Sabtu, 15 Disember 2012

Keguguran Ketika 11 Minggu 4 Hari.

KEGUGURAN KETIKA KANDUNGAN 11 MINGGU 4 HARI


Salam sayang dari Nurul.

Hari ni dah 6 hari Nurul kena berpantang. Dalam hati masih merasakan dalam perut ini masih ada janin, tapi Encik Hubby kata jangan ingat balik kalau perkara yang dah lepas dan Encik Hubby mohon sangat agar Nurul tidak ingatkan dia tentang perkara ini.


Kisah sedih bermula begini pada 01/12/2012 rasa macam ada sesuatu yang keluar. Bila pergi tandas Nurul nampak ada sesuatu warna coklat yang keluar terus ajak Encik Hubby pergi Hospital. Encik Hubby terus bawa pergi Hospital Ampang jam 1.30am. 


Sampai Hospital Ampang, Nurul kena tukar kain pink. Doktor terus bawa ke bilik ultrasound scan2 Doktor kata kantung kosong & tak nampak baby pun. Dari scan Doktor kata kandungan Nurul baru 8 minggu 6 hari tapi sepatutnya dah 10 minggu 2 hari. Ketika doktor bagi tahu Nurul, Nurul buat bodoh je. sampai doktor kata Nurul macam x percaya apa yang dia katakan. Memamg Nurul x percaya pun sebb Nurul baru scan 5 hari yang lepas di Klinik Johor Bharu Kandungan Nurul dalam keadaan sehat dan doktor JB kata dah 9 minggu 4 hari jadi macam mana doktor ampang kata boleh 8 minggu pulak. Doktor bagi peluang dekat Nurul untuk scan semula pada 18/12/12. 



                                               Kantung kosong pada kandugan 10 minggu 2 hari.


Balik dgn hati yang gelisah Encik Hubby pun x percaya ni semua dia kata dia yakin baby selamat. Nurul pergi kerja pun dgn rasa x seronok langsung sebab setiap hari ada coklat2 keluar dari faraj. Pada 08/12/2012 Nurul pergi semula Hospital tapi kali ni pergi Hospital Kuala Lumpur. Kami berdua kuatkan hati bahawasanya kandungan Nurul selamat. Tapi bila buat Ultrasound keputusan sama macam di Hospital Ampang. Kali ini Nurul percaya dan redha dgn smua ini. X sampai hati nak bagi tahu Encik Hubby, apa pun Nurul kena bagi tahu jugak. Bila Encik Hubby tahu dia terus terdiam & x cakap apa2 sampai dia turun tinggalkan Nurul sekejap di bilik ultrasound. Nurul tahu macam mana perasaan dia ketika itu. Walaupun tiada air mata yg mengalir bukan bmakna Nurul suka dgn smua ini dalam hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan Nurul.



                                                    Keputusan yang sama Dari Ultrasound Hospital Kuala Lumpur.

Nurul kena datang Untuk D&C pada minggu depan. Nurul mintak lambatkan D&C ini tapi Doktor takut rahim Nurul kena jangkitan kuman. Kena buat minggu depan jgk. tarikh paling lambat untuk D&C pada 14/12/12. Kami  pilih tarikh tersebut. balik umah dengan hati yang sangat hampa. Encik Hubby masih yakin baby selamat. macam mana pun Nurul bagi tahu Encik Hubby kata selagi dia tak keluar lagi dia masih selamat. Hati ini terpukul & rasa nk menjerit dgn kata2 Encik Hubby, sedih tersangat2 bila tgk Encik Hubby kata macam tu.


10/12/12 bersamaan 26 Muharram 1434H, Rasa tak sedap hati langsung rasa nak marah2, nak buat kerja langsung tak ada mood langsung. Apa pun kerja, Nurul rasa malas nak buat rasa nak mengamuk je. Bila balik kerja Encik Hubby kena. sampailah balik umah Nurul asyik marah2 je. Bila rasa nak buang air kecik rasa macam ada sesuatu yang keluar dari Faraj Nurul. tengok2 ada 1 ketulan daging tersangkut kat faraj. Nurul cuba tarikh. Bila tarik terus keluar darah macam air paip bocor. sampai 4 pad overnght penuh.



                                                                   Ketulan yang tersangkut dekat faraj.


Terus ajak Encik Hubby pergi Hospital K.L. Time naik motor Nurul rasa nak pitam nak jatuh.. sampai Hospital habis kerusi roda HKL kena darah. Nurul dmintak tukar kain pink. pergi tandas keluar lagi darah ketul sebesar pnumbuk banyak juga yang keluar ketulan tu.

Nurul kena tahan wad pada 9.00pm tingkat 1 katil 27.  Selesa jugak katil yang Nurul duduk tu. bila tengok baby yang ada di keliling Nurul nak menangis pun ada. Lagi2 bila ada ibu mengandung buat scan degupan jantung baby lagilah sedih. "Sabar Nurul Allah lebih sayangkan dia".. "Dia akan tunggu Nurul & Encik Hubby di syurga nanti. Ni dugaan yang Allah berikan di dunia yang fana ni, Allah hanya bagi pinjam & letakkan di rahim Nurul, Dah smpai masanya dia ambil semua apa yang dia bagi pinjam dekat Nurul kerana itu milik Allah SWT".


11/12/12 Doktor scan blik. doktor kata klau masih ada darah lagi dalam rahim Nurul terpaksa buat D&C dorg kata sakit. Tapi alhamdulillh doktr kata smuanya dah keluar & boleh balik hari ini. alhamdulillah... balik & kena berpantang.

Ibu yang keguguran perlulah berpantang dari cara hidup harian serta permakanan. Pantang ibu bersalin mengikut jangka masa keguguran. Keguguran Nurul 11 minggu 4 hari jadi Nurul tidak dibenarkan melakukan hubungan kelamin selama 30 hari. Untuk mendapat kesihatan yang lebih baik lagi bagi ibu keguguran perlulah berpantang makan sehingga ibu yang keguguran kembali hamil dan bersalin. Selepas itulah baru pantang larang permakanan Ibu keguguran akan tamat.


** Berharap sangat nasihat2 dari u all smua bila Nurul boleh  mengandung semula. Nurul x sabar meriahkan suasana rumah tangga Nurul dengan Encik Hubby adanya seorang baby.. klau kembar pun best jugak.... waaaaa x sabarnya menunggu rezeki yang akan datang..... InsyaAllah...  
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI