Selasa, 18 September 2012

Selamat Tinggal P1Wimax

SELAMAT TINGGAL P1WIMAX

Selamat pagi & selamat hari selasa semua.. Hari ni nak kata happy mungkin jugak sebab semalam baru lepas cuti tiga hari.... Semalam cuti Malaysia Day la katakan ^_^.. 


Inilah wajah pada hari ini.. pagi2 sampai ofis terus ambil gambar..
hehehhehe xde keje...

Waktu lunch kejap lagi Nurul nak pergi Ampang Park sebab nak menamatkan perkhidmatan P1Wimax, bukan sebab service dia tak ok tapi Nurul rasa mahal sangat kot tak sesuai kelajuan dgn pembayaran yg Nurul buat. Sebelum ni Nurul ambil plan yang Rm49.90 dalam setahun pakai Nurul tukar pada plan RM79.90 sebab kadang line lambat sangat.

Nurul dah juga Wimax tahun Feb 2010 sekarang dah Sept 2012 dah 2 tahun. Nak kata tak laju tak juga kadang2 laju disebabkan pihak Wimax tengah buat maintainence jer connection tak ok. Customer service dia ok kalau Nurul call nak tanya apa2 selalu dapat selesaikan.

Ni yang nak pergi Ampang Park nak isi surat termination dan pulangkan modem dia kat sana.. Lepas ni nak cari modem lain pulak kalau boleh nak cari yang prepaid punya je.. sebab bukan selalu nak pakai sangat pun .. sebab selalu on9 kat Ofis balik umah on9 guna hp.. kadang2 klau on laptp ambil wifi orang hehehhehe..
Beli top up senang kalau balik kampung je beli sebab kat sana Wimax ni, service dia tak sampai kat Kampung, lah duduk kat kampung bosan.


Modem P1Wimax yang Nurul nak pulangkan dekat Ampang Park.
siap masukkan dalam plstik lagi... ^_^

Kotak dia ada tapi tak ingat simpan kat mana. ingat nak cari tapi kalau cari cnfrm bilik Nurul terus kemas, 
kenapa Nurul cakap macam tu? sebab Nurul x ingat smpn kat mana klau nak cari smti gelagai 1 bililk.  
Sambil cari smbil buang barang x pakai n susun brg elok2.. (=.=)

Jadi kepada kengkawan yang nak terminate Wimax ini, bagi area Ampang sila pulangkan Modem anda dan isi borang termination dia alamat berikut yer:-


MIRCO MEGA COMPUTER CENTRE SDN BHD
Lot 3.59, Tingkat 2, 
Ampang Park Shopping Centre 
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Business hour:-
Monday-Friday:- 10.00am to 1.00pm - 02.00pm to 6.00pm
Saturday            :- 10.00am to 1.00pm - 02.00pm to 6.00pm
Sunday & P.H   :- Closed 


Rabu, 25 Julai 2012

UCAPAN SMS RAMADHAN 2012

UCAPAN SMS RAMADHAN 2012

Pejam celik dah 4 Ramadhan 1433H, tak terasa pulak dah 4 dari kita berpuasa....
buat setakat ini ada beberapa sms dari kawan2 Nurul hantarkan Ucapan Selamat Berpuasa. Maiiiiii... Maiiiii Nurul nak kongsi dgn kamu smue...
kejap2 Nurul nak buka sms Dulu nak taip 1 persatu sms kawan2 Nurul hntr.. sat ye.. o_O

********************

BiLa BerGuRaU mEmBuAt KeTaWa
HaTi bAhAgIa WaJaH cErIa
mAaF dIpInTaR sEgAlA DoSa
SaMbUt GeMbIrA PuAsA yAnG MuLiA

mArHaBaN yA rAmAdAN 1433H
MaAf ZaHiR & BaTiN.


********************

M@rh@b@n y@ R@m@dh@n,
Pucuk sel@sih bertun@s menjul@ng,
D@h@nny@ p@t@h tolong betulk@n,
Pu@sa R@m@dh@n kemb@li menjel@ng,
s@al@h & khil@f mohon dim@@fkan.
Sel@m@t Menun@ikan ib@dah pu@s@ b@gi t@hun 1433H.


********************

Mengharap padi dalam lesung, yg ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini,
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang
SayaMohon Maaf Zahir & Batin

**********************************

Ya Allah, Muliakan & Sayangilah saudaraku
Bahagiakan keluarganya, berkati rezekinya,
Kuatkan imannya, berikan kemikmatan ibadahnya,
Jauhkan dari segala fitrah. Amin Ya Rabbal Allamin..
"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan"
Mohon Maaf  Lahir & Batin

*********************

Jika semua HARTA adalah Racun maka ZAKATlah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah Dosa maka TAKWA & TAUBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya.
atas kesempatan ini saya ingin Memohon Maaf Zahir & Batin.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Pada tahun 2012 ini. ^_^

*********************

Manusia tak pernah lari dari salah & khilaf
Kerana Manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan.
Mohon maaf zahir & batin

**********************

Marhaban Ya Ramadhan
Semoga bulan ini pernuh BBM (Bulan Barokah & Maghfirah)
Mari kita PREMIUM (PRE Makan &  Minum)
serta SOLAR (SOlat Lebih Rajin)
& MINYAK TANAH (Meningkatkan Iman & baNYAK TAhan Nafsu amarAH)
tambahan juga PERTAMA ( PERangi TAbiat MAksiat)
SMS diberi merepek benar apa-apa pun
Mohon Maaf Zahir & Batin
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H

*********************
Di zaman penjajahan para pahlawan

Berjuang Mati-matian melawan Komonis & tentera Jepun,
Sementara dibulan Ramadhan ini kita umat Islam
Berperang sekuat tenaga melawan hawa nafsu.
Semoga Ramadhan 1433H ini
Kita dapat mengalahkan hawa nafsu 

& menuju kemerdekaan dalam Adilfitri



**********************

Dahulunya ingin sekali ku memohon maaf padamu
Tapi dek kerana diriku terlalu malu ku pendam hasrat itu
Hari ini kuberanikan diri pinta sesuatu darimu
Menjelang puasa ku harap kau berikan maafku atas kesalahanku.

***********************
Syurkurku pada-Mu Ya Allah atas nikmat yang telah kuterima
& nimat yang akan datang esok, lusa, dan nanti.
Nikmatmu yang tak putus-putus merupakan bentuk kasih sayang-Mu Ya Allah.
& ampunilah segala dosa yang melekat pada diriku ini.
Di bulan Ramadhan ini, Aku memohon ampunan-Mu.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

************************

Setitik tinta jadi noda
Setitik salah jadi dosa
Bulan Penuh Berkat segera tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban Ya Ramadhan,
Sambutlah dengan senyuman.

************************

Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kenginjingi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
menjadi kebaikan di bulan suci ini
Marhaban Ya Ramadhan
Mohon maaf Lahir & Batin..

*********************

Berpuasa di bulan Ramadhan  adalah
Kunci kepada Kebenaran, Keikhlasan,
Kemuncak dan kesejagatan syukur
Tambahan pula, Mereka yang akan merasai betapa kedilnya
dirinya di hadapan Allah &
memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah..
Salam Ramadhan dari saya ^_^.

###################

Berakhir Sudah... Penat tangan & mata memblik sms..
Nurul ucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah kamu semua berikan pada saya. saya hargai ucapan yang anda berikan..
yang mana ada Nurul x Rply msg Sory Kredit tgh xde.. hehehhehehehhe
atas kesempatan ini Nurul ucapkan dekat sini jelah ye... ^_^


Perkataan yang indah adalah ALLAH
Lagu yang merdu adalah AZAN
Media yang terbaik adalah AL-QURAN
Senam yang sihat adalah SOLAT
Diet yang Sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah adalah HAJI
Khayalan yang baiak adalah ingin akan DOSA & TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yang suci hadir membawa Iman & takwa.
Amin Ya Rabbal AlLamin
Nurul Mohon Maaf Zahir & Batin.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H







Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Berpuasa I 1433H/ Lafaz Niat Puasa


Selamat Berpuasa 1433H / LAFAZ NIAT PUASA






Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pengumuman Puasa 2012 | 1433H
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21hb. Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong dan setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu telah disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Selamat berpuasa semua!

Ahlan wa sahlan ya ramadhan..kadang-kadang tak di nafikan niat puasa bulan ramadhan ni ada yang terlupa terutamanya anak-anak. Orang tua pun ada gak kann..

 Lafaz Niat Puasa

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :
Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum memulakan puasa yang pertama. Apabila baca niat ini,  dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.

  Ù†َÙˆَÙŠْتُ صَÙˆْÙ…َ Ø´َÙ‡ْرِ رَÙ…َضَانَ ÙƒِÙ„ِّÙ‡ِ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰

Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


Lafaz Niat Puasa Untuk Harian :
Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Kalau nak mudah, baca sahaja lafaz niat puasa untuk sebulan, mana tau nanti terlupa terutama yang muda belia/bujang yang tidak menetap dengan keluarga.  Kadang-kadang terlajak bangun selepas habis imsak ataupun bila azan Subuh berkumandang.

Ù†َÙˆَÙŠْتُ صَÙˆْÙ…َ رَÙ…َضَانَ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa (Seorang) :
Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Berbuka Puasa (Ramai) :
Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.
Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Doa selepas berbuka puasa :
Doa Lepas Buka Puasa
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
*****************************************
Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.


Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan).


Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.

Rabu, 21 Mac 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Akhirnya pada 19/03/2012 berakhir jugak pngisian borang untuk ABPBH x sabar nk tggu kputusan ABPBH nnt... bdebar2 lak rasanya.. ishhh Nurul ni lebih2 pulak , Tapi mcm manalah rasa prasaan mereka smue. Nurul pun x sertai anugerah ni pun rasa bdebar2 ni apatah lagi artis2 yg terpilh ABPBH.


Bintang paling Popular, Nurul msti lah pilih Yana Samsudin dia berbakat dan layak menerima anugerah tersebut. 


 Yana samsudin juga layak terima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Nurul rasa Yana samsudin lagi banyak wat filem dari drama. jadi ermmm faham2 je lah ye... 
jgn lupa tahun ni byk filem yg dilakonkan oleh Yana Samsudin..  jgn terlepas menonton ye smue..

Akhirnya dapat juga Nurul kumpul Kesemua Borang Mngundi.. SMS Pun sudah..
Nurul dah kumpulkan ksemuenya dan poskan..
ermmmmm x sabarnya tggu keputusan nnt...


Good Luck Yana Samsudin... Nurul Akn terus sokong Yana Samsudin...
I Love Norliana Samsudin.. Muaahhh.. ^_^

Rabu, 14 Mac 2012

Buat Bakul Surat Khabar Untuk Kenduri Kahwin..

BUAT BAKUL SURAT KHABAR UNTUK KENDURI KAHWIN

Selalu ayah kita beli surat khabar lepas baca kumpul & jual.
tapi kali ini kite dapat kurangkan pcemaran & dapat kita semua surat khabar tu untuk hias rumah kite dan macam lagi.. ia bukan saja boleh buat bakul kecik seperti dalam rajah ini tapi die boleh buat lg besar. ia juga boleh buat palsu bunga dan bakul tingkat untuk letak barang dapur seperti bawang.


Ini hasil yg my mam buatkan untuk mjlis kenduri Nurul nnt..
die buat sendiri gunakan surat khabar..
jimatkan... alhamdulillah akhir ye mak dapat siapkan juga..
die juga ade buat untuk org luar klau nk tempah kat die..
RM1 je 1 bakul.. 

Setelah bakul siap Nurul tolong mak letakkan reben kat bakul.
kje senang je tu cuma gam & tampal..  

Lepas letak Reben, Nurul cuma letak sapu tgn.
letak telur pun boleh... tapi klau letak telur klau x habis nnt busuk lak telur tu jdi baik letak sapu tgn klau x hbis bagi kat org boleh smpn.. betul x?


Dengan teliti Nurul lakukan ye arah nmpk kemas & xde la nmpk buruk sgt..
ermm biase la anak dara buat kje lambat sikit..
tapi alhamdulillah akhirnya siap juga..






Rabu, 8 Februari 2012

KEDAI AIR TEBU DAN KELAPA

AIR TEBU & KELAPA

     18 JANUARI 2012, Ada sorang kawan nak jual mesin tebu, stor barang dan tempat kepala dalam RM4000. Mula takut juga nak beli sebab takut kena tipu. Oleh Kerana Azhar itu kawan ayah Ikram jadi kami percaya dan yakin membelinya.

     Jadi Nurul pinjam duit Mak Nurul buat modal mniaga. Kami tak tahu kat tempat yang murah beli tebu & kelapa jadi beli jelah kat kedai yang mana-mana Kami tahu. Akhir-akhir ni Apek jual Buah tu kata tebu sekarang mmang susah nak dapat. klau dapat yang mahal dorang jual mahal klau murah, dorang jual murah. pening kepala bile jadi macam ni.


Dengan semangat Ikram ingin mulakan hidup baru dengan alam perniagaan jual air tebu dan kelapa.
kelapa muda pun sekarang susah nak dapat sekarang ni.. klau ada pun buah kelapa dia kecik-kecik..



Ikram dengan pembantu dia masa mula dia buka perniagaan ni. sekarang Mak Nurul dah bantu ikram niaga. Nurul pulak akan tolong hari Sabtu dan Ahad. alhamdulillah perniagaan ni dapat menampung hidup harian kami.


Kalau ada tebu kami kena ambil banyak sebab takut nanti kat kedai tebu habis dan tak tahu bila lagi akan sampai. dulu Ikram iye2 susun tebu kat bahagian depan bagi orang nampak. tapi bile fikirkan balik takut MPAJ marah la pulak jadi kami simpan tebu kat belakang kedai, hanya sebatang dua sahaja kami letak dekat luar..



Waaaaaa Cik Ikram sekarang ni dah ade mesin tebu sndiri... harap-harap perniagaan ni akan berkembang maju.. Bak kate ikram klau dah berkembang maju dia nak tambah satu mesin lagi dan buat kat tempat lain.. lagi-lagi bulan puasa nanti.
     

Khamis, 29 Disember 2011

Sayang You, Semua House

SAYANG YOU, SEMUA HOUSE

27 Disember 2011, Nurul terfikir fikir nak buat hantaran... mana takna sepanjang bulan 11 & 12 ni banyak betul orang buat kenduri kahwin & tunang. macam gubahan Nurul tengok.. perasaan yang tergugat, tcabar dan fikir dah terbayang2 hantaran yang macam mana nurul nak nuat time nikah nanti..
petang tu terus sms Ikram ajak dia pergi Jalan TAR. Pergi cari barang sikit2 untuk nurul cuna test try buat hantaran dengan buah fikiran sndiri..
Sampai kat Jalan TAR, teringat dulu time kakak Nurul n time Nurul tunang kami beli barang2 kat Semua House.. mula2 cadang nak beli sikit2 je tapi fikirkan balik alang baik nurul beli je untuk 9, 9 hantaran. tapi nurul x dapat nak ingat nak beli apa n berapa sukatan yang nak beli jadi beli ikut naluri diri Nurul...
Alhamdulilah barang hantaran ikram yang tolong bayarkan dalam RM33 , hehehehhehe jimat sikit duit ceq kih.. kih....  Xdan mandi & basuh muka Nurul trus bawa barang masuk bilik terus mulekan projek Nurul.. buat punye buat punya buat tibe pistol gam rosak la pulak tnsion Nurul dibuatnya. Nurul rasa mgkin dia suruh Nurul masuk tidur sebab esok Nurul kerja pagi..

28 Disember 2011, pagi2 kat tempat kerja perasaan x puas hati sebab semalam x dapat nk habiskan buat hantaran nurul p lagi kat Sayang You beli semua barang yg mana yang x ada Nurul trs beli mmg dah xde tggl apa2 la tingal buat n simpan pastu kuarkan balik time nak nikah nnt. habis dalam RM46.40. Campur dgn semalam punya RM33 semuanya RM79.40 untuk 9 hantaran. Nurul suka beli kat sini sebab setiap barang nurul dapat potongan 5% Xkire la hrge dia berapa pun dia potong jugak 5%  dah jimat tang sini. 
SAYANG ANDA SDN. BHD.
Sayang Anda Sdn. Bhd ( Formely dikenali sebagai Sayang You Marketing) telah ditubuhkan pada bulan November 1998. Berjaya soket yang dinamakan Pusat Sayang Anda yang memulakan operasi pada bulan Mac 1999 dan dianggap sebagai salah satu pusat yang terbesar menyediakan bahan-bahan perkahwinan Melayu, Kraftangan & Bunga Tiruan yang beroperasi di U5 Level, Semua House, Jalan Bunus 6,50100 Kuala Lumpur.

Pusat Sayang You keluar sehenti runcit yang mempunyai pelbagai produk & perkhidmatan yang lengkap untuk bunga, aksesori, kraftangan &  bunga tiruan di bawah satu bumbung. Selain itu, Pusat Sayang You juga menawarkan borong Whichis terbuka kepada semua peruncit, pakar kecantikan perkahwinan (MAk Andam, Pengusaha Hotel yang memenuhi keperluan majlis perkahwinan, syarikat-syarikat yang memerlukan hiasan perkhidmatan atau ingin memerintahkan hadiah bagi fungsi-fungsi dalaman. 

Perkidmatan yang kami tawarkan termaauk:-
* aksesori khawin
* menerima pesanan khas untuk perkiraan pengantin.
* pakej khawin (bride & pakaian pengantin lelaki, Pelamin, Bilik Tidur, Fotografi DLL)
* Menerima daripada pasu & bakul
* pelbagai kraftangan aksesori


Pusat Sayang You menawarkan pelbagai Produk & perkidmatan dengan reka bentuk eksklusif & mudah dikawasan yang luas daripada 13.416 kaki persegi, pusat ini boleh diakses oleh empat lif. Syarikat ini mempunyai tenaga kerja yang mencukupi di manasebahagian besar daripada mereka mempunyai tangan kepada pengalaman. malah pereka dipilih dengan teliti inorder untuk menempung keperluan pelanggan-pelanggan. Kami juga berpegang kepada falsafah kepuasan hati pelanggan sebagai recipents produk & perkhidmatan kami untuk menjadi ke utamaan pertama.

JADI APA TUNGGU LAGI JOM KITE PERGI SAYANG YOU UNTUK BELI BARANG KEPERLUAN ANDA..
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI