Khamis, 22 Januari 2015

Bawa Rafqah Jalan2 kat Suria KLCC

BAWA RAFQAH ATIQAH JALAN-JALAN KAT SURIA KLCC

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Hari2 bawa Rafqah main katTaman rumah tak pun kat Taman Tasik Ampang Hilir. Jika panas bawa RAfqah main kat Tesco Ampang main kat Capcom Station.
Tengok cuaca esok hari ni kami bawa RAfqah Atiqah pergi Suria KLCC.

Sekali sekala bawa Rafqah ambil angin lain pulak takkan teman yang sama je.
Kita yang besar ni pun kalau asyik g tempat yang sama je pun cepat bosan.

 
Rafqah sebenarnya x sabar nak masuk dalam naik...

 
Hahaha kesian Rafqah, En.Hubby tak bagi RAfqah mandi bukan sebab x bawa baju. Nurul ada je bawa baju lebih Rafqah memang setiap kali jalan bawa pmpers dengan baju lebih..

En.Hubby kata orang ramai sangat takut ada air tak di undang masuk kat kolam tu.. Kalau sikit mungkin kurang sikit... kata En.Hubby lah... :-p
 
Kononnya macam dah pandai main sendiri pulak Anak Dara ibu ni...

 

Rafqah lebih suka main sendiri.. Rafqah taknak di pegang langsung...

 
CAntik x gigi saya...
 

oleh kerana x plan nak g KLCC main kat situ Nurul bg jelah baju biasa Rafqah pakai kat rumah. Ingat bawa g taman kat area rumah tiba2 terus bawa pergi KLCC. jadi bila main papan gelongsor tersekat tak licin....


jauh termenung anak dara ibu ni....

 
 
 
 
geli rumput time ni lembab sebab baru lepas hujan..
 

I Love Siti Rafqah Atiqah
Ibu & Ayah sayang Rafqah Atiqah..
RAfqah gembira kami lagi bertambah gembira.. <3 <3 

Teman Ayah pergi tukar USB kat LowYat

TEMAN AYAH PERGI TUKAR USB

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



En.Hubby kali ni guna Iphone5S dah 6 kali beli USB Iphone5S kali ni dah masuk kali yang ke 7 En.Hubby tukar USB.

Nasib baik ada warrnty lagi boleh En.Hubby g tukar. Kalau tak kena kuar duit lagi la jawabnya...

Beli yang mahal sampai Rm70 Rm80 pun boleh rosak... Apatah lagi beli yang murah tu lagilah cepat rosak.. tak tahu macam mana boleh rosak. Pelik sungguh En.Hubby guna macam beli pakai buang je...

Kali ni kami ikut En.Hubby pergi tukat USB kat LowYAt. Sambil bawa Rafqah jalan2.. Suka betul RAfqah Tengoklah gelagat dia.
Anak DAra ni bila tengok cermin suka betul... 


Rabu, 21 Januari 2015

Main Belon Buih kat Taman Tasik Ampang Hilir

MAIN BELON BUIH KAT TAMAN TASIK AMPANG HILIR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Bawa si kecik ni pergi main kat Taman Tasik Ampang Hilir.
Kesian kat Rafqah takut bosan duduk kat rumah. Nak bawa pergi taman kat bawah flat macam bosan sangat jadi hari ini hari ahad Nurul & En.Hubby bawa RAfqah pergi Tasik Ampang Hilir.



Seronok main kat taman RAfqah nampak orang main belon.Terus Rafqah tak nak main kat taman. Rafqah nak main belon buih.

En.Hubby tak ada pilihan sebab si kecik ni dah ada kaki.
Dah pandai jalan hala dia nak main kat belon tu jugak. Jadi En.Hubby kena beli jugak. 1 mangkuk sabun belon dengan stick tu RM4.

Sekali sekala takpelah jangan selalu sudahlah..
Lagi pun budak2 ni tak boleh dimanjakan sgt dari kecik.
Nanti dah besar biasa mintak macam2..  



Semoga Rafqah Atiqah Gembira
RAfqah Atiqah gembira
Ibu & Ayah ikukt serta gembira jugak...
I love Siti RAfqah Atiqah. 

Selasa, 13 Januari 2015

Selamat Ulang Tahun Siti Rafqah Atiqah


SELAMAT ULANG TAHUN SITI RAFQAH ATIQAH YANG PERTAMA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Kerana menyintai Allah SWT  kami dijodohkan mdirikan msjid pada 27/04/2012. Impian semua orang lepas kahwin teringin cahaya mata. 

September 2012 doktr mengesahkn Nurul mengandung. Kegembiran itu hanya smentara Disember 2012 Nurul mengalami keguguran. Hanya Allah SWT tahu berapa pedihnya jiwa ini ketika mengalami peristiwa itu. Berpantang sebulan dgn perasan kesedihan.

Hari ke hari terus mencuba April 2014 mengejutkan dgn berita gembira Nurul mengandung perasan yakin + was2 menghantui fikiran.  test sampai 3x. X berani bagi tahu org lain trmasuk fmily sendiri genab 3 bulan barulah berita ini tsebar..

13 Januari 2014, menahan sakit selama 3 jam di LR, Allahhuakbar hanya Allah saja yang tahu. 3.30am lahir la seorang hawa yg sekian lama berada dirahimku. 40 Minggu di dalam rahim kini lahirlah seorang insan bernama Siti Rafqah Atiqah. 

Alhamdulillah Rafqah senang dijaga. Hanya Meragam ketika naik bulan. Sehingga kini Rafqah jarang sekali meragam waktu malam.. Dahaga Rafqah hanya mengalirkan susu dari tubuhku sahaja. No susu tepung +++.. Gerak geri Rafqah dirakam setiap hari. Tidak penah rasa bsaing dgn kanak2 lain seusia dgnnya kerana diri ini tahu Rafqah adalah yg terbaik sekali. 

Hari demi hari Rafqah pandai duduk, pandai merangkak kini pandai berjalan, kpandaian Rafqah sentiasa kami puji, walaupun masih kecik diriku tahu bila dipuji Rafqah lebih semangat.. Rafqah juga seorang gadis pcinta Kucing.

Hari ini 13 Januari 2015 genab Siti Rafqah Atiqah berusia setahun Rasa baru semalam melahirkan Rafqah. Cepat betul masa berlalu. 

Ibu & Ayah doakan Rafqah menjadi seorang anak yang solehah. Semoga Rafqah menjadi seorang insan yang berjaya & dibanggai oleh Allah SWT. InsyaAllah.....


Selamat ulang tahun Siti Rafqah Atiqah.
AyahIbu LoVe U so much.... 

 Kek last minit smbut besday dgn kek panas.  Kek untuk anak tersayang kek dari air tangan seorang ibu. 
 
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI