Halaman

Ahad, 24 Januari 2016

Suami Lebih Setia Lepas Punya Anak, Ini Faktanya!


Suami Lebih Setia Lepas Punya Anak, Ini Faktanya!!!


Korang mungkin pernah dengar cerita dari rakan sendiri yang mana pasangan mereka berubah secara drastik selepas punya anak. Sama ada jadi penyayang, lebih bertanggungjawab atau sanggup berhenti merokok. Tak dapat dinafikan kehadiran anak memang boleh mengubah banyak perkara dalam kehidupan termasuk sikap lelaki yang kaki perempuan.

Menurut satu kajian selepas kelahiran seorang anak, lelaki atau suami yang playboy mungkin berubah drastik jadi seorang yang setia. Salah satu faktor pendorong perubah karakter ini kerana adanya tanggungjawab sebagai ketua keluarga terutama sekali bila lelaki itu kali pertama bergelar bapa.

Perkara ini disebut dalam kajian yang dibuat oleh pengkaji antropologi dari Northwestern Universtity Amerika Syarikat. Menurut kajian itu, keinginan lelaki untuk melirik mata kepada wanita cantik dan seksi menurun ketika lahirnya bayi mereka.

Mereka sebaliknya lebih cenderung untuk menjaga dan mendidik anak. Selanjutnya, ia turut merungkai bahawa terdapat perubahan hormon berlaku dalam tubuh seorang lelaki apabila mereka memiliki anak. Kadar testosteron lelaki menjadi lebih rendah, sehingga mereka lebih fokus untuk membina dan menjaga keluarga.

" Kadar testosteron memengaruhi perilaku dan karakter seorang lelaki. Mereka akan jadi lebih tenang dan fokus pada perkara-perkara yang penting untuk masa depan, iaitu keharmonian rumah tangga" demikian menurut Chistopher Kuzawa, salah seorang pengkaji.


Jelasnya lagi, lelaki yang sudah menjadi ayah mendapat motivasi untuk bekerja lebih keras demi memberikan kehidupan yang lebih baik pada keluarga. Hasil kajian itu mendapati, penurunan kadar testosteron pada lelaki tang sudah berkahwin namun belum mempunyai adalah sebantak 14% sementara itu, lelaki yang mempunyai anak kadar testosteonnya menurun kepada 34%. Disimpulkan juga bahawa semakin tinggi peranan lelaki di rumah sebagai ayah, kadar testosteronnya semakin menurun.

OK.

Fakta ini memang menarik. Tapi adakah ia bermakna isteri kena beranak setiap tahun sampai tua???? Pengsan!!!!!!!

Ahad, 17 Januari 2016

Cara Meneran Semasa Bersalin

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN



1) Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.

2) Mata pandang perut.

3) Tangan pegang di pergelangan bahagian kaki atau pemegang pada katil.

4) Semasa proses meneran, elakkan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tidak kuat.

5) Jangan sesekali mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.

6) Tarik nafas sedalam yang mungkin dan teran seperti membuang air besar tanpa menghembus nafas semasa meneran. Teran sekuat yang terdaya dan selama yang boleh, curi nafas dan sambung meneran. Setiap kontraksi cuba sebanyak 3 kali. Teran semasa kontraksi kerana bayi anda turut bergerak sama. Ambil nafas dan kumpul tenaga semasa kurang kontraksi.

7) Amalkan membaca selawat dan doa Nabi Yunus. Sebaiknya suami membaca doa Nabi Yunus ini agar dapat memandu isteri mengikut bacaan suami kerana mungkin masa itu anda akan terlupa dok menahan sakit..


8) Suami sentiasa memberi kata-kata semangat untuk isteri.

Khamis, 7 Januari 2016

Melarat Sampai Ketengah Malam

Melarat Sampai Ke tengah Malam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Hari ni cadang nak kuar bayar duit sewa kedai lepas tu terus pergi chow kit nak beli pakaian peribadi sikit utk bawa ke hospital nanti...

Pkul 9 pagi Kamal dah call mintk tolong hantar die pergi pudu sebab nak balik sabak bernam die nak jumpa family awek die.  

Jln ampang sesak kebetulan orang daftar budak2 masuk sekolah hari ni. Singgah J4 kejap Kamal plk tertinggl jam tgn patah blik pergi rumah dia ambil jam... dah pukul 1 cnfrm2 jalan sesak orang time rehat sekarang ni pastu budak blik sekolah & ada jugak nak masuk sekolah sesi petang.

Tepat pkul 2 sampai pudu kita orang terus pergi MPAJ pergi bayar duit kedai dulu...



Kebetulan pulak hari ni panas betul rasa macam mandi peluh hari ni... Plan bawa Rafqah pergi KLCC g mndi mande brendam kat sana. Adik2 ikram nak nk follow sekali pergi KLCC... 

Sampai KLCC nk terus g kolam top top hujan pulak... jadi menapak kejap kat dalam bangunan Suria KLCC.










Tggu punya tggu x berhenti2 lagi hujan... nampak macam lebat je... malas nak tunggu kita g Ampang Point jelah bawa Rafqah main kat Playland kat sana... keluar je dari KLCC hujan dah berhenti.... dah kuar dah jadi blik jelah... sampai Ampang Point tgk Playland tutup lak... jadi melarat la main Bowling kat situ...




Dah puas main bowling balik singgh kedai Restoran Suasana Kg Pandan melarat pulak plan nak pergi karok pulak...

Encik husband kata takpe sekali sekale bawa bjalan  sblum bsalin... anak pun xnk tdr lagi... igt 1 jam sekali tgk book smpai 3 jam.. aduhhhhhhhh.....



Rafqah seronok plk dia tgk org karaokr suruh tdr suruh baring bagi susu semua dia tak nak... Bila Pakteh die belikan keropok kuyah punya kuyah tup tup tgk terlentok kat lengan ibu...  pandai plk ttdr time masa dah nak habis.... akhirnya dgn jaya sampai jgk rumah mandi2 terus tdr...

En.Husband esok pagi terus demam lembk betul Nurul tgk En.Husband.. buatkan sup tomyam, masak bagi anak mkn.. kemas rumah pastu urut En.Husband kesian plk tgk die...

Pastu baru teringat barang peribadi nurul punya bjln seharian x singgh pergi beli pun.......