Jumaat, 30 September 2011

8 Ciri Lelaki Perlu Hindari Oleh Wanita

8 CIRI LELAKI PERLU HINDARI OLEH WANITA
Tidak dinafikan ayat-ayat power boleh mencairkan hati wanita tetapi kesannya tidak akan kekal lama jika lelaki-lelaki ini mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan dibawah ini. so guys, ambil nota dan beri markah kepada diri sendiri..

1)PANAS BARAN
Sifat ini menjadi senarai teras yang dibenci oleh orang perepuan. klau baru cakap sikit dah naik angin, salah sikit dah menengking, bukan kata saya, kucing pun benci. Nurul menekankan betapa beliau tidak memilih lelaki yang panas baran sebagai teman hidupnya. silap-silap nanti tangan dia naik ke muka saya dan dengan anak-anak pun kita tidak boleh percaya dia.

2) MENDESAK
Kena ikut cakap dia dalam segala hal. Bosanlah! bukannya tak nak ikutkan apa yang dia mahukan tetapi setiap masa pun about him, him..him.. Dia ingt dunia berputar sebab dia ke? Iera menjelaskan perangai bekas teman lelakinya yang paling dia tak suka, lantas dia ambil keputusan untuk berpisah sahaja. sifat mendfesak pasangan begitu merimaskan.

3) GELOJOH
Gelojoh masa makan merupakan ciri yang tidak digemari kaum wanita dan boleh menyebabkan perpisahan atau penolakkan. Dia bawa saya keluar makan dan apabila hidangan sampai. dia terus makan macam tiada hari esok. Macam dia tak pernah nampk udang dan ketam. Malulah!!!!Najwa bercerita tentang teman lelakinya yang gelojah ketika menikmati hidangan. Kata orang kalau gelojoh di meja makan, di bilik tidak, juga sama perangai. EEuuuwwww!!!!

4) SELEKEH, BUSUK
Selekeh itu ada kalanya nampak menarik tetapi janganlah sampai macam dah tak mandi 2 tahun. Badan berbau, baju kotor, jeans kotor, rambut busuk. Nak rock, grunge, badan kena wangi babe! Selekeh busuk tak mainlah! gelak Sarah apabila bercerita tentang ciri yang dia tidak suka pada lelaki. Kalau dulu pepatah menyebut. biar papa asal bergaya. apakata sekarang kita tukar kepada biar selekeh tetapi bergaya pula.

5) BOSAN
Sifat bosan ini membosankan!! Ke mana pun saya ajak dia pergi, dia reluctant. Apa pun aktiviti yang saya cadangkan, dia tolak. Alah Matilah dapat boyfriend macam ni. Komen Zarina tentang lelaki yang tidak digemarinya. Aktiviti bersama mengeratkan perhubungan dan kehadiran pasangan yang membosankan tidak membantu.

6) MULUT LANCANG
Biar zaman semakin moden, sopan santun perlu dikekalkan. Tidak perlulah extreme punya sopan tapi sekurang-kurangnya tahu adab ketika berkawan dan apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Jangan cerita atau perhubungan kalau perkataan yang keluar dari mulut dia sering memalukan diri saya. Aishah menegaskan pantang dia kepada lelaki bermulut lancang.

7) PERASAN
Masalah lelaki perasan ni memang susah nak ubat. Perasan cool, perasan hensem, perasan pandai, Basically perasanlah!! Fiza cukup geli dengan lelaki perasan best kerana sering sekali mereka yang sebegini. sebaliknya. Tak payahlah nak perasan kerana kalau anda cool atau hensem atau bergaya, biar kami yang perasan..

8) KEDEKUT
Ya ampun!!! kalau dapat makan dia belanja tu kira macam menang loterilah! Selalunya Go Dutch saja. Ida mengimbas kenangan beliau bersama bekas teman lelakinya yang selalu Go Dutch (Maksudnya bayar diri sndiri) bila keluar dengan dia. hadiah hari istimewa tidak lebih RM20, kalau makan luar berjimat cermat Order lebih sikit kena jeling. Kedekutnya ini penyakit dan jangan cari pasal mencari pasangan yang berpenyakit begini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI