Rabu, 5 Mac 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

SAAT NAK BERSALIN, PENGALAMAN PERTAMA.



  
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Akhirnya habis jugak hari berpantang. lega rasanya boleh lah Nurul makan makanan yang Nurul nak tapi masih kena jaga2 lagi sebab Siti Rafqah Atiqah susu badan.


OK, jom kita terjah pengalaman Nurul ketika bersalin seperti mana Nurul pernah ceritakan sebelum ini nak pergi kes BP kat hospital pada 04/01/2014, pmbukaan rahim Nurul dah 1cm. Tpi Nurul tak kena tahan wat pun boleh balik rumah.

Pada 11/01/2014, dah mula sakit pinggang x sakit sgt rasa sakit sikit je.
yang jadi Nurul nak ke hospital sebab ada tanda kuar lendir merah kat ptn liner Nurul.
Nurul send pic tu kat Kak Lia & Ibu Mentuaku dorang yang suruh Nurul pergi Hospital.
perkara yang kecewakan Nurul masih 1 cm & boleh balik rumah.

My Hubby kerja pagi balik petang Ibu Mentuaku dh sampai K.L & dok kat Hotel Hari Hari Taman Maluri. Oleh kerana Nurul masih x sakit lagi Ikram bawa Nurul pergi Jumpa mak dia.

Ibu Mentuaku bawa Nurul & Hubby pergi makan memandangkan xde kereta pergi tempat yang dekat dengan Hotel tu je. Jadi kami makan kat Pizza Hut sebelah Jusco Maluri. Ibu Mentuaku ajak Abg HAras & Kak Erin, join sekali memandangkan dorg x balik keje lagi kami makan dulu. Dorang sampai je Pizza Hut dah nak tutup jadi kami tapaw je untuk dorang.


Dlam bilik Hotel Hari Hari, Taman Maluri

Uncle keluar pergi daftarkan anak die sekolah kolj jadi kita orang dok lepak dulu kt hotel sambil tggu Uncle smpai. ermmm kat Hotel ni ade siap khas komputer pulak apa lagi adik beradik Ikram & Abg haras Online la... dah lewat malam esok Ikram kje petang jadi Nurul & Ikram tidur kat Hotel Hari Hari.

Kalau x silap Nurul dalam pukul 4am perut Nurul dah rasa lain macam. Pinggang pun dah rasa sakit sangat sampai rasa x selesa sgt nak tidur. Nurul mintak Ikram tolong urutkan Nurul. Ermmm kejap2 rasa nak pergi tandas lendir pun masih kuar lagi tapi kali ni banyak sikit.

Ibu Mentuaku dah kata ni dah nak bersalin dah ni & ajak Nurul pergi hospital pagi 12/01/2014 tapi Nurul tak nak sebab takut masih 1 cm lgi jadi buang masa je pergi hospital pastu kena balik rumah. Jadi Nurul nak tggu sampai Nurul rasa dah tak tahan.

Rasa x tahan 2 memang dah x tahan dari pagi tu tapi Nurul x nak datang Hospital terlalu awal nanti kalau x tak sampai 4 5 cm lagi dorang tahan kat wad dulu tu yang Nurul tak minat tu. Pas Ikram pergi kerja pukul 1 petang Nurul dengan Ibu Mentuaku pergi makanan kat dominos Taman Maluri. Rasa sampai dah x boleh duduk dah tapi masih keras hati tak nk pergi hospital lgi.


Dah x boleh duduk btawaf kat dalam bilik Hotel. 

Nurul cuba tenangkan baby & cuba tahan sakit.
mana taknya, x tahan berdiri je tu yang Nurul duduk. Duduk rasa sakit pinggang pulak.

Dalam pukul 3.30petang Ibu Mentuaku call ikram bawa barang yang dia suruh beli. Lepas tu bawa pergi hospital. Oleh di sebabkan kerja ikram banyak lagi yang perlu di siapkan & Nurul x pasti betul2 nak bersalin hari ini atau tidak jadi Kak Erin suruuh Ikram habiskan kerja dia & kak erin je yang datang hotel bawa barang2 yang ibu mentuaku suruh bawa.

Kak Erin rasa lapr jadi dia ajak pergi makan dulu oleh di sebbkan Nurul x rasa nak pergi Hospitl lagi jadi Nurul kata ok je. So kami pergi makan kat Jusco Maluri. Kalau berjalan memang x rasa sakit sangat, duduk je sakit tu baru rasa kuat.
Ni time tengah tggu makanan sampai. Nurul makan ayam gorng je sebab bila duduk perut mula rasa sakit, nak makan pun rasa x selera.

Lepas makan kami pergi jalan2 dalam Jusco tengok ada barang murah apa hari ni.
Pastu ibu mentuaku dah ajak pergi hospital, time tu dah pukul 10.15 malam. Kebetulan pagi tadi mak Nurul pergi Pahang kenduri kahwin Siti kat keratong.
Nurul x perasan pulak yang mak Nurul ada call banyak kali. Mak risau sebab Kakak ipar Nurul kata Nurul dah nak bersalin. Nurul tak nak risaukan dia jadi Nurul kata Nurul ok je cuma kuar lendir & sakit pinggang sikit. Tak cakap pun sekarang ni dalam perjalanan nak pergi Hospital Ampang.

Dah pukul 10.25 malam, Nurul Dirawat dalam bilik  rawatan & doktor kata pintu rahim dah buka 4 cm. Nurul kena siap2 pergi bilik bersalin. 

Tunggu ikram sampai sebab ikram dalam perjalanan datang ke hospital.
Oleh di sebabkan ikram lambat sangat jururawat nak tolak Nurul ke L.Room skarang.
Rasa boring sangat duduk dalam L.Room. Ikram dah sampai tapi kena kuar balik sebab doktor nak periksa Nurul dulu. Dalam pukul 12.10 malam barulah ikram masuk.
Kesakitan mula sakit makin bertambah sikit demi sedikit. Doktor nak masukkan ubat tapi Nurul tak nak. Pukul 2 pagi Nurul dah mula rasa tak tahan. Doktor bagi Nurul Oksigen kalau rasa sakit sangat.

Jam dah pukul 3 pagi Nurul dah rasa betul2 tak tahan. pembukaan rahim Nurul dah 9cm. Doktor minta Nurul cuba teran. teran pertama tak menjadi doktor suruh Nurul tarik nafas panjang2 & cuba teran macam nak buang air besar. Nurul buat la jadi tapi tiba2 rasa nak batuk. Nurul cuba teran balik tapi x jdi. Nurul relax kejap & cuba terang lagi sekali.

Alhamdulillah kepala baby dah nak kuar. Doktor mintak Ikram tengok macam mana baby kuar. ermmm tahu takut bila tgk baby kuar, sakitkan... itu baru tengok baby kuar, En.Hubby kata dia terasa sakit. tapi dia x taw wanita yang tnak bersalin nyawa dia 50:50.

Alhamdulillah pada 13 Januari 2014 jam 3.30pagi, puteri kami Siti Rafqah Atiqah lahir dengan selamat & sihat.

 Alhamdulillah dah selamat pun bersalin.
berat hanya 2.38kg panjang 147cm.
pas bersalin baby dah kencing & berak so petang 13/01/2014, Nurul dah boleh balik rumah.




Ikram baru 23 tahun dah jadi seorang ayah.
Muka macm budak2 kalau bawa anak kuar mesti orang akan kata bawa adik bukan anak

 Rasa gembira & lega selepas bersalin hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa senangnya hati ini. Rasa sakit bersalin pun hilang. Rasa nak tambah lagi satu la smpat lagi ini untuk sama tahun hehehehehehe...
Gambar Siti Rafqah Atiqah pada hari yang ke 2.

Inilah Cucu2 nenek siah & Tok Man..
dah ada 3 cucu dah. Satu Anak seorang cucu,
Cucu sulung Aleesya, ke-2 Adam & ke-3 Atiqah.
Cucu ke-4 Aiman.. heehehe xdelah gurau jeeee..

** sebenarnya panjang cerita yang nurul nak kongsikan kat sini. tapi masa tu nk mengizinkan. kalau anak terjaga Nurul dah x boleh wat apa2 kalau dia tidur time tulah Nurul nak buat kerja rumah & masa untuk Nurul rehatkan bdan. 

2 ulasan:

Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI