada Nurul trs beli mmg dah xde tggl apa2 la tingal buat n simpan pastu kuarkan balik time nak nikah nnt. habis dalam RM46.40. Campur dgn semalam punya RM33 semuanya RM79.40 untuk 9 hantaran. Nurul suka beli kat sini sebab setiap barang nurul dapat potongan 5% Xkire la hrge dia berapa pun dia potong jugak 5%  dah jimat tang sini. 
SAYANG ANDA SDN. BHD.
Sayang Anda Sdn. Bhd ( Formely dikenali sebagai Sayang You Marketing) telah ditubuhkan pada bulan November 1998. Berjaya soket yang dinamakan Pusat Sayang Anda yang memulakan operasi pada bulan Mac 1999 dan dianggap sebagai salah satu pusat yang terbesar menyediakan bahan-bahan perkahwinan Melayu, Kraftangan & Bunga Tiruan yang beroperasi di U5 Level, Semua House, Jalan Bunus 6,50100 Kuala Lumpur.

Pusat Sayang You keluar sehenti runcit yang mempunyai pelbagai produk & perkhidmatan yang lengkap untuk bunga, aksesori, kraftangan &  bunga tiruan di bawah satu bumbung. Selain itu, Pusat Sayang You juga menawarkan borong Whichis terbuka kepada semua peruncit, pakar kecantikan perkahwinan (MAk Andam, Pengusaha Hotel yang memenuhi keperluan majlis perkahwinan, syarikat-syarikat yang memerlukan hiasan perkhidmatan atau ingin memerintahkan hadiah bagi fungsi-fungsi dalaman. 

Perkidmatan yang kami tawarkan termaauk:-
* aksesori khawin
* menerima pesanan khas untuk perkiraan pengantin.
* pakej khawin (bride & pakaian pengantin lelaki, Pelamin, Bilik Tidur, Fotografi DLL)
* Menerima daripada pasu & bakul
* pelbagai kraftangan aksesori


Pusat Sayang You menawarkan pelbagai Produk & perkidmatan dengan reka bentuk eksklusif & mudah dikawasan yang luas daripada 13.416 kaki persegi, pusat ini boleh diakses oleh empat lif. Syarikat ini mempunyai tenaga kerja yang mencukupi di manasebahagian besar daripada mereka mempunyai tangan kepada pengalaman. malah pereka dipilih dengan teliti inorder untuk menempung keperluan pelanggan-pelanggan. Kami juga berpegang kepada falsafah kepuasan hati pelanggan sebagai recipents produk & perkhidmatan kami untuk menjadi ke utamaan pertama.

JADI APA TUNGGU LAGI JOM KITE PERGI SAYANG YOU UNTUK BELI BARANG KEPERLUAN ANDA..

Jumaat, 7 Oktober 2011

Apendiks

APENDIKS


antara sebab-sebab ikram disahkan apendiks ialah bermula dari sakit perut. sakit bermula di bahagian pusat tengah dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut. sakit akan bertambah apabila bergerak-gerak atau bersin. selain itu, ikram selalu demam. loya dan kadang-kala muntah, sembelit / cirit-birit dan kurang selera makan... 




apendik adalah lebihan pada usus perut. sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga atau peritonitis. 
dalam anatomi manusia., apendiks atau dalam b.inggeris (vemiform appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercamtum dengan kaekum. kebiasaanya panjang apendik ialah 10cm. diameter pula 7-8mm. apendiks merupakan tiub yg sempit, berongga dan hujung tertutup ia bersambung dgn usus.

fungsi apendiks telah lama menjadi misteri dikalangan dktor, ramai diantara mereka mempercayai apendiks tiada fungsi di dalam badan. jika ditanya mana-mana saintis atau penyelidik, mereka psti akan menerangkan betapa hebatnya ciptaan allah s.w.t. , setiap bhagian dalam badan pati ada kegunaan.

sebelum ini, pembungan apendiks dijadikan rutin ketika pembedahan melibatkan abdomen ini bagi mencegah sebarang kemungkinan berlakunya radang apendiks dimasa akan datang.

sekarang, rutin ini tidak lagi dijalankan, sebaliknya apendiks ini disimpan kerana dikuatiri akan digunakan jikalau pundi kencing terpaksa dibuang kerana sebab-sebab tertentu di dalam pembebedahan tersebut sebahagian usus dijadikan otot yang mengawal air kencing. maka pesakit tersebut dapat menahan air kencing.. 

Hilangkan Parut Jerawat

HILANGKAN PARUT JERAWAT

Gambar sebelum & selepas.

Muka yang sering tumbuh jerawat, menjadikan muka nampak kotor dan mengerunkan dengan bintik2 hitam memenuhi muka lagi2 kalau kulit gelap. rasa keyakinan akan berkurangan tatkala berhadapan dengan org ramai. dengan itu, untuk mengembalikan kenyakinan tersebut, rasa bebas dan cantik dengan muka yang berseri amalkan penggunaan kayu manis..




Serbuk kayu manis di jadikan masker setiap malam...


kayu manis tersebut hendaklah di tumbuk halus sehingga menjadi serbuk atau pun gosok pada batu. Tapi zaman sekarang serbuk kayu manis dah ada jual kat supermrkt.  Serbuk tersebut kemudiannya disapukan ke muka. ia akan rasa pedih pada hari pertama & kedua ketika memakainya. bila lama kelamaan pedih tersebut akan kurang. tidak berani nk guna 100% serbuk kayu manis? anda boleh cmpurkan dgn bedak sejuk atau pun perkara lebih baik campurkan madu sekali. 
                                     Campurkan bedak sejuk, serbuk kayu manis & madu di jadikan masker.

 Cara buat masker Kayu manis sebelum tidur ialah seperti 1 sudu serbuk kayu manis, beberapa ketul bedak sejuk, sedikit madu & kacau dengan sedikit air jangan terlalu pekat &  jangan terlalu cair. insyaAllah parut dan kesan hitam akan hilang.
** kayu manis bukan sahaja dapat menghilangkan parut jerawat malah parut lain juga. Untuk mendapatkan hasil yg lebih kerata , amalkan sekerap yang mungkin. InsyaAllah ia berkesan.




Selain tu Nurul juga memakai Produk Mary Kay setiap hari & juga memakai masker mary kay yang telah khaskan untuk kulit Nurul.
Setiap produk Mary Kay@Botanical Customized Skin Care Collection mengandungi komplek Eksklusif Bio-EnrichedTM, sejenis sebatian ramuan berkhasiat yang termasuk ginseng, buah delima dan oat tanpa pengelupasan. Setiap satunya dipilih atas cirinya yang memanafaatkan kulit. Set Botanical terdiri daripada 3 Formula ( Kulit kering, Normal & Berminyak) Kulit Nurul jeis berminyak jadi Nurul beli Produk jenis khas untuk  kulit Nurul ia itu jenis berminyak.


              Setiap kulit ada jenis produk khas. Jadi anda haruslah pilih produk yang sesuai untuk kulit anda. 

Kulit Nurul ia itu jenis berminyak. Pada mulanya, Nurul tidak merasakan apa-apa yang istimewa tentang Mary Kay. Mungkin kerana Nurul rasakan pertua orang tua lebih elok dari Produk zaman sekarang. 

Walaupun sudah guna masker serbuk kayu manis & ia berkesan menghilangkan parut di muka Nurul tapi malangnya kulit Nurul masih berminyak & ia membuatkan jerawat akan muncul bila2 masa sahaja. 

Jadi Nurul harus cari produk yang sesuai untuk kawal minyak di muka Nurul. Dah macam2 produk yang Nurul guna sampai akhirnya Nurul malas nak gunakan apa2 pun produk.

Tapi dia membuatkan muka Nurul btambah teruk sampai make up cepat hilang kerana tlalu banyak sangat minyak membuatkan make up tidak lekat.

Sehingga Nurul ada terbaca tentang produk Mary kay. Nurul ingin mcubanya, Alhamdulillah ia berkesan. Kini Nurul sendiri mula memahami kelebihan Mary kay. Dengan Mary Kay, Ramai kawan2 sekolah saya dulu tertanya2 macam mana Nurul jaga kulit muka Nurul yang dulu penuh dengan jerawat & kini sebiji jerawat pun tiada di muka. Meraka sering mengagumi kulit wajah Nurul.

Sehingga kini saya jadi perunding kecantikan Mary Kay di area Ampang. Dengan pengalaman yang penah Nurul lalui kini Nurul ingin kongsi dengan kawan2 Nurul serta dengan anda semua.

Nurul juga ada buat bengkel kecantikan pada setiap minggu di area Ampang. Untuk memastikan masalah kulit anda, produk yang sesuai untuk menyelesaikan masalah kulit anda, cara guna produk dengan betul serta Nurul akan ajar anda semua make up harian agar wajah anda tidak kelihatan kusam ketika keluar rumah. 

Dengan Produk Mary Kay, Anda tak perlu make up tebal hanya 2 mint di depan cermin sahaja ia membuatkan anda lebih yakin menjalani aktiviti harian anda.

Nurul adalah Perunding Kecantikan MARY KAY
& membuat bengkel kecantikan setiap minggu hari jumaat-ahad di area Ampang.
jika berminat sertai bengkel kecantikan atau membeli Produk Mary Kay
Sila Hubungi Nurul :- 017-251 2051






Jumaat, 30 September 2011

8 Ciri Lelaki Perlu Hindari Oleh Wanita

8 CIRI LELAKI PERLU HINDARI OLEH WANITA
Tidak dinafikan ayat-ayat power boleh mencairkan hati wanita tetapi kesannya tidak akan kekal lama jika lelaki-lelaki ini mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan dibawah ini. so guys, ambil nota dan beri markah kepada diri sendiri..

1)PANAS BARAN
Sifat ini menjadi senarai teras yang dibenci oleh orang perepuan. klau baru cakap sikit dah naik angin, salah sikit dah menengking, bukan kata saya, kucing pun benci. Nurul menekankan betapa beliau tidak memilih lelaki yang panas baran sebagai teman hidupnya. silap-silap nanti tangan dia naik ke muka saya dan dengan anak-anak pun kita tidak boleh percaya dia.

2) MENDESAK
Kena ikut cakap dia dalam segala hal. Bosanlah! bukannya tak nak ikutkan apa yang dia mahukan tetapi setiap masa pun about him, him..him.. Dia ingt dunia berputar sebab dia ke? Iera menjelaskan perangai bekas teman lelakinya yang paling dia tak suka, lantas dia ambil keputusan untuk berpisah sahaja. sifat mendfesak pasangan begitu merimaskan.

3) GELOJOH
Gelojoh masa makan merupakan ciri yang tidak digemari kaum wanita dan boleh menyebabkan perpisahan atau penolakkan. Dia bawa saya keluar makan dan apabila hidangan sampai. dia terus makan macam tiada hari esok. Macam dia tak pernah nampk udang dan ketam. Malulah!!!!Najwa bercerita tentang teman lelakinya yang gelojah ketika menikmati hidangan. Kata orang kalau gelojoh di meja makan, di bilik tidak, juga sama perangai. EEuuuwwww!!!!

4) SELEKEH, BUSUK
Selekeh itu ada kalanya nampak menarik tetapi janganlah sampai macam dah tak mandi 2 tahun. Badan berbau, baju kotor, jeans kotor, rambut busuk. Nak rock, grunge, badan kena wangi babe! Selekeh busuk tak mainlah! gelak Sarah apabila bercerita tentang ciri yang dia tidak suka pada lelaki. Kalau dulu pepatah menyebut. biar papa asal bergaya. apakata sekarang kita tukar kepada biar selekeh tetapi bergaya pula.

5) BOSAN
Sifat bosan ini membosankan!! Ke mana pun saya ajak dia pergi, dia reluctant. Apa pun aktiviti yang saya cadangkan, dia tolak. Alah Matilah dapat boyfriend macam ni. Komen Zarina tentang lelaki yang tidak digemarinya. Aktiviti bersama mengeratkan perhubungan dan kehadiran pasangan yang membosankan tidak membantu.

6) MULUT LANCANG
Biar zaman semakin moden, sopan santun perlu dikekalkan. Tidak perlulah extreme punya sopan tapi sekurang-kurangnya tahu adab ketika berkawan dan apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Jangan cerita atau perhubungan kalau perkataan yang keluar dari mulut dia sering memalukan diri saya. Aishah menegaskan pantang dia kepada lelaki bermulut lancang.

7) PERASAN
Masalah lelaki perasan ni memang susah nak ubat. Perasan cool, perasan hensem, perasan pandai, Basically perasanlah!! Fiza cukup geli dengan lelaki perasan best kerana sering sekali mereka yang sebegini. sebaliknya. Tak payahlah nak perasan kerana kalau anda cool atau hensem atau bergaya, biar kami yang perasan..

8) KEDEKUT
Ya ampun!!! kalau dapat makan dia belanja tu kira macam menang loterilah! Selalunya Go Dutch saja. Ida mengimbas kenangan beliau bersama bekas teman lelakinya yang selalu Go Dutch (Maksudnya bayar diri sndiri) bila keluar dengan dia. hadiah hari istimewa tidak lebih RM20, kalau makan luar berjimat cermat Order lebih sikit kena jeling. Kedekutnya ini penyakit dan jangan cari pasal mencari pasangan yang berpenyakit begini.

Khamis, 29 September 2011

10 Ciri Wanita Perlu Hindari Oleh Lelaki..

10 CIRI WANITA PERLU HINDARI OLEH LELAKI
jAyuh Lelaki!!! bangun dari lamunan & jangan sengaja membuang masa dengan melayan karenah sesetengah wanita yang hanya pandai bermain kata. Belajar dari penglaman. Selidik, teliti dan kajij betul2 sebelum membuat keputusan untuk memilih pasangan hidupmu. awasi 10 ciri2 wanita mengapa perlu di hindari.

1) WANITA FEMINIS...
wanita yang  tersenari dalam golongan ini beranggapan bahwa segalanya penyakit dlm masyarakat berpunca dari lelaki dan mereka mendabik dada kononnya wanita adalah makhluk paling mulia. wanita yang mempunyai nalusri seperti ini selalu ebrfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. kamu boleh cuba untuk mngenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang tidak berkesudahan..

2) WANITA KAKI KIKIS
Wnita ini hanya mahukan wang kamu semudah mereka mendapatkan ABC. wanita pengikis ini memerlukan mainyenance yang tinggi. mereka mengharapkan lelaki menaja keseluryhan kos hidupannya dengan alasan mereka hanyalah wanita. bagi golongan ini. lelaki mesti membayar makan, minum, percutian, bunga dan perhiasan diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah bersalah mengikis harta benda lelaki. mereka di saluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang setimpal dengannya.

3) WANITA BERANGAN
Kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi dan angan-angan seperti dalm layar perak atau cerita dongeng. Setiap malam mereka akan menghabiskan masa membaca novel atau menonton filem dan berkhayal atau berangan mengenainya. Kadang2 imaginasi mereka tidak berpijak di bumi nyata. Mereka mahi di layan seperti seorang puteri raja dan di belai manja persisi seekor kucing parsi sepanjang masa.

4) WANITA ILUSI
Golongan ini hampir sama dengan wanita suka berangan tetapi dalam sudut lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup iaitu seseorang yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melakukan sesuatu untuk membalas dendam serta sabotaj perhungan masa kini. Perhungan kamu dan wanita ini akan menjadi satu tragedi kerana mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-buak tetapi dalam masa yang singkat dia boleh lenyap begitu sahaja dan cinta ini akan berulang dan terus berulang.

5) WANITA PERASAN BAGUS
Sama macam wanita feminis, wanita jenis ini juga tidak sukakan lelaki. Mereka mengeji golongan lelaki dan sentiase menyalahkan lelaki dalam segenap perkara. Bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mngenai lelaki. teruk, kejam, tak berhati perut perosak makhluk, itulah andaian mereka. perasaan mereka sentiase mendidihkan terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seperti letusan gunung berapi.

6) WANITA KELIRU
Pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu melayan lelaki dengan cukup baik. tetapi kebimbangan dalamnya lambat laun pasti akan terselah. lama-kelaman dia akan menelefon kamu 10 kali sehari bertanya soalan yang remeh-temeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka sentiase ragu-ragu dengan penempulan dan daya penarik tersendiri yang di miliki. Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan memcari wanita yang lebih daripadanya..

7) WANITA TERDESAK
Matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwinan dan mahukan seks. Dia tidak kisah jenis lelaki dan apa perkerjaanya, asalkan apa yang mereka mahukan dapat dipenuhi segera.

8) WANITA TAMAK HALOBA
Wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. Pada awalnya dia hanya mngikut apa sahaja permintaan dan syarat kamu. namun apabila hubingan antara kamu sudah terlalu intim ataupun apabila kamu sudah berkahwin dengannya. Barulah taringnya mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun.

9) WANITA PENGODA
Biasanyakamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual. Biasanya sasaran mereka adalah warga emas. Lelaki gatal dan ada kalanya mereka menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung madu.

10) WANITA QC
Wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. Dia akan tentukan apa yang akan kamu pakai., makan, kemana kamu pergi dan segalanya. apabila kamu cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut kehendaknya.

Rabu, 28 September 2011

Letupan Di Empire Gallery, Subang Jaya.

LETUPAN DI EMPIRE GALLERY, SUBANG JAYA.

Empat orang cedera sementara lebih 300 yang lain diselamatkan di dalam satu letupan yang berlaku di dalam kedai Starbucks di kompleks Empire Subang hari ini.

Empat orang, yang terperangkap di tingkat bawah kompleks perniagaan yang menempatkan sebuah hotel boutique, di selamatkan oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

Letupan tangki gas pada jam 3.45 pagi berlaku di kedai berkenaan yang terletak di tingkat bawah juga merosakkan dua tingkat lagi kompleks berkenaan.

Yang tercedera ialah seorang pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan yang mengalami luka-luka akibat kaca yang pecah, telah dihantar ke hospital untuk rawatan

Ketua Jabatan Bomba Dan Penyelamat Subang Jaya Mohd Khairi Daud berkata anggota dari Subang Jaya telah dibantu oleh rakan setugas dari PJ dan kawasan berhampiran untuk mengeluarkan tetamu hotel yang angkanya lebih 300 orang. -

Rabu, 29 Jun 2011

Cinta Pembodohan

CINTA PEMBODOHAN
tahukah anda tentang cinta pmbodohan? jika cinta di ibaratkan 2 bilah pisau, satu sisinya tajam & satu sisinya tumpul. kita meati hati2 dalam menjalin cinta krana cinta akan melukai diri sendiri.


jika tidak berhati2 dalam mnjalinkan hubungan cinta, cinta itu akan menjadi senjata makan tuan. cinta seperti itulah yang disebut dgn cinta pmbodohan.
cinta pmbodohan adalah cinta yang melukai perasaan, cinta akan berakhir dengan penyesalan dan kehancuran. ada bberapa sebab jadinya cinta semacam ini. hal tersebut disebabkan oleh sang cinta itu atau juga disebabkan rakan sebaya. ada beberapa faktar yang menyebabkan terjadinya pmbohohan dalam cinta antaranya:- 


1) CINTA SEMATA2 UNTUK NAFSU
cinta yg dilandasi dgn rasa nfsu adalah cinta yg bodoh. awalnya bhagia dan ujung2nya kita sendiri yg akan sensara. cinta yang tujuannya hanya nafsu akan mghasilkan kbhagiaan sesaat & hanya akan merugikan diri kita serta org lain. maka, hindarilah cinta yang dilandasi nafsu kerana cinta semacam ini adalah cinta yg tidak tulus..

2) TIDAK PUNYA ORIENTASI
dalam menjalinkan hubungan cinta, harus punya orientasi jelas nak dibawa ke mana hubungan cinta ini. jika kita mnjalin cinta hanya utk main2, sebaiknya jgn terlalu berkomitmen untuk pura-pura setia kerana akhirnya kita sendiri yg akan kena batunya. tujuan yang jelas sgt diperlukan dalam menjalinkan sebuah hubungan cinta..

3) CINTA SESAAT
cinta sesaat adalah cinta yg sesat. jika kita berhasrat utk memiliki seserong & tdk mmpunyai komitmen atau hanya bertujuan mnngambil kesenangannya cinta itu akan menjadi panas. cinta sesaat tidak akan memberi kebahagian atau kepuasan.. cinta sesaat adalah cinta yg membodohi diri sendiri. jika tergoda, kita akan hanyut dalam dunia cinta yg salah.

4) TERPENGARUH RAKAN SEBAYA
Cinta yg terpngaruh dgn rakan sebaya / cinta ikut-ikutan, tdak akan ada hasilnya bagi kita. misalnya, kita ingin ada kekasih kerana kawan2 kita mpunyai kekasih msing2. maka, cinta yg seperti itu adalah pembohohan, hanya terikut2 tren zaman sekrg.. jika kita tidak bhati2 dgn rakan sebaya kita, kita akan terjerumus kepada hal2 yg sgt ngetif. misalnya yg dah TERLALU BYAK PADA ZAMAN SKRG ADALAH SEKS BEBAS.  hal itu sgt berbhaya bg masa depan kita.

itulah beberapa faktr yg mnyebabkan timbulnya cinta pembodohan / cinta yg hanya di landasi oleh nfsu semata2. berhati2 la dalam mnjalinkan hubungan cinta dgn seseorg agar kita tdk tjerumus ke dalam pnyesalan panjang.
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI