Selasa, 9 September 2014

Bawa Siti Rafqah Atiqah Pergi Berjaya Times Square

BAWA SITI RAFQAH ATIQAH PERGI BERJAYA TIMES SQUARE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


02 September 2014 

En.Hubby cuti hari ni.
En.Hubby ajak pergi jalan2 g Berjaya Times Square bawa si kecik ni.
Macam biasa Atiqah bangun awal pagi.
Nurul siap2kan Atiqah dulu.
Si Ayah biar rehat dulu, tengah hari sikit baru kejut En.Hubby.




Dalam pukul 11.00pagi En.Hubby dah bangun dari tidur.
En.Hubby suruh kami bersiap2.
hari ni x masak En.Hubby ajak makan luar je hari ni ....
hoooreeeee....










Seronok bila tengok muka Puteri kami ni gembira.
suka betul dia.

Kami x buat apa pun kat sini Misi utama kasi hanya nak bawa Atiqah jalan2 je.
jadi kami bawa Atiqah kat bahagian games.

Pukul 9 malm baru sampai Rumah si kecik ni mmg dalam kereta dah tidur.
mugkit penat sgt kot smpai angkat dia pun x sedar.


Balik Kampung

OOOO BALIK KAMPUNG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


30 Ogos 2014
Memang cadang nak balik kampung pada hari ni
ingat kalau abang Ijul tak balik Nurul nak balik naik bas je.
tapi sebelum tu abang ijul dah bagi tahu jangn ambil tiket bas dulu sebb Abang Ijul cadang nak balik kg jugk tapi x janjilah InsyaAllah Abang akan balik kg.

Pukul 10 Pagi tiada sebarang jawapan dari abg balik or x.
Nurul terus msg abg ijul dgn kak lia jadi balik kg x ari ni.
x sampai 10 minit msg abg Ijul dengan Kak Lia ,
Ibu Mentuaku call bagi tahu Ck Wan Meninggal Dunia mlm tadi pukul 11 malam
Arwah sakit darah tingi kencing manis oleh kerana bgantung sangat dengan ibu Arwah sakit buah pinggang. makin lama penyakit buah pinggan Arwah makin teruk.
sedih rasanya masa raya tadi x dapat nak melawat Arwah. Arwah x sempat tengok Anak kami.

Nurul & ikram pukul 11 pagi gerak pergi Kampung Baru Batu Cave.
Ibu kata Arwah dah dikebumikan pukul 8 pagi tadi.
Abg Ijul msg dia bg tahu Nurul pukul 12.30 petang abg Ijul ambil Nurul
Tapi Nurul kat Batu Cave, Abg Ijul suruh tggu kt situ je.
Oleh di sebbkan En.Hubby nak pergi kerja, En.Hubby hantar Nurul kat Abg Ijul
PPR Desa Renjang, Setapak, Sri Rampai.
pusing2 cari tempat ni x jumpe.

Pukul 3.30 petang dari kenduri sedara Kak Lia
kami bgerak balik kampung. Belum sampai Sungai Buluh Abg Ijul dah mengantuk
terpaksa bawa pelahan utk keselamatan kami semu.
Sampai kampung dalm pukul 6.30 petang.

Ketika kami sampai tengok Abang Zali tengah cat bilik air rumah Nenek. Rumah Nenek belum sepenuh siap lagi semua tinggal separuh2.

ok pada ke esokkan hari kami sambung menyecat rumah nenek.
x sempat nak ambil gambar banyak sebab tuan punya badan ni pun tengah menyecat jugak.
sempat ambil satu gmbar je.













 tengoklah gelagat Cucu Thalahiah ni. bukan main lagi zaman IT la katakan dah x main permainan kat kedai tu. sekarang dorang main games dalam hp je.
dah dapat sorang satu semua dok diam termasuk si kecik tu. x padan ye kecik nkjugak main games kat tablet. Atiqah2 anak siapalah ni kan hehehehehe.






Moyang dgn cicit2 kesayangan Moyang.

kami bermalam kat kampung sampai 1hb je sbb esok abg ijul dah kje. igt nak gerak sblm senja masing2 nak tngok cite episod terakhir saya sayang awak 200%
akhirnya masing2 termasuk kak jana balik dalam pukul 8.30malam.

AAAlammmak kat Assam Jawa jem teruk. panjang betul jgk jem tu terpaksa aAbg Ijul ikut jalan Klang ke Shah Alam terus ke Kuala Lumpur.









Isnin, 8 September 2014

Hari Yang Amat Membosankan.

HARI YANG AMAT MEMBOSANKAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Hari ni 08 September 2014 
Rasa bosan sangat. tak tahu nak buat apa.
Aktiviti Nurul hari ni macm biasa yang selalu Nurul buat
Awal2 pagi si kecik ni dah bangun dari tidur.


Bla si kecik ni dah bangun apa lagi aktiviti si ibu bermula.
awal pukul 7pagi Siti Rafqah Atiqah dah bangun.

Pertama sekali kejut si Ayah suruh tengok2kan anak
Si Ibu apa lagi terus g toilet bersihkan diri pstu kemas ruang tamu & siapkan sarapan
dah siap semua ambil anak bawa main kat ruang tamu
sambil bagi makan bubur.

Atiqah akhir2 ni kuat makan. pagi2 dia dah cari mamam.
selagi x bagi makan selagi tu mulut dia membebel cakap mamam2 je.
Anak dara ni aktif sikit bagi makan smbil main.
penat dibuatnya pagi2 dia suruh si ibu buat senaman pagi.

Dah pukul 9 pagi kejut si ayah pergi kerja.
sebelum pergi kerja si ayah ni rajin betul bawa anak dara ni pergi jalan2 kat area rumah ni.
selalu sangat si ayah buat macam tu sampai hari2 dia nak jalan2 klau x dia mula meragam.
En.Hubby ni suka manjakan.

Lepas En.Hubby pergi kerja Nurul akan bermain dengan Atiqah sampailah atiqah nak tidur.
Bukan senang si kecik ni nak tidur siang.
hari ni pukul pukul 4 petang baru dia msuk tidur.
smbil tunggu dia nak tidur tu nurul kuarkan barang nak masak.
potong2 apa yang ptt letak kat beks nnt tinggl msuk dlm kuali je.
hari ni masak ikan goreng dengan sayur tauge tumis je. masak smple2 je lgi pun 3 org je yang makn
En.Hubby, adik dengan nurul je.

ok Si Kecik ni dah tidur

barulah Nurul boleh buat kerja.
Mula2 kena masak dulu msak terus kms barang2 yang bsepah
Atiqah masih tidur lagi jadi boleh la Nurul makan.

X bangun lagi ke si kecik ni.
dah pukul 7 petang dah ni. kejutkan Atiqh ajak layan main game hp.
itu pun mata Atiqah sayu2 nak tdur balik pas senja Nurul susukn Atiqah balik
atiqah terus smbung tidur semula.
mungkin penat main tadi petng kot lepas tu bangu awal 7 pagi pukul 4 ptg baru tdr.
tu yang dia tdr lama.

Nurul pulak rasa bosan.
pandang lp top terus buka. rasa nak update blog.
tp x tahu nak update apa.
itu yang Nurul update bnde merepek ni. bila nak masukkan gmbar dalam lptop Nurul trpandang gambar lain baru terfikir nak update apa.


Rabu, 20 Ogos 2014

Jumpa Kawan-Kawan Lama


LEPAK DENGAN DAK JELATIK KAT KEDAI CIK NORMAH.


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Dah lama tak jumpa dema ni. last jumpa zaman sekolah menengah.
bila dapat bhubung masing2 dah ada cara hidup sendiri.

tinggal yang ni je gambar dalam hp.
dah terbuang.
banyak sangat gambar dalam hp ni sampai terbung gambar kenangan bersama mereka semua. sayangnya.
insyaAllah ada rezeki lagi kita berkumpul semula & ambil gambar lagi.
Nanti Nurul terus upload je...




Selasa, 19 Ogos 2014

Suasana Raya Tahun 2014

SUASANA RAYA TAHUN 2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Raya tahun 2014.
Tahun ni Nurul Raya belah En.Hubby oleh di sebbkan En.Hubby kena kerja kami raya kat K.L la jawabnya. En.Hubby dapat cuti raya pertama je raya ke2 dah kena kerja. 

Ketika malam raya bawa Rafqah Atiqah pergi kedai bunga api PapaLong. PapaLong pasal bunga api malam raya.

 Pagi2 pas sembahyang raya PakTeh dah dtg rumh.



Pergi rumah nenek ummama 







beraya kat rumah PapaMamaLong










Beraya kat Kg.Gajah Sungai Buluh

Beraya kat TokMa

Sepatutnya raya yang ke 7 dah dapat cuti. Bercadang nak beraya kat K.Kinabalu Sabah. 
Tiket mahal sgt smpai RM250 seorang terus x jadi nk pergi Sabah so cuti di tangguhkan pada raya yang ke 11.  Bukan raya ke 7 tapi 7hari bulan. ermmmmmm boleh laaaa asalkan raya....

En.Hubby dapat cuti sama dengan kakak ipar dia. Adik Nurul pun ambil cuti hari yang sama raya ke 7,8,9 dan 10.

Jom tengok aktiviti kami beraya selama 4 hari.
6/08/14 En.Hubby & Adik masih kerja. Masing2 balik malam. Adik siap bawa baju nak balik kampung kat tempat kerja gitu takut barang die tertinggal nnt.
Pukul 3am 07/08/14 PapaMamaLong dah call bagi taw dorang dah sampai Flat Rafqah Atiqah belum bgn lg & x sampai hati nak kejut Rfqah Atiqah.

Kami x terus gerak pergi Perak g makan dulu kat Ampang Point pukul 5am baru kami gerak pergi Perak.
x boleh bwa kereta laju sebb dari sungai buluh ke perak sepanjang perjalanan hujan lebat. jalan pun x berapa nampak. Pukul 8am baru sampai Batu 6 Teluk Intan Perak.

Di sebab dorag belum tidur lgi tadi masing2 tidur dulu untuk rehatkan mata sebelum kami menjalankn opersi beraya sana sini.




Wajah2 orang dah bersiap nak pergi beraya.

dari batu 6 kami bgerak pergi bagan dato parit 4. Rumah makcik MamaLong.



Paling best kat umah ni ialah reka bntuk umah ni. Reka rumah lama masih belum di ubah suai. perabot pun lama. boleh buat muzium...

Kami kat Bagan ni jadi lama sebab mereka bertiga ni mngurut badan Mula2 Mama Long pastu Papa Long last sekali En.Hubby.
Pukul 11.30pm baru gerak. Cadangnya nak terus g sabak bernam rumah Mak MamaLong.
Tapi rumah kakak Nurul belum singgah lagi. Lagi pun kami dah alang2 sampai Teluk Intan xkan x singgah rumah kakak Nurulkan. Jadi kami bermalam kat rumah Kak Jana.

pada 08/08/14, mungkin nurul rasa penat bangun2 tengok Rafqah Atiqah dah siap mandi. MakNgah mandikan. Yng lain pukul 12pm baru bangun. mungkin kpntan smlm dpt tdr kjp je itu pun x lena.


 dah siap nak bgerak pergi beraya ke rumah seterusnya.
Tapi sebelum kami singgah kat tempat lain.
Kat Teluk Intan ni supermrket ECO RM2 paling ramai orang masuk sbb kedai ni betul barang RM2 xde tipu2 macam kat K.L kononnya kedai RM1.99 bila masuk RM2.99, RM4.99, RM6.99 RM10.99 yg betul Rm.0.99 yang depan tipu je..

Teluk Intan x sah kalau x singgah kat Menara Condong.  Macam kat K.L Menara KL x sah kalau dh sampai K.L x singgah Menara KL macam tu jgk kat Teluk Intan.













O.K Pemandu pelancong kak jana hantar smpai ke sni je.
Byeeeee... Jumpa esok kat Sungai Besar.

Perjalanan kami di teruskan pergi ke Parit Baru Sabak Bernam. Alang2 pekasam lalu kat Hutan Melintang jom singgah kat Jeti Hutan Melintang Naik Feri pergi Sabak Bernam. kalaulah kereta boleh naik feri dah lama seberang ke Sabak Bernam naik feri je. tapi sayang x boleh.

Oleh di sebabkan nnak merasa kami naik jugak feri tu pergi ke Sabak Bernam seorang RM2.50 pergi balik Rm5.00.







Dah lalu kat tepi pantai Hutan Melintang apa lagi jom singgah ambil gambar kat tepi pantai la pulak
Tengok la kerja gila kami berselfie. 









dah penat berjalan kami teruskan perjalan ke Parit Baru Sabak Bernam.
Alamak xde orang pulak rumah gelap je...
rupanya tuan rumah pun pergi Teluk Intan dalam perjalan balik jgk.
Menunggu Mak Kak Erin sampai kami pergi makan kat kawasan bdekatan.







kebetulan hari ni tema warna putih.
ok dah hari yang ketiga x maw buang wktu kami terus bgerak pergi kg Nurul pulak kat Sungai Besar
bila sampai kg, mk & cik ani bercerita pasal kat palong banyak ikan sepat, puyu lagi ikan haruan lagi banyak ikan keli pun ada.

Nurul apa lagi geram terus g palong rasa nakk terjun je.
jumpa botol sabun guna botol sabun asyik x dpt je. last2 Nurul rasa nak bkubang je.
En.Hubby dah pergi tukar baju, Kak jana Pun p tukar baju.
Nurul pun apa lagi tukar baju jgk.
JOM BERKUBANG...

















Tengok PakNgah kita geram nak bkubang jugak. x kira baju baru baju barulah asalkan puas hati nak tangkap ikan. tengoklah ikan yang kami tangkap. siapa yang x geram. banyakkan sampai penuh tong cat besar + tong cat kecik.

Dah siap bkubang masing kena bersihkan diri yang bsalut dengan lumpoooo..
.




ikan pun nak kene bersihkan jugak.. besarkan...Terbaikkkkkkk....


Malam terakhir kami bercuti beraya, kami tidur kat DMuara Haji Dorani










Inilah wajah muka baru bangun tidur. basuh muka pun belum gosok gigi pun belum hehehehehe. bangun2 tengok Air pasang yang lain x bangun lagi. tengok nelayan masing2 tengah naik laut. jadi Nurul bawa Rafqah Atiqah jalan2 sambil tgk nelayan pergi cari rezeki.
bersiap nak balik K.L
Biasalah kami Berselfie dulu sebelum teruskan perjalan kami.






















Kami x terus balik K.L kami singgah balik kat umah nenek Nurul kat Sungai Besar makan ikan hasil tangkapan kami semua.

tengok kami berselfie lagi...  Ala bukan selalu sekali sekale...









 Kami x berakhir berselfie di sini kami jugak berselfie kat Sawah bndang.














Ingat nak singgah kat Taman Melawati Kuala Selangor.
Di sebabkan Rafqah Atiqah demam kami teruskan perjalanan
Kami singgah kat Cendol Bakar.
Tengoklah muka anak dara ni walaupun demam masih mampu tersenyum lagi. ^_^








berakhirlah perjalanan kami.
Nurul terasa nak mkan jagung rebus jadi singgah kejap kat orang jual2 tepi jalan tu.











Seronok sgt bercuti. sampai K.L lebih kurng pkul 9pm
Nurul terus muntah2 adoiiiii si Ibu pulak rasa nak demam.
Esok pagi bangun bukan rasa nak demm mmg demm. x larat di buatnya.
makan ubat sambung brehat sama dengan Anak..


Terima Kasih En.Hubby ambil cuti
& tolong kemas rumah, masih baju uruskan anak..

Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI