jAyuh Lelaki!!! bangun dari lamunan & jangan sengaja membuang masa dengan melayan karenah sesetengah wanita yang hanya pandai bermain kata. Belajar dari penglaman. Selidik, teliti dan kajij betul2 sebelum membuat keputusan untuk memilih pasangan hidupmu. awasi 10 ciri2 wanita mengapa perlu di hindari.
1) WANITA FEMINIS...
wanita yang tersenari dalam golongan ini beranggapan bahwa segalanya penyakit dlm masyarakat berpunca dari lelaki dan mereka mendabik dada kononnya wanita adalah makhluk paling mulia. wanita yang mempunyai nalusri seperti ini selalu ebrfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. kamu boleh cuba untuk mngenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang tidak berkesudahan..
2) WANITA KAKI KIKIS
Wnita ini hanya mahukan wang kamu semudah mereka mendapatkan ABC. wanita pengikis ini memerlukan mainyenance yang tinggi. mereka mengharapkan lelaki menaja keseluryhan kos hidupannya dengan alasan mereka hanyalah wanita. bagi golongan ini. lelaki mesti membayar makan, minum, percutian, bunga dan perhiasan diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah bersalah mengikis harta benda lelaki. mereka di saluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang setimpal dengannya.
3) WANITA BERANGAN
Kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi dan angan-angan seperti dalm layar perak atau cerita dongeng. Setiap malam mereka akan menghabiskan masa membaca novel atau menonton filem dan berkhayal atau berangan mengenainya. Kadang2 imaginasi mereka tidak berpijak di bumi nyata. Mereka mahi di layan seperti seorang puteri raja dan di belai manja persisi seekor kucing parsi sepanjang masa.
4) WANITA ILUSI
Golongan ini hampir sama dengan wanita suka berangan tetapi dalam sudut lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup iaitu seseorang yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melakukan sesuatu untuk membalas dendam serta sabotaj perhungan masa kini. Perhungan kamu dan wanita ini akan menjadi satu tragedi kerana mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-buak tetapi dalam masa yang singkat dia boleh lenyap begitu sahaja dan cinta ini akan berulang dan terus berulang.
5) WANITA PERASAN BAGUS
Sama macam wanita feminis, wanita jenis ini juga tidak sukakan lelaki. Mereka mengeji golongan lelaki dan sentiase menyalahkan lelaki dalam segenap perkara. Bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mngenai lelaki. teruk, kejam, tak berhati perut perosak makhluk, itulah andaian mereka. perasaan mereka sentiase mendidihkan terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seperti letusan gunung berapi.
6) WANITA KELIRU
Pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu melayan lelaki dengan cukup baik. tetapi kebimbangan dalamnya lambat laun pasti akan terselah. lama-kelaman dia akan menelefon kamu 10 kali sehari bertanya soalan yang remeh-temeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka sentiase ragu-ragu dengan penempulan dan daya penarik tersendiri yang di miliki. Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan memcari wanita yang lebih daripadanya..
7) WANITA TERDESAK
Matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwinan dan mahukan seks. Dia tidak kisah jenis lelaki dan apa perkerjaanya, asalkan apa yang mereka mahukan dapat dipenuhi segera.
8) WANITA TAMAK HALOBA
Wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. Pada awalnya dia hanya mngikut apa sahaja permintaan dan syarat kamu. namun apabila hubingan antara kamu sudah terlalu intim ataupun apabila kamu sudah berkahwin dengannya. Barulah taringnya mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun.
9) WANITA PENGODA
Biasanyakamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual. Biasanya sasaran mereka adalah warga emas. Lelaki gatal dan ada kalanya mereka menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung madu.
10) WANITA QC
Wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. Dia akan tentukan apa yang akan kamu pakai., makan, kemana kamu pergi dan segalanya. apabila kamu cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut kehendaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan