Jumaat, 7 Oktober 2011

Apendiks

APENDIKS


antara sebab-sebab ikram disahkan apendiks ialah bermula dari sakit perut. sakit bermula di bahagian pusat tengah dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut. sakit akan bertambah apabila bergerak-gerak atau bersin. selain itu, ikram selalu demam. loya dan kadang-kala muntah, sembelit / cirit-birit dan kurang selera makan... 




apendik adalah lebihan pada usus perut. sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga atau peritonitis. 
dalam anatomi manusia., apendiks atau dalam b.inggeris (vemiform appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercamtum dengan kaekum. kebiasaanya panjang apendik ialah 10cm. diameter pula 7-8mm. apendiks merupakan tiub yg sempit, berongga dan hujung tertutup ia bersambung dgn usus.

fungsi apendiks telah lama menjadi misteri dikalangan dktor, ramai diantara mereka mempercayai apendiks tiada fungsi di dalam badan. jika ditanya mana-mana saintis atau penyelidik, mereka psti akan menerangkan betapa hebatnya ciptaan allah s.w.t. , setiap bhagian dalam badan pati ada kegunaan.

sebelum ini, pembungan apendiks dijadikan rutin ketika pembedahan melibatkan abdomen ini bagi mencegah sebarang kemungkinan berlakunya radang apendiks dimasa akan datang.

sekarang, rutin ini tidak lagi dijalankan, sebaliknya apendiks ini disimpan kerana dikuatiri akan digunakan jikalau pundi kencing terpaksa dibuang kerana sebab-sebab tertentu di dalam pembebedahan tersebut sebahagian usus dijadikan otot yang mengawal air kencing. maka pesakit tersebut dapat menahan air kencing.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI