Rabu, 21 Mac 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Akhirnya pada 19/03/2012 berakhir jugak pngisian borang untuk ABPBH x sabar nk tggu kputusan ABPBH nnt... bdebar2 lak rasanya.. ishhh Nurul ni lebih2 pulak , Tapi mcm manalah rasa prasaan mereka smue. Nurul pun x sertai anugerah ni pun rasa bdebar2 ni apatah lagi artis2 yg terpilh ABPBH.


Bintang paling Popular, Nurul msti lah pilih Yana Samsudin dia berbakat dan layak menerima anugerah tersebut. 


 Yana samsudin juga layak terima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Nurul rasa Yana samsudin lagi banyak wat filem dari drama. jadi ermmm faham2 je lah ye... 
jgn lupa tahun ni byk filem yg dilakonkan oleh Yana Samsudin..  jgn terlepas menonton ye smue..

Akhirnya dapat juga Nurul kumpul Kesemua Borang Mngundi.. SMS Pun sudah..
Nurul dah kumpulkan ksemuenya dan poskan..
ermmmmm x sabarnya tggu keputusan nnt...


Good Luck Yana Samsudin... Nurul Akn terus sokong Yana Samsudin...
I Love Norliana Samsudin.. Muaahhh.. ^_^

Rabu, 14 Mac 2012

Buat Bakul Surat Khabar Untuk Kenduri Kahwin..

BUAT BAKUL SURAT KHABAR UNTUK KENDURI KAHWIN

Selalu ayah kita beli surat khabar lepas baca kumpul & jual.
tapi kali ini kite dapat kurangkan pcemaran & dapat kita semua surat khabar tu untuk hias rumah kite dan macam lagi.. ia bukan saja boleh buat bakul kecik seperti dalam rajah ini tapi die boleh buat lg besar. ia juga boleh buat palsu bunga dan bakul tingkat untuk letak barang dapur seperti bawang.


Ini hasil yg my mam buatkan untuk mjlis kenduri Nurul nnt..
die buat sendiri gunakan surat khabar..
jimatkan... alhamdulillah akhir ye mak dapat siapkan juga..
die juga ade buat untuk org luar klau nk tempah kat die..
RM1 je 1 bakul.. 

Setelah bakul siap Nurul tolong mak letakkan reben kat bakul.
kje senang je tu cuma gam & tampal..  

Lepas letak Reben, Nurul cuma letak sapu tgn.
letak telur pun boleh... tapi klau letak telur klau x habis nnt busuk lak telur tu jdi baik letak sapu tgn klau x hbis bagi kat org boleh smpn.. betul x?


Dengan teliti Nurul lakukan ye arah nmpk kemas & xde la nmpk buruk sgt..
ermm biase la anak dara buat kje lambat sikit..
tapi alhamdulillah akhirnya siap juga..






Rabu, 8 Februari 2012

KEDAI AIR TEBU DAN KELAPA

AIR TEBU & KELAPA

     18 JANUARI 2012, Ada sorang kawan nak jual mesin tebu, stor barang dan tempat kepala dalam RM4000. Mula takut juga nak beli sebab takut kena tipu. Oleh Kerana Azhar itu kawan ayah Ikram jadi kami percaya dan yakin membelinya.

     Jadi Nurul pinjam duit Mak Nurul buat modal mniaga. Kami tak tahu kat tempat yang murah beli tebu & kelapa jadi beli jelah kat kedai yang mana-mana Kami tahu. Akhir-akhir ni Apek jual Buah tu kata tebu sekarang mmang susah nak dapat. klau dapat yang mahal dorang jual mahal klau murah, dorang jual murah. pening kepala bile jadi macam ni.


Dengan semangat Ikram ingin mulakan hidup baru dengan alam perniagaan jual air tebu dan kelapa.
kelapa muda pun sekarang susah nak dapat sekarang ni.. klau ada pun buah kelapa dia kecik-kecik..



Ikram dengan pembantu dia masa mula dia buka perniagaan ni. sekarang Mak Nurul dah bantu ikram niaga. Nurul pulak akan tolong hari Sabtu dan Ahad. alhamdulillah perniagaan ni dapat menampung hidup harian kami.


Kalau ada tebu kami kena ambil banyak sebab takut nanti kat kedai tebu habis dan tak tahu bila lagi akan sampai. dulu Ikram iye2 susun tebu kat bahagian depan bagi orang nampak. tapi bile fikirkan balik takut MPAJ marah la pulak jadi kami simpan tebu kat belakang kedai, hanya sebatang dua sahaja kami letak dekat luar..



Waaaaaa Cik Ikram sekarang ni dah ade mesin tebu sndiri... harap-harap perniagaan ni akan berkembang maju.. Bak kate ikram klau dah berkembang maju dia nak tambah satu mesin lagi dan buat kat tempat lain.. lagi-lagi bulan puasa nanti.
     

Khamis, 29 Disember 2011

Sayang You, Semua House

SAYANG YOU, SEMUA HOUSE

27 Disember 2011, Nurul terfikir fikir nak buat hantaran... mana takna sepanjang bulan 11 & 12 ni banyak betul orang buat kenduri kahwin & tunang. macam gubahan Nurul tengok.. perasaan yang tergugat, tcabar dan fikir dah terbayang2 hantaran yang macam mana nurul nak nuat time nikah nanti..
petang tu terus sms Ikram ajak dia pergi Jalan TAR. Pergi cari barang sikit2 untuk nurul cuna test try buat hantaran dengan buah fikiran sndiri..
Sampai kat Jalan TAR, teringat dulu time kakak Nurul n time Nurul tunang kami beli barang2 kat Semua House.. mula2 cadang nak beli sikit2 je tapi fikirkan balik alang baik nurul beli je untuk 9, 9 hantaran. tapi nurul x dapat nak ingat nak beli apa n berapa sukatan yang nak beli jadi beli ikut naluri diri Nurul...
Alhamdulilah barang hantaran ikram yang tolong bayarkan dalam RM33 , hehehehhehe jimat sikit duit ceq kih.. kih....  Xdan mandi & basuh muka Nurul trus bawa barang masuk bilik terus mulekan projek Nurul.. buat punye buat punya buat tibe pistol gam rosak la pulak tnsion Nurul dibuatnya. Nurul rasa mgkin dia suruh Nurul masuk tidur sebab esok Nurul kerja pagi..

28 Disember 2011, pagi2 kat tempat kerja perasaan x puas hati sebab semalam x dapat nk habiskan buat hantaran nurul p lagi kat Sayang You beli semua barang yg mana yang x ada Nurul trs beli mmg dah xde tggl apa2 la tingal buat n simpan pastu kuarkan balik time nak nikah nnt. habis dalam RM46.40. Campur dgn semalam punya RM33 semuanya RM79.40 untuk 9 hantaran. Nurul suka beli kat sini sebab setiap barang nurul dapat potongan 5% Xkire la hrge dia berapa pun dia potong jugak 5%  dah jimat tang sini. 
SAYANG ANDA SDN. BHD.
Sayang Anda Sdn. Bhd ( Formely dikenali sebagai Sayang You Marketing) telah ditubuhkan pada bulan November 1998. Berjaya soket yang dinamakan Pusat Sayang Anda yang memulakan operasi pada bulan Mac 1999 dan dianggap sebagai salah satu pusat yang terbesar menyediakan bahan-bahan perkahwinan Melayu, Kraftangan & Bunga Tiruan yang beroperasi di U5 Level, Semua House, Jalan Bunus 6,50100 Kuala Lumpur.

Pusat Sayang You keluar sehenti runcit yang mempunyai pelbagai produk & perkhidmatan yang lengkap untuk bunga, aksesori, kraftangan &  bunga tiruan di bawah satu bumbung. Selain itu, Pusat Sayang You juga menawarkan borong Whichis terbuka kepada semua peruncit, pakar kecantikan perkahwinan (MAk Andam, Pengusaha Hotel yang memenuhi keperluan majlis perkahwinan, syarikat-syarikat yang memerlukan hiasan perkhidmatan atau ingin memerintahkan hadiah bagi fungsi-fungsi dalaman. 

Perkidmatan yang kami tawarkan termaauk:-
* aksesori khawin
* menerima pesanan khas untuk perkiraan pengantin.
* pakej khawin (bride & pakaian pengantin lelaki, Pelamin, Bilik Tidur, Fotografi DLL)
* Menerima daripada pasu & bakul
* pelbagai kraftangan aksesori


Pusat Sayang You menawarkan pelbagai Produk & perkidmatan dengan reka bentuk eksklusif & mudah dikawasan yang luas daripada 13.416 kaki persegi, pusat ini boleh diakses oleh empat lif. Syarikat ini mempunyai tenaga kerja yang mencukupi di manasebahagian besar daripada mereka mempunyai tangan kepada pengalaman. malah pereka dipilih dengan teliti inorder untuk menempung keperluan pelanggan-pelanggan. Kami juga berpegang kepada falsafah kepuasan hati pelanggan sebagai recipents produk & perkhidmatan kami untuk menjadi ke utamaan pertama.

JADI APA TUNGGU LAGI JOM KITE PERGI SAYANG YOU UNTUK BELI BARANG KEPERLUAN ANDA..

Jumaat, 7 Oktober 2011

Apendiks

APENDIKS


antara sebab-sebab ikram disahkan apendiks ialah bermula dari sakit perut. sakit bermula di bahagian pusat tengah dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut. sakit akan bertambah apabila bergerak-gerak atau bersin. selain itu, ikram selalu demam. loya dan kadang-kala muntah, sembelit / cirit-birit dan kurang selera makan... 




apendik adalah lebihan pada usus perut. sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga atau peritonitis. 
dalam anatomi manusia., apendiks atau dalam b.inggeris (vemiform appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercamtum dengan kaekum. kebiasaanya panjang apendik ialah 10cm. diameter pula 7-8mm. apendiks merupakan tiub yg sempit, berongga dan hujung tertutup ia bersambung dgn usus.

fungsi apendiks telah lama menjadi misteri dikalangan dktor, ramai diantara mereka mempercayai apendiks tiada fungsi di dalam badan. jika ditanya mana-mana saintis atau penyelidik, mereka psti akan menerangkan betapa hebatnya ciptaan allah s.w.t. , setiap bhagian dalam badan pati ada kegunaan.

sebelum ini, pembungan apendiks dijadikan rutin ketika pembedahan melibatkan abdomen ini bagi mencegah sebarang kemungkinan berlakunya radang apendiks dimasa akan datang.

sekarang, rutin ini tidak lagi dijalankan, sebaliknya apendiks ini disimpan kerana dikuatiri akan digunakan jikalau pundi kencing terpaksa dibuang kerana sebab-sebab tertentu di dalam pembebedahan tersebut sebahagian usus dijadikan otot yang mengawal air kencing. maka pesakit tersebut dapat menahan air kencing.. 

Hilangkan Parut Jerawat

HILANGKAN PARUT JERAWAT

Gambar sebelum & selepas.

Muka yang sering tumbuh jerawat, menjadikan muka nampak kotor dan mengerunkan dengan bintik2 hitam memenuhi muka lagi2 kalau kulit gelap. rasa keyakinan akan berkurangan tatkala berhadapan dengan org ramai. dengan itu, untuk mengembalikan kenyakinan tersebut, rasa bebas dan cantik dengan muka yang berseri amalkan penggunaan kayu manis..




Serbuk kayu manis di jadikan masker setiap malam...


kayu manis tersebut hendaklah di tumbuk halus sehingga menjadi serbuk atau pun gosok pada batu. Tapi zaman sekarang serbuk kayu manis dah ada jual kat supermrkt.  Serbuk tersebut kemudiannya disapukan ke muka. ia akan rasa pedih pada hari pertama & kedua ketika memakainya. bila lama kelamaan pedih tersebut akan kurang. tidak berani nk guna 100% serbuk kayu manis? anda boleh cmpurkan dgn bedak sejuk atau pun perkara lebih baik campurkan madu sekali. 
                                     Campurkan bedak sejuk, serbuk kayu manis & madu di jadikan masker.

 Cara buat masker Kayu manis sebelum tidur ialah seperti 1 sudu serbuk kayu manis, beberapa ketul bedak sejuk, sedikit madu & kacau dengan sedikit air jangan terlalu pekat &  jangan terlalu cair. insyaAllah parut dan kesan hitam akan hilang.
** kayu manis bukan sahaja dapat menghilangkan parut jerawat malah parut lain juga. Untuk mendapatkan hasil yg lebih kerata , amalkan sekerap yang mungkin. InsyaAllah ia berkesan.




Selain tu Nurul juga memakai Produk Mary Kay setiap hari & juga memakai masker mary kay yang telah khaskan untuk kulit Nurul.
Setiap produk Mary Kay@Botanical Customized Skin Care Collection mengandungi komplek Eksklusif Bio-EnrichedTM, sejenis sebatian ramuan berkhasiat yang termasuk ginseng, buah delima dan oat tanpa pengelupasan. Setiap satunya dipilih atas cirinya yang memanafaatkan kulit. Set Botanical terdiri daripada 3 Formula ( Kulit kering, Normal & Berminyak) Kulit Nurul jeis berminyak jadi Nurul beli Produk jenis khas untuk  kulit Nurul ia itu jenis berminyak.


              Setiap kulit ada jenis produk khas. Jadi anda haruslah pilih produk yang sesuai untuk kulit anda. 

Kulit Nurul ia itu jenis berminyak. Pada mulanya, Nurul tidak merasakan apa-apa yang istimewa tentang Mary Kay. Mungkin kerana Nurul rasakan pertua orang tua lebih elok dari Produk zaman sekarang. 

Walaupun sudah guna masker serbuk kayu manis & ia berkesan menghilangkan parut di muka Nurul tapi malangnya kulit Nurul masih berminyak & ia membuatkan jerawat akan muncul bila2 masa sahaja. 

Jadi Nurul harus cari produk yang sesuai untuk kawal minyak di muka Nurul. Dah macam2 produk yang Nurul guna sampai akhirnya Nurul malas nak gunakan apa2 pun produk.

Tapi dia membuatkan muka Nurul btambah teruk sampai make up cepat hilang kerana tlalu banyak sangat minyak membuatkan make up tidak lekat.

Sehingga Nurul ada terbaca tentang produk Mary kay. Nurul ingin mcubanya, Alhamdulillah ia berkesan. Kini Nurul sendiri mula memahami kelebihan Mary kay. Dengan Mary Kay, Ramai kawan2 sekolah saya dulu tertanya2 macam mana Nurul jaga kulit muka Nurul yang dulu penuh dengan jerawat & kini sebiji jerawat pun tiada di muka. Meraka sering mengagumi kulit wajah Nurul.

Sehingga kini saya jadi perunding kecantikan Mary Kay di area Ampang. Dengan pengalaman yang penah Nurul lalui kini Nurul ingin kongsi dengan kawan2 Nurul serta dengan anda semua.

Nurul juga ada buat bengkel kecantikan pada setiap minggu di area Ampang. Untuk memastikan masalah kulit anda, produk yang sesuai untuk menyelesaikan masalah kulit anda, cara guna produk dengan betul serta Nurul akan ajar anda semua make up harian agar wajah anda tidak kelihatan kusam ketika keluar rumah. 

Dengan Produk Mary Kay, Anda tak perlu make up tebal hanya 2 mint di depan cermin sahaja ia membuatkan anda lebih yakin menjalani aktiviti harian anda.

Nurul adalah Perunding Kecantikan MARY KAY
& membuat bengkel kecantikan setiap minggu hari jumaat-ahad di area Ampang.
jika berminat sertai bengkel kecantikan atau membeli Produk Mary Kay
Sila Hubungi Nurul :- 017-251 2051






Jumaat, 30 September 2011

8 Ciri Lelaki Perlu Hindari Oleh Wanita

8 CIRI LELAKI PERLU HINDARI OLEH WANITA
Tidak dinafikan ayat-ayat power boleh mencairkan hati wanita tetapi kesannya tidak akan kekal lama jika lelaki-lelaki ini mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan dibawah ini. so guys, ambil nota dan beri markah kepada diri sendiri..

1)PANAS BARAN
Sifat ini menjadi senarai teras yang dibenci oleh orang perepuan. klau baru cakap sikit dah naik angin, salah sikit dah menengking, bukan kata saya, kucing pun benci. Nurul menekankan betapa beliau tidak memilih lelaki yang panas baran sebagai teman hidupnya. silap-silap nanti tangan dia naik ke muka saya dan dengan anak-anak pun kita tidak boleh percaya dia.

2) MENDESAK
Kena ikut cakap dia dalam segala hal. Bosanlah! bukannya tak nak ikutkan apa yang dia mahukan tetapi setiap masa pun about him, him..him.. Dia ingt dunia berputar sebab dia ke? Iera menjelaskan perangai bekas teman lelakinya yang paling dia tak suka, lantas dia ambil keputusan untuk berpisah sahaja. sifat mendfesak pasangan begitu merimaskan.

3) GELOJOH
Gelojoh masa makan merupakan ciri yang tidak digemari kaum wanita dan boleh menyebabkan perpisahan atau penolakkan. Dia bawa saya keluar makan dan apabila hidangan sampai. dia terus makan macam tiada hari esok. Macam dia tak pernah nampk udang dan ketam. Malulah!!!!Najwa bercerita tentang teman lelakinya yang gelojah ketika menikmati hidangan. Kata orang kalau gelojoh di meja makan, di bilik tidak, juga sama perangai. EEuuuwwww!!!!

4) SELEKEH, BUSUK
Selekeh itu ada kalanya nampak menarik tetapi janganlah sampai macam dah tak mandi 2 tahun. Badan berbau, baju kotor, jeans kotor, rambut busuk. Nak rock, grunge, badan kena wangi babe! Selekeh busuk tak mainlah! gelak Sarah apabila bercerita tentang ciri yang dia tidak suka pada lelaki. Kalau dulu pepatah menyebut. biar papa asal bergaya. apakata sekarang kita tukar kepada biar selekeh tetapi bergaya pula.

5) BOSAN
Sifat bosan ini membosankan!! Ke mana pun saya ajak dia pergi, dia reluctant. Apa pun aktiviti yang saya cadangkan, dia tolak. Alah Matilah dapat boyfriend macam ni. Komen Zarina tentang lelaki yang tidak digemarinya. Aktiviti bersama mengeratkan perhubungan dan kehadiran pasangan yang membosankan tidak membantu.

6) MULUT LANCANG
Biar zaman semakin moden, sopan santun perlu dikekalkan. Tidak perlulah extreme punya sopan tapi sekurang-kurangnya tahu adab ketika berkawan dan apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Jangan cerita atau perhubungan kalau perkataan yang keluar dari mulut dia sering memalukan diri saya. Aishah menegaskan pantang dia kepada lelaki bermulut lancang.

7) PERASAN
Masalah lelaki perasan ni memang susah nak ubat. Perasan cool, perasan hensem, perasan pandai, Basically perasanlah!! Fiza cukup geli dengan lelaki perasan best kerana sering sekali mereka yang sebegini. sebaliknya. Tak payahlah nak perasan kerana kalau anda cool atau hensem atau bergaya, biar kami yang perasan..

8) KEDEKUT
Ya ampun!!! kalau dapat makan dia belanja tu kira macam menang loterilah! Selalunya Go Dutch saja. Ida mengimbas kenangan beliau bersama bekas teman lelakinya yang selalu Go Dutch (Maksudnya bayar diri sndiri) bila keluar dengan dia. hadiah hari istimewa tidak lebih RM20, kalau makan luar berjimat cermat Order lebih sikit kena jeling. Kedekutnya ini penyakit dan jangan cari pasal mencari pasangan yang berpenyakit begini.
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI