Rabu, 8 Februari 2012

KEDAI AIR TEBU DAN KELAPA

AIR TEBU & KELAPA

     18 JANUARI 2012, Ada sorang kawan nak jual mesin tebu, stor barang dan tempat kepala dalam RM4000. Mula takut juga nak beli sebab takut kena tipu. Oleh Kerana Azhar itu kawan ayah Ikram jadi kami percaya dan yakin membelinya.

     Jadi Nurul pinjam duit Mak Nurul buat modal mniaga. Kami tak tahu kat tempat yang murah beli tebu & kelapa jadi beli jelah kat kedai yang mana-mana Kami tahu. Akhir-akhir ni Apek jual Buah tu kata tebu sekarang mmang susah nak dapat. klau dapat yang mahal dorang jual mahal klau murah, dorang jual murah. pening kepala bile jadi macam ni.


Dengan semangat Ikram ingin mulakan hidup baru dengan alam perniagaan jual air tebu dan kelapa.
kelapa muda pun sekarang susah nak dapat sekarang ni.. klau ada pun buah kelapa dia kecik-kecik..



Ikram dengan pembantu dia masa mula dia buka perniagaan ni. sekarang Mak Nurul dah bantu ikram niaga. Nurul pulak akan tolong hari Sabtu dan Ahad. alhamdulillah perniagaan ni dapat menampung hidup harian kami.


Kalau ada tebu kami kena ambil banyak sebab takut nanti kat kedai tebu habis dan tak tahu bila lagi akan sampai. dulu Ikram iye2 susun tebu kat bahagian depan bagi orang nampak. tapi bile fikirkan balik takut MPAJ marah la pulak jadi kami simpan tebu kat belakang kedai, hanya sebatang dua sahaja kami letak dekat luar..



Waaaaaa Cik Ikram sekarang ni dah ade mesin tebu sndiri... harap-harap perniagaan ni akan berkembang maju.. Bak kate ikram klau dah berkembang maju dia nak tambah satu mesin lagi dan buat kat tempat lain.. lagi-lagi bulan puasa nanti.
     
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI