Assalammualaikum dan salam sejahtera
Pengumuman Puasa 2012 | 1433H
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21hb. Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong dan setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu telah disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Selamat berpuasa semua!
Ahlan wa sahlan ya ramadhan..kadang-kadang tak di nafikan niat puasa bulan ramadhan ni ada yang terlupa terutamanya anak-anak. Orang tua pun ada gak kann..
Lafaz Niat Puasa
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :
Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum memulakan puasa yang pertama. Apabila baca niat ini, dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Lafaz Niat Puasa Untuk Harian :
Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Kalau nak mudah, baca sahaja lafaz niat puasa untuk sebulan, mana tau nanti terlupa terutama yang muda belia/bujang yang tidak menetap dengan keluarga. Kadang-kadang terlajak bangun selepas habis imsak ataupun bila azan Subuh berkumandang.
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Doa Berbuka Puasa
Doa Berbuka Puasa (Seorang) :
Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Berbuka Puasa (Ramai) :
Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.
Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Doa selepas berbuka puasa :
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
*****************************************
Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.
Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan).
Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan