Selasa, 15 Januari 2019

Pendarahan Ketika Hamil. Perlukah Saya Risau ?



Kehamilan pada peringkat trimester pertama seringkali membuatkan wanita hamil tidak senang duduk dan resah. Ini kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku kepada diri dan bayi dalam kandungan. Antara perkara yang merisaukan wanita hamil ialah terjadinya pendarahan ketika hamil di bahagian vagina.

Hanya segelintir wanita yang menghadapi masalah pendarahan vagina semasa trimester pertama. Sukar untuk wanita membezakan antara pendarahan normal dan pendarahan akibat komplikasi tertentu. Cara terbaik mengenalpasti punca sebenar pendarahan adalah melalui pemeriksaan doktor.


Pendarahan Normal vs Pendarahan Tidak Normal


Pendarahan yang normal dan tidak membahayakan biasanya keluar dalam kuantiti yang amat sedikit. Kuantiti darah yang keluar malah tidak sebanyak seperti pendarahan ketika wanita mengalami haid. Istilah ini dipanggil sebagai spotting. Pendarahan juga tidak berlaku untuk  tempoh berpanjangan dan ibu hamil tidak mengalami sebarang masalah seperti sakit badan.

Boleh jadi juga pendarahan yang berlaku itu sebagai petanda masalah lain yang tidak disangka. Ia memerlukan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan kesan lebih serius kepada bayi dalam kandungan dan ibu itu sendiri.

Berikut ialah beberapa kemungkinan yang boleh dijangkakan dari pendarahan ketika hamil.


1. Anda Mengandung Tanpa Sedar


Adakalanya wanita mengandung tanpa disedari sehinggalah mereka mendapati berlakunya pendarahan di bahagian vagina. Pendarahan ini tidak seharusnya dianggap normal jika ia bukan berlaku dalam tempoh kitar haid normal.

Pendarahan jenis ini berlaku semasa proses penempelan telur yang disenyawakan pada dinding rahim. Kebiasaannya daraha akan keluar dalam waktu ketika wanita menghampiri kitar haid. Akan tetapi pendarahn penempelan ini lebih ringan. Ia tidak banyak seperti pendarahan semasa haid. Biasanya keluar dalam kuantiti yang amat sedikit dan anda hanya perlu mengenakan panty liner bersaiz kecil. Pendarahan jenis ini akan berhenti dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang rawatan.


2. Subchorionic Hematoma


Kadar pendarahan kehamilan akibat Subchorionic Hematoma amat kecil iaitu kira-kira 1% daripada sekian banyak kehamilan. Subchorionic Hematoma adalah pengumpulan dari pendarahan yang terjadi di bawah membran chorion yang mengelilingi embrio atau janin. Pendarahan ini berlaku semasa peringkat trimester kehamilan. Ia boleh dikesan melalui imbasan USG. Gejala paling umum ialah pendarahan yang keluar dari vagina.

Pendarahan jenis ini tidak menimbulkan sebarang gejala malah ia tidak dikaitkan sebagai salah satu simptom keguguran. Akan tetapi terdapat kes di mana subchorionic hematoma yang menyebabkan keguguran iaitu apabila berlaku pelepasan plasenta dari dinding rahim. Risiko subchorionic hematoma juga bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya  saiz hematoma itu sendiri, umur ibu hamil dan usia kehamilan.


3. Pendarahan Selepas Hubungan Intim


Serviks terletak di antara rahim dan vagina. Perubahan kepada organ serviks adalah salah satu penyebab berlaku pendarahan selepas anda melakukan hubungan intim ketika hamil. Perubahan ini akan menjadikan serviks lembut, serta pertambahan darah disebabkan peningkatan hormon estrogen yang berlaku.

Wanita tidak akan merasai perubahan ini secara langsung. Tetapi perubahan ini boleh mengakibatkan sedikit pendarahan yang tidak perlu dirisaukan. Namun jika berlaku pendarahan yang banyak diikuti oleh sakit badan dan kekejangan, anda harus segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


4. Kehamilan Luar Rahim


Ia juga disebut sebagai kehamilan ektopia. Kehamilan luar rahim terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim. Wanita hamil berusia antara 35 sehingga 44 tahun berisiko mengalami kehamilan luar rahim.

Pendarahan ini boleh berlaku dalam kuantiti yang banyak atau sedikit sahaja. Biasanya kehamilan luar rahim dan pendarahan ini menunjukkan simptom yang jelas seperti kesakitan di bahagian abdomen, pelvis, bahu dan juga sekitar leher.

Semua simptom yang diikuti dengan pendarahan ini perlu segera dibawa ke doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.


5. Kehamilan Molar


Ia juga disebut sebagai kehamilan anggur. Kehamilan ini tidak membentuk janin dengan sempurna dan tidak berkembang. Sebaliknya ia membentuk tisu-tisu seperti bentuk anggur. Kehamilan anggur menunjukkan simptom yang serius termasuk pendarahan yang banyak. Pada awal kehamilan, wanita tersebut mengalami muntah yang teruk serta pucat sehingga menjejaskan kesihatannya.

Kira-kira 1 daripada 1000 kehamilan di Malaysia akan mengalami kehamilan molar. Wanita yang hamil melebihi usia 35 tahun atau di bawah usia 20 tahun berisiko tinggi mengalami kehamilan molar.


6. Jangkitan Vagina


Jangkitan di bahagian vagina boleh berlaku semasa kehamilan. Antara jangkitan vagina yang dikenalpasti berlaku di kalangan wanita adalah jangkitan bakteria vaginosis, jangkitan kulat, Streptokokus Kumpulan B dan trikomoniasis.

Kesemua jangkitan ini menunjukkan simptom yang hasmpir sama iaitu ketidakselesaan di bahagian vagina, rasa gatal, berbau dan mungkin juga mengakibatkan pendarahan jika tidak dirawat dengan segera. Kebanyakan jangkitan vagina boleh sembuh dengan cepat selepas mendapat rawatan doktor menerusi pemeriksaan dan ubat-ubatan.


Bila Saya Patut Risau Jika Berlaku Pendarahan Ketika Hamil?



Kesemua jenis pendarahan ketika hamil akan menunjukkan simptomnya yang tersendiri. Terdapat tiga keadaan yang perlu anda risau apabila berlaku pendarahan semasa kehamilan. Jika terdapat tiga tanda pendarahan ini, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan segera bagi mengesan punca sebenar berlakunya pendarahan.


1. Keluar Darah Dalam Kuantiti Yang Banyak


Darah keluar dalam kuantiti yang banyak melebihi kebiasaanya yang berlaku ketika anda mengalami haid. Kenalpasti jumlah tuala wanita yang dikenakan semasa pendarahan berlaku. Jika dalam tempoh tiga jam anda menggunakan lebih daripada satu atau dua keping tuala wanita, ia mungkin petanda anda mengalami pendarahan yang berpunca daripada komplikasi yang serius.


2. Pendarahan Diikuti Dengan Rasa Sakit


Rasa sakit dan kekejangan yang teruk seperti wanita yang mengalami kekejangan semasa haid atau mungkin lebih sakit lagi. Ia dapat dirasai di bahagian abdomen, pelvis, belakang dan bahagian leher. Pendarahan yang serius juga akan diikuti oleh tanda kesakitan yang lain seperti muntah, penurunan atau kenaikan tekanan darah, pucat dan pening kepala.


3. Pendarahan Tidak Berhenti


Pendarahan serius yang berlanjutan selama berhari-hari malah berlarutan selama berminggu-minggu tanpa henti.


4. Kenalpasti Darah Yang Keluar


Anda juga perlu peka kepada keadaan darah yang keluar. Ia boleh diperhatikan dari segi warna darah atau adakah darah yang keluar itu diikuti oleh ketulan dalam bentuk tisu yang tidak normal. Perhatikan jika warna darah yang keluar itu luar biasa seperti terlalu cerah tidak seperti warna darah biasa ketika haid.


Dapatkan Kepastian Doktor


Apapun jenis pendarahan yang anda alami sepanjang kehamilan, seharusnya anda mendapatkan rujukan daripada doktor. Walaupun mungkin pendarahan yang dialami itu dirasakan seperti tidak serius atau keluar dalam jumlah pendarahan yang sedikit, anda seharusnya tidak ragu-ragu mendapatkan penjelasan doktor untuk lebih selamat.

Walaubagaimanapun, jika pendarahan di hujung kehamilan diikuti dengan air ketuban yang pecah, itu tandanya anda mahu bersalin dan siap untuk menimang kelahiran cahaya mata.

Wanita Mengidam Ketika Hamil. Fakta Atau Auta?



“Abang, boleh tak malam ini belikan saya daging istimewa? Baby dalam perut ini mengidam makan daging”

“Ok, nak daging ayam ke daging lembu?”

“Daging rusa boleh?”

Bayangkan jika tiba-tiba isteri anda yang sedang hamil mengidam untuk makan daging rusa. Pasti haru biru dibuatnya. Kalau tidak dipenuhi tentu si isteri akan akan merajuk dan tidak selera makan kerana ingin menikmati daging rusa. Lagipun mana hendak mencari daging rusa lebih-lebih lagi apabila tinggal di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Banyak pengorbanan yang perlu dilalui oleh si suami apabila si isteri mengidam makanan yang pelik-pelik dan sukar didapati ketika hamil.


Benarkan Setiap Ibu Mengandung Mesti Mengidam?


Memang benar bahawa kebanyakan ibu hamil akan mengalami perasaan mengidam ingin makan sesuatu makanan secara tiba-tiba. Jenis makanan yang diidamkan berbeza di antara setiap wanita mengandung. Ada yang tiba-tiba menggemari makanan masam seperti jeruk dan oren. Ada yang menjadi begitu ketagih terhadap makanan manis sehingga makan begitu banyak ais krim. Boleh jadi juga isteri anda mengidam menikmati daging haiwan tertentu yang tidak pernah dinikmati sebelumnya seperti daging rusa dan arnab.

Perasaan mengidam seorang ibu hamil boleh juga berlaku tanpa mengira masa. Banyak kes di mana ibu hamil akan terjaga di tengah-tengah malam kerana tiba-tiba mengidam sesuatu makanan. Si suami pula terpaksa bersusah payah keluar rumah di tengah-tengah malam mencari makanan yang diinginkan.

Namun bagi wanita yang tidak mengalami apa-apa perasaan mengidam makanan ketika hamil tidak perlu pula merasa risau. Itu juga adalah sesuatu yang normal. Malah adalah lebih baik jika anda langsung tidak mengidam apa-apa jenis makanan secara tidak normal. Sekurang-kurangnya anda masih mampu mengawal jenis makanan terbaik yang sepatutnya diperlukan  ketika hamil.


Mengidam Bukan Hanya Melibatkan Makanan


Mengidam ketika hamil tidak hanya melibatkan keinginan luar biasa terhadap sesuatu makanan. Boleh jadi isteri akan berkeinginan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Mereka juga mungkin akan melakukan tabiat pelik secara rutin selama beberapa ketika dalam tempoh kehamilan.

Ada wanita yang secara tiba-tiba menggemari bau ketiak suami sehingga perlu tidur di bawah ketiak suami seperti kanak-kanak kecil.

Ada wanita hamil yang suka menghidu bau asap motor setiap kali si suami menghidupkan enjin motor untuk ke tempat kerja.

Ada suami yang terpaksa mengorbankan kulit badannya kerana tabiat isteri yang tiba-tiba suka menggigit badan suami.


Apa Yang Menyebabkan Wanita Hamil Mengidam ?


Pelbagai tabiat pelik ibu hamil yang sukar dirungkai menerusi kajian sanitifik. Tidak ada kajian konkrit yang dapat mengaitkan punca-punca ibu hamil mengidam sesuatu makanan atau mengubah tabiat pelik ketika sedang mengandung. Sesetengah pakar mengatakan bahawa ia berlaku disebabkan perubahan hormon dalam badan wanita. Perubahan hormon itu memberi kesan yang kuat terhadap deria rasa dan bau sehingga menyebabkan wanita hamil menjadi begitu sensitif terhadap rasa sesuatu makanan dan bau.

Ada pula yang mengatakan perubahan itu disebabkan berlaku kekurangan vitamin dan mineral tertentu dalam badan wanita hamil. Tetapi masih tiada bukti yang kuat dapat menyokong pendapat itu.


Bilakah Wanita Hamil Mula Mengidam ?


Sesetengah wanita mengatakan bahawa mereka mula mengidam makanan tertentu sebelum mereka tahu bahawa mereka telah mengandung. Ada wanita yang mengidam semasa di trimester kedua. Secara kebiasaannya, tahap mengidam ini akan menurun apabila si ibu menghampiri tempoh bersalin. Gejala yang sering berlaku ketika ibu hamil iaitu morning sickness atau keadaan muntah-muntah ketika hamil sering dikaitkan dengan tabiat mengidam. Ini kerana selalunya kedua-dua simptom ini akan muncul pada masa yang sama. Misalnya ibu hamil tiba-tiba mengidam jeruk mangga untuk menghilangkan rasa loya dan muntah. Ini berlaku pada minggu ketiga sehingga minggu ke lapan kehamilan dan ia beransur-ansur hilang selepas beberapa minggu.


Mengidam Berbeza Mengikut Budaya


Perbezaan budaya akan menunjukkan situasi mengidam yang berbeza di kalangan ibu hamil di seluruh dunia. Sebagai contoh, wanita yang mengidam sesuatu makanan akan berkeinginan tinggi terhadap jenis makanan yang menjadi pilihan utama suatu budaya atau bangsa. Sebagai contoh peratusan mengidam makanan manis seperti ais krim wanita hamil di Amerika menunjukkan peratusan tertinggi berbanding makanan masam seperti jeruk.

Berbeza bagi kebanyakan wanita di nusantara termasuk Malaysia, kebanyakan wanita hamil begitu mengidam makanan masam manis seperti jeruk mangga.


Di Tanzania pula peratusan wanita hamil yang mengidam daging tertentu menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 23.3% diikuti oleh mangga (22.7%), yogurt (20.0%), oren dan makanan-makan lain termasuk minuman bergas.

Auta Mengenai Wanita Mengidam Ketika Hamil

Kita sering dengar bahawa jika keinginan terhadap sesuatu makanan wanita hamil tidak dipenuhi akan memberi kesan kepada bayi selepas dilahirkan. Orang tua dulu-dulu menyebut jika permintaan selera ibu hamil tidak dipenuhi, anak yang lahir akan mempunyai tabiat melelehkan air liur semasa membesar. Sebenarnya ini tidak benar kerana gejala mengidam ibu hamil hanyalah dirasai oleh si ibu dan tiada kaitan dengan perkembangan bayi dalam kandungan.

Seperkara lagi adakah benar perasaan mengidam terhadap sesuatu ketika hamil perlu dipenuhi? Jawapannya tidak benar! Mengidam hanyalah sesuatu yang berkaitan dengan perasaan. Sesuatu yang berkaitan dengan perasaan boleh diubah dengan cara mengalihkan perhatian dengan melakukan sesuatu atau mengubah menu sajian makanan.

Ada juga yang mengaitkan mengidam makanan dengan jantina bayi yang bakal dilahirkan. Sebagai contoh jika si ibu terlalu gemar makanan masam, berkemungkinan bayi yang bakal lahir ialah anak lelaki. Jika makanan manis pula, kemungkinan besar bayi perempuan yang bakal dilahirkan. Ini juga tidak pernah dibuktikan secara saintifik dan mitos ini hanya bergantung kepada pengalaman ibu sejak zaman berzaman.

Bolehkah Mengidam Membawa Kemudaratan Kepada Ibu Hamil ?

Jawapannya Ya!

Banyak terjadi di negara barat di mana ramai ibu hamil yang mengidam makan atau minum sesuatu yang memudaratkan perkembangan bayi dalam kandungan. Sebagai contoh mengidam secara luar biasa terhadap minuman beralkohol. Ibu hamil tidak seharusnya mengambil sebarang minuman beralkohol kerana ia boleh memudaratkan keadaan ibu dan berkemungkinan menyebabkan keguguran bayi dalam kandungan.

Ada juga berlaku di mana ibu hamil memiliki selera yang pelik terhadap makanan kotor yang tidak mengandungi nilai nutrisi yang berguna untuk dimakan oleh manusia.

Lebih memudaratkan lagi apabila ibu hamil mengalami gejala Pica iaitu penyakit mental yang mendorong mereka makan objek yang membahayakan seperti batu dan benda-benda tajam. Jika terjadi keadaan ini, ibu hamil perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri kerana Pica dikategorikan sebagai penyakit mental yang perlu diubati menerusi rawatan psikologi.

Apabila ibu hamil terlalu mengidam makan-makanan manis juga boleh membahayakan. Makanan manis yang dimakan setiap hari secara berlebihan berisiko menyebabkan ibu hamil mengidap penyakit diabetes. Penyakit diabetes yang paling kerap dialami oleh ibu hamil ialah diabtes gestasi. Ia adalah kencing manis yang dihadapi kali pertama semasa kehamilan. Begitu juga dengan makanan yang terlalu masin boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi.

Jadi, walaupun menjadi tanggungjawab suami untuk memenuhi selera mengidam ibu hamil, namun anda perlu memastikan makanan yang diidamkan itu tidak memberi mudarat terhadap kesihatan mereka. Dalam memenuhi selera mengidam ketika hamil, isteri dan suami seharusnya tahu membezakan selera mana yang wajib dan tidak wajib dipenuhi.

Rabu, 7 Mac 2018

Pengalaman Melahirkan Siti Rafifah Athirah

PENGALAMAN MELAHIRKAN SITI RAFIFAH ATHIRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Pada 5/2/218, dari mlm smpai la ke subuh mata x  boleh nk tidur..  Pejam kjp je x smpai 10 mnt tjaga balik.  Ikram ada kje servs aircond kat wisma v5, dah nk azan subuh baru la nmpk btg hdg En.Suami. Nurul rasa nak terkencing p la bilik air.  Kuar Tiba melelih air igt tkencing p Ambil mop lantai..  Nurul mop la..  Masuk bilik nk tukar kain tiba² mencurah terus air keluar..  Ni mesti air ketuban,  terus suruh Ikram panggil Mak Nurul tgkkan budak² sbb nk p hospital..  Ikram sepantas kilat dok siap² nk p hospital..  Tggu ikram p Ambil krte..  Tggu punya tunggu x smpai2. Smpai budak nak p sekolah tgk nurul lain mcm.  Msti dlm fikirkan budak tu Acik ni tkencing dlm kain ke 😅😅😅.  Nurul tgk budak tu pndang lain mcm trs gerak cari ikram kat parking rupanya b3 krte KO.  X pnh lk krte ni wat hal time kecemasan ni lak die wat hal.  Igt nk jumper dgn krte Abah or trs pakai krte Abah.  Ikram p la ambil kunci krte Abah.  Start² x boleh start plk...  1 lagi masalah dtg tibe²..  Xde pilihan Nurul srh ikram bawa Nurul naik motor je.  Ikram srh naik ambulance JPAM tp Nurul fikirkan balik naik Ambulance JPAM Karang ape² ikram nk naik ape.  Tu yg srh Ikram Bawa Nurul naik Motor je.  ( Bila cite kat org semue tkejut dah pecah air ketuban leh naik motor,  Krg tberanak kat atas motor..)  Sbenarnya x rasa pape pun cuma air ketuban je pecah.  Perut x sakit pun. Klau sakit sangat mmg Nurul naik Ambulance terus 😊😊😊..


Air ketuban pecah time tu pada pukul 6 lebih dah nak dekat pukul 7 pagi dah.   
Sampai Hospital Ampang check pembukaan baru 3cm jd air ketuban dah pecah mmg kene tolak ke LR terus.  Tp Nurul x mkn pape lg mlm td pun cuma makan Maggie je 😅😅..  Tu je yg selera.  Takut xde tenaga la mlm td x tidur lagi.  Karang x boleh nak teran.  Jadi suruh Ikram p cari makanan dulu.  Ikram pun x tidur & x mkn lagi + penat wat kerja subuh td baru balik x smpat nak lelap mata pun dah kne bawa Nurul p Hospital.  
Skrg Ikram dah pening kepala + dah msuk angin tgk die kuatkan jgk. 

Dah makan dah rehat Nurul diminta baring sebab Kena tolak p LR. 

Dah siap² pakai baju utk masuk Bilik Bersalin.  Tiba2 mula rasa berdebar²..  

Bismilah...  Harap² smue bjalan dgn lancar..  

Abaikan jam tu..  Jam tu dah rosak..  

Tengok jam tepat pukul 12 tengah hari Nurul masuk LR. 
Belum rasa sakit² lagi tp baby ade mengerat kejap² tp x kuat pun biase2 je..  
Pukul 1.15pm, Ikram dibenarkan masuk dlam LR.  Nurul masih belum rasa sakit lagi smpai la pukul 2 pm. 

Ikutkan Graf ni Nurul sepatutnya akan rasa sakit sgt.  Tp doktor tgk Muka Nurul mcm biasa je.  Habis x sakit xkn nk wat sakit & mengade² sakit..  Sampai 3 4 org dktr masuk LR Nurul. 
Dorg tpaksa masukkan Nurul Ubat.  Nurul mula ada sakit tp x kuat.  Graf tunjuk mcm gmbr rajah atas 👆 Dktr bg tempoh 3.30pm klau x sakit dorg akn tolak Nurul bilik bedah sebab takut baby stress kat dlm sbb tu Nurul x rasa pape.  

Pukul 3.20pm Nurul,  mula rasa sakit tapi x kuat masih boleh tahan.  Tapi Nurul cakap dgn ikram tgh sakit sangat x tahan Suruh panggil dktr.  Tp Dktr check baru 7cm 😅😅 baru dktr kuar nurul srh ikram pggil lagi Nurul Kate Nurul nak teran.  Dktr kate takpe Cuba teran smbil tu die tolong bukakan pembukaan.  Alhamdulillh Sweety Ibu mula nk keluar..  Dktr kate Nurul dah boleh teran alamak time srh teran betul² ni pulak x boleh.  Xpelah Nurul Cuba.  Mcm x kuat tenaga nak teran.  Kpala baby dah nak kuar Nurul Kena teran jgk klau x baby lemas ikram Cuba bg semangat tp Nurul bg taw Ikram,  Nurul mule xde tenaga mata rasa mengantuk sangat nak tidur.   Ikram kate Cuba jgk demi ank.  Dengan Semangatnya Nurul Cuba alhamdulillh boleh tp kali ke 2 tewas x kuat buat kali ke tiga Alhamdulillah kple baby kuar.  Nurse siap cakap baru kuar kple smpai lehr mata Sweety Ibu dah terkebil² nk lihat Dunia.  Nurul boleh pulk tsenyum & dok diam x teran lagi 😅😅 teran 2 kali baru la Sweety ibu Siti Rafifah Athirah selamat dilahirkan pada pukul 4.03pm seberat 3kg.  Tanpa jahitan.  Alhamdulillah bersyukur pada Allah,  comel sungguh bayi yg diberikan kepada Nurul & Ikram.  


Ni masih Dalam LR lagi.  
Comel sungguh ciptaan Allah SWT. 
Allahhuakbar..  Alhamdulillah. 

Nurul dibenarkan tidur dlm LR rasa nk 2 jam jgk Nurul tidur dlm LR mgkin x ramai nk bsalin kot time tu sbb tu dorg x terus tolak Nurul ke Wad.  Nurul tjaga Dorg sediakan makanan utk Nurul mkn bg tenaga balik.  

Pastu baru dorg tolak Nurul masuk wad.  Dah pukul 7.30pm rasanya time tu.  Waktu melawat dah Tamat..  

Bapa & mak mentua Nurul nk dtg..  Kne dtg mlm ni jgk sbb bapa mentua Nurul esok subuh 5 pagi dah blik sabah ade kerja.  Jd mntak kbenaran Nurse bg masuk dlm 15mnt utk wktu melawat.. Abg ipar Nurul,  Abg haras pun lik sabah esok jgk.  Tp pkul 5ptg. ( dorg pun x taw Nurul nk bsalin hari ni.  Dorg dah Ambil tiket awal²)

Esok harinya 6/2/18,  dktr check Nurul smuenya ok Baby xde kuning,  Nurul xde jahitan,  rahim pun ok jadi Nurul dibenarkan balik klau keputusan darah anak dah kuar. 

Pukul 10pagi dorg dah benarkan Nurul balik.. 

Ok Sweety jom siap² kita jumpa Princess & prince Ibu kat rumah..  Mesti Kak Long & Angah tggu ibu..  ibu nak tunjukkan kejutan kat ank² ibu,  perut ibu yg kembng selama ni dah kmpis & inilah isi perut yg kembung tu,  Siti Rafifah Athirah.. 

Sabtu, 1 Julai 2017

Pengalaman Mengandungkan Anak Nombor Tiga

PENGALAMAN MENGANDUNGKAN ANAK NOMBOR TIGA

Alhamdulillah

Hari ni 1/7/2017 Nurul cuba check upt alhamdulillah dapat keputusan yg m'gmbirakan Nurul..

Selepas melahirkan Muhammad Rafi Aiman pada 17/02/2016, Nurul belum period lagi sampai la 08/05/2017 klau tak silap la sebab dah lupa dah. tak igt bila almaklumla umur makin meningkat ank makin ramai hehehehe... kire nurul x datang bulan 1 tahun 3 bulan.. pas dpt taw je period terus kire waktu subur bile untuk boleh bsama suami.. mmg Nurul mrancang nk tambah lagi.. muda2 ni lah tambah anak dah tua2 nnt x larat dah.. x sangka allah berikan juga rezeki ank untuk Nurul.. Nurul Hanya mencuba Allah yg menentukan.. Alhamdulillah..

Buat masa sekarang Nurul x bagitahu suami lagi yang Nurul dah sah mengandung 7 Minggu.. Rasa belum masa sesuai utk bg tahu ikram.. tapi sblm merancang dulu Nurul dah bbincang dgn suami adakah die nak anak lagi masa terdekat atau nak tggu ank2 sekolah baru tambah.. Ikram kata dia ok je, x kisah tambah lagi.. dah bbincang mmg 2 2 bsedia nk tmbah lagi tu yang nurul merancang baru je dtg bulan terus kire purata ksuburan. Mudah2an janin dalam rahim Nurul membesar dgn sihat cukup 40minggu & selamat lahir ke dunia...


03/ julai/2017 - 8 minggu (2 bulan)

Minggu kali ni memang mencabar.. Masa mengandungkan Rafi Aiman, Ikram yang demam teruk.. Kali ni Nurul pulak yang demam.. x larat jadinya... nasib baik kerja rumah En.Suami buat walaupun die belum tahu yang bini dia dah berbadan dua.. Alhamdulillah bangun2 rumah dah bersih.. sebabkan demam x larat jadi suruh En.Suami je yang masak.. lagi tambah mencabar Rafi Aiman pun demam batuk selsema nasib baik x meragam sangat hanya nk melekat je.. Nurul pulak mcm x berapa selesa... En.Suami bawa Rafi Aiman pergi klnik Nurul jaga Rafqah Atiqah kat rumah.


10/Julai/2017 - 9 Minggu
Badan kadang2 naik panas tapi tak teruk sgt boleh la wat kerja rumah, jaga anak cuma kadang2 mintak tolong jgk En.Suami wat kerja rumah atau uruskan anak..
Minggu lepas mmg hilang selera makan minggu ni pun belum ada selera nak mkn.. klau makan je mesti x habis.. tapi klau buah2an Nurul leh makan letak la banyak mana confrm boleh sumbt dalam mulut... dari segi perut baru 9 minggu x nmpk pape pun.. mcm biase je... blum nmpk mcm perut orang buncit lg mungkin kena tunggu 5 bulan kot baru nampak ..


31/Julai/2017 - 12 Minggu (3 bulan) 
Dah lama Nurul x update kali Nurul ada alahan x macam Rafqah Atiqah &  Rafi Aiman.  Selalu pening kepala & tekak Loya je.  Rasa Nak pitam pun ada.  Ada sekali pergi beli barang dapur tiba-tiba mata jadi kabur & teling rasa bdesing,  Nurul terus duduk sebab rasa Nak tumbang. 
Check up untuk 3 bulan berat Nurul hanya 44.1kg je.  Nurulkan mmg jenis kurus 😔😔. 


28/Ogos/2017 - 16 Minggu (4 Bulan) 
Alhamdulillah alahan makin berkurang.  Kali ni Nurul amalkan minum pati delima & pati kurma,  untuk kurangkan rasa mual. Tapi badan masih lemah lg.  Pada bulan ni Nurul check up kat kg sebab bercuti kat kg dok malas nak tkejar2 balik K.L.  Mula2 igt nk tukar tarikh temujanji je,  tp dorg kate boleh tumpang check up kat kg jd Nurul trs g check up kat kg. Sampai K.L pi klnk mintak tarikh baru.  Esok harinya bg nurse dtg rumah dok marah2 bg taw kate Nurul x bg taw 😡😡😡.  Masa check up kat kg berat 44 je mungkin sbb penimbang lain kot.  Hb Nurul 11.3. 

25/September/2017, 20 Minggu ( 5 Bulan) 
Perut Nurul dah nampak tp alah2 perut buncit.  Nurul selalu pakai baju besar jadi ramai yg tak tahu Nurul mengandung. Yang tahu orang yg baca status kat fb Nurul je.  Yang tak ada fb tu mmg x taw lah Nurul mengandung.  Mak Tiri ikram pun baru taw sbb dah ramai bg taw dia tp kami nafikan.  Last bg taw jgk smpai Bila nk rahsiakan..  Bapa ikram pun baru taw Dah hujung2 kndungan Nurul nak masuk 6 bulan. 
Check up 5 bulan berat Nurul 47.6kg.  Tiba pulak naik 3.6kg.  Terus dapat date appointment 2 minggu lg. Hb naik sikit 11.6.

23/Oktober/2017, 24 Minggu (6 Bulan) 
Perut masih x nmpk besar pun. Skrg selera makan dah kurang tapi masih boleh makan lagi.  Perut??  Mcm tu jelah..  Pas makan nampk la kembung lepas tu nmpk biasa2 je.  Pakai baju besar org xkan perasan punya.  Nurul mmg skrg dok cari baju Mak Nurul je klau nk kuar.  Smpai lepak dgn kawan2 sorang kate,  tgk status mcm org mengandung x mengandung ke?  La dah 6 bulan masuk 7 bulan kate x mengandung 🙁🙁..  Ada yg x taw siap kate ko ni anak 2 badan kecik tapi perut buncit.  Ermmmm kannn jelah...  Hang tggu jelah tahun dpen aku dok bawa isi perut ni Jumpa hang 😂😂😂.. 
 Check up 6 bulan berat Nurul 50kg.  Kali ni hb Turun hanya 11.2. Jantung bayi +148. Tggu rahim hanya 25cm je...


20/November/2017 (7 Bulan)
Kadang-kadang pagi rasa nak muntah. kadang-kadang tengah malam tiba-tiba rasa nak muntah.
Nurul sekarang dah mula susah nak tidur. kalau tertidur pun kejap dalm sejam dua lepas tu akan terbangun & dah tak boleh tidur balik. time tulah Nurul dok main game smpai la pukul 4 5 pagi barulah mata terlelap. tapi pagi pukul 8 9 dah bangun dah sebab mula rasa nak buang air kecik je.
Check up 28minggu,  Hb Nurul rendah hanya 11.1. Berat 52.2Kg naik 2.2kg dalam masa 1 Bulan. Tinggi Rahim 27sm.  Jantung Baby 142bpm.
Check Up 31 minggu,  berat 52.9kg naik cuma 0.7kg dalam masa 3 minggu.  Tinggi Rahim 30sm & Jantung Baby 144bpm.




18/Disember/2017 (8 Bulan)
Baby sekarang suka bergerak tengah malam. memang susah nak tidur dibuatnya pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena. Nak buat kiraan pergerakan baby pun susah sikit klau x buat papa mmg baring je mmg pukul 2 3 dah cukup 10 kali gerakkan.  Klau tgh buat kerja rumah mmg susah sikit nak kira.  Stress!!  Lagi la susah nak rasa pgerakkan baby.  Buat biasa la anak2 mula membesar jadi mereka ni banyak akal. Naik baik xde darah tinggi 😅😅..
Check up 33 Minggu,  hb Nurul dah naik sikit 11.7cm.  Berat 53.8kg naik 0.9kg dalam masa 2 minggu.  Tinggi Rahim 32cm.  Jantung baby +143bpm.
Check Up 35minggu,  kena buat MGTT Sblm ni time 28Minggu keputusan MGTT x memuaskan, sblm mnm air gula 4.5 pas mnm air gula negatif.  Jadi kena ambil lagi pada minggu ni.  Harap ok la dah mls nk minum air gula.  Hb nurul time ni naik dgn jayanya 12.2 akhir ni nurul amalkn ambil pati kurma dgn pati delima.  Mula2 Nurul akan wat air pati kurma dulu segelas air 2 sudu makan pati kurma.  Selang dlm 10minit wat air pati delima pulak.
 Berat 55.3kg naik tinggi sikit 1.5kg dalam masa 2minggu. Tinggi rahim 33cm..  Jantung baby +141bpm..




15/Januari/2018 (9 Bulan) 
Nk Ambil keputusan MGTT baru trambil keputusan 28/11, tgk keputusan MGTT Nurul ok..  Tgk blik yg hari tu punya,  rupanya bkn Nurul punya Nurul Asyikin Ghazali punya,  x psl2 Nurul kne Ambil lagi sekali MGTT..  Nak wat mcm mne dh Ambil dh pun 😢😢..  MGTT hri tu sebelum 3.9 slps mnm air gula 4.4.. 
Ok genab 9 bulan 15/1 berat 55.3kg,  berat x naik & x Turun..  Tinggi rahim 35cm..  Jantung bayi +140bpm.. Masa scan berat baby 2.7kg.  Nurul cakap kat dktr anak2 saya smue bawah 2.5kg dktr Kata tula  tgk ni mcm bsr sikit pipi pun mmg nmpk tembam..  
Check up 37 minggu,  berat 55.6kg,  naik cuma 0.3kg.  Tinggi rahim 36cm.  Jantung bayi +143bpm.
Check up 38minggu,  berat 57.2 kali ni tiba2 naik 1.6kg per minggu tinggi rahim masih 36cm.  Jantung bayi +138bpm.  Hb nurul 12.0.
Check up 38 minggu pada 6/2/18.

Pada 1/2 hari wilayah..  Kamal dtg umh nk pnjm stroller baby.  Sekali tu die ajak jln sekali..   Mula2 kamal ajak p titiwangsa,  ttwgse time tgh hari cnfrm2 panas.  Last2 p Wangsa mall.  X wat pe pun hnye main game je..  Sblm blik sggh p mkn kat KFC... Bila jln2 ni x berapa rasa pgerakkan baby.  Jadi Nurul igt nk p check dulu kat hsptl. Kne tahan wad. Takut tjadi ppe kat baby. 

 Ni pic time kat Wangsa Mall. 

 Balik dari Wangsa Mall,  rasa pgerakkan baby kurg trs p check kat hospital.. Last kne tahan tidur kat wad la Malam ni..  

 Kali ni tdr xde ank2 kat sbelah.. 
Bawa perut je 😅 

Bsedialah nak p bilik bersalin.. 

Tamat...  Kita Sambung kat Page "Pengalaman Melahirkan Siti Rafifah Athirah"

Ahad, 28 Februari 2016

Pengalaman Melahirkan Muhammad Rafi Aiman

PENGALAMAN MELAHIRKAN MUHAMMAD RAFI AIMAN

Seperti pernah saya cerita sepanjang mengandungkan Muhammad Rafi Aiman, ini lah saat dinantikan kelahiran zuriat dari rahim Nurul... Muhammad Rafi Aiman atau lebih senang kami panggil adik (mula2 nak pggil Angah tengok Kak Long dia macam susah sebut nama Angah trs tukar nama adik buat panggilan manja2 keluarga). Hari ini 39 minggu 2 hari adik dalam rahim Nurul. Aktiviti malam tadi membuatkan adik cepat nk keluar, ibu pun x sabar hari2 buat senaman ibu mengandung macam2 senaman la Nurul buat tgk kt google & youtube.

Pukul 1.00am baru Nurul rasa letih & nak tidur.. Tiba2..... rasa sakit pinggang sangat tapi leh tahan lagi la... pastu asyik nak ke toilet je.. last sekali g toilet dalam pukul 4.00am Nurul tgk ada tanda2 kuar darah igt mcm kak long dia dulu keluar darah seminggu lepas tu baru bersalin.. 
Jadi malas nk g hospital lagi tunggu betul ada rasa tanda2 nak bersalin baru pergi. 
Tapi kali ni tak macam bersalinkan Siti Rafqah Atiqah, Darah asyik keluar je. Dalam pukul 8 pagi tengok darah makin banyak sakit pinggan tu ada tapi tak adalah kuat sangat. Nurul berjalan sini sana. Nurul ajak En.Husband pergi hospital. Pergi Hospital dalam pkul 10.00am. Nurul suruh En.Husband singgah McD dulu nak li sarapan mana taw lama menunggu karang kelaparan. 

Macam biasalah Hospital Ampang mmg susah cari parking kebanyakkan parking khas utk staff je.. jadi En.Husband turunkan Nurul dulu. En.Husband dgn Kamal pergi cari parking kereta.

Nurul dengan tenangnya serahkan buku merah kat kaunter. 3 minit selepas itu nama Nurul di panggil tukar kain & baring kat katil no 2. Scan & check pembukaan dah 4 cm. Spatutnya dah kena tolk kat Labour Room tapi LB dah full so kena tggu kat wad dulu. Itu yang Nurul suka xdelah baring lama2 kat LB tu. Dah masuk LB bkn leh wat pe pun baring je... 

Pukul 12pm - 3.15pm, Nurul dok kat wad 4d no 12. Dan ini masanya utk tolak Nurul masuk Ke LB. En.Husband pun x sabar nak masuk tapi Nurse tak bagi tggu tugasan Nurse check Nurul kat LB baru En.Husband leh masuk. Sambil2 tggu nurse panggil dgn semangatnya En.Husband telefon mak ayah & mak abah Nurul bagi taw Nurul nak bersalin serta doakan Nurul dipermudahkan bersalin serta maafkan kesilapan Nurul.

Pukul 3.30pm Husband dah leh masuk LB teman Nurul. Sakit pun dah mula bertambah rasa nak bangun & berjalan je hilangkan sakit malangnya mmg x leh bgn... Alhamdulillah En.Husband ada kurangkan rsa sakit dgn mengurut pinggang Nurul serta bercerita macam2 wat Nurul terhibur, Nurul pun dah tak igt kami bercerita apa tah time tu. En.Husband saja buat macam tu sebab nak Nurul tak layankan sgt rasa sakit tu.

Sakit makin bertambah rasa macam nak meneran. Pukul 4.05pm, Nurse Saleha check pembukaan rahim alhamdulillah dah 8 cm. Dorang siap2kan barang utk bersalin. 
Pukul 4.15pm Nurse suruh Nurul cuba teran... Teran pertama tak menjadi. Teran kedua mcm tu jgk... kali ke tiga nurul teran sambil pejam mata Nurse Saleha x bagi tapi Nurul degil buat jgk Alhamdulillah 4.23pm Muhammad Rafi Aiman selamat dilahirkan ke dunia yang fana ini. 

Syukur alhamdulillah Nurul selamat melahirkan Muhammad Rafi Aiman (Yang terpuji, Tinggi Darjatnya, Yang Bertuah) dgn cara Normal pada 17 Febuari 2016 bersamaan 8 J'Awwal 1437H. Jam 4.23 petang di Hospital Ampang Selangor Darul Ehsan.

Selamat Berpantang 44 hari Princess Nurul. Mata mula pandang ke kelnder Habis pantang 1 April 2016.





Ahad, 24 Januari 2016

Suami Lebih Setia Lepas Punya Anak, Ini Faktanya!


Suami Lebih Setia Lepas Punya Anak, Ini Faktanya!!!


Korang mungkin pernah dengar cerita dari rakan sendiri yang mana pasangan mereka berubah secara drastik selepas punya anak. Sama ada jadi penyayang, lebih bertanggungjawab atau sanggup berhenti merokok. Tak dapat dinafikan kehadiran anak memang boleh mengubah banyak perkara dalam kehidupan termasuk sikap lelaki yang kaki perempuan.

Menurut satu kajian selepas kelahiran seorang anak, lelaki atau suami yang playboy mungkin berubah drastik jadi seorang yang setia. Salah satu faktor pendorong perubah karakter ini kerana adanya tanggungjawab sebagai ketua keluarga terutama sekali bila lelaki itu kali pertama bergelar bapa.

Perkara ini disebut dalam kajian yang dibuat oleh pengkaji antropologi dari Northwestern Universtity Amerika Syarikat. Menurut kajian itu, keinginan lelaki untuk melirik mata kepada wanita cantik dan seksi menurun ketika lahirnya bayi mereka.

Mereka sebaliknya lebih cenderung untuk menjaga dan mendidik anak. Selanjutnya, ia turut merungkai bahawa terdapat perubahan hormon berlaku dalam tubuh seorang lelaki apabila mereka memiliki anak. Kadar testosteron lelaki menjadi lebih rendah, sehingga mereka lebih fokus untuk membina dan menjaga keluarga.

" Kadar testosteron memengaruhi perilaku dan karakter seorang lelaki. Mereka akan jadi lebih tenang dan fokus pada perkara-perkara yang penting untuk masa depan, iaitu keharmonian rumah tangga" demikian menurut Chistopher Kuzawa, salah seorang pengkaji.


Jelasnya lagi, lelaki yang sudah menjadi ayah mendapat motivasi untuk bekerja lebih keras demi memberikan kehidupan yang lebih baik pada keluarga. Hasil kajian itu mendapati, penurunan kadar testosteron pada lelaki tang sudah berkahwin namun belum mempunyai adalah sebantak 14% sementara itu, lelaki yang mempunyai anak kadar testosteonnya menurun kepada 34%. Disimpulkan juga bahawa semakin tinggi peranan lelaki di rumah sebagai ayah, kadar testosteronnya semakin menurun.

OK.

Fakta ini memang menarik. Tapi adakah ia bermakna isteri kena beranak setiap tahun sampai tua???? Pengsan!!!!!!!

Ahad, 17 Januari 2016

Cara Meneran Semasa Bersalin

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN



1) Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.

2) Mata pandang perut.

3) Tangan pegang di pergelangan bahagian kaki atau pemegang pada katil.

4) Semasa proses meneran, elakkan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tidak kuat.

5) Jangan sesekali mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.

6) Tarik nafas sedalam yang mungkin dan teran seperti membuang air besar tanpa menghembus nafas semasa meneran. Teran sekuat yang terdaya dan selama yang boleh, curi nafas dan sambung meneran. Setiap kontraksi cuba sebanyak 3 kali. Teran semasa kontraksi kerana bayi anda turut bergerak sama. Ambil nafas dan kumpul tenaga semasa kurang kontraksi.

7) Amalkan membaca selawat dan doa Nabi Yunus. Sebaiknya suami membaca doa Nabi Yunus ini agar dapat memandu isteri mengikut bacaan suami kerana mungkin masa itu anda akan terlupa dok menahan sakit..


8) Suami sentiasa memberi kata-kata semangat untuk isteri.

Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI