tak sabar Nurul nak berkongsi berita gembira Nurul kat semua yang Nurul sah mengandung 5 Minggu. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu btapa gembiranya Nurul bila dengar berita tu.
ni gambar time kami dah nikah pada 27 april 2012 hari Jumaat. Errrmmm time nikah ni pun macam dugaan jugak kami kenA tempuhi kelam-kabut tapi alhamdulillah semua dah selesai dan tepat pada pukul 9.45pm Nurul sah jadi isteri kepada Ikram.
Yang ini pulak gambar time kami bersanding pada 29 April 2012 pada hari Ahad kami buat di Dewan Taman Tasik Ampang Hilir... Kira mahal jgk kos nak buat kat dewan. time ni kami x buat ktering sebab mak mentua nurul kate die pun buat ktering takkan Nurul pun nak buat order ktering kat tempat lain.. mula2 fikir betul jgk tapi akhirnya menyesal jgk sebab apa yang di rancangkan x bjalan dgn lancar. mmg mak mentua Nurul dia buat ktering tapi bila mak penganting pun nk buat persiap khwin ktring dah x ada orang urus. tapi akhirnya selesai jugak mjlis kami. apa2 pun kat K.L ni lebih baik buat ketering je. lainlah klau ada penduduk kampung yg snggup brgotong royong..
Kami dah berkahwin 4 bulan kahwin tapi rezeki tak ada lagi.. kadang2 geram jugak sebab kawan2 kami asyik tanya bila dorang nak jadi pakcik or makcik... adooiiii sedara mara pun ada tanya jugak tapi paling tnsion bila mak mentua tanya. Jawapan Nurul cuma x ada rezeki, lagi tu jelah jawapan kami kalau orang tanya..
walaupun macam mana pun Nurul tetap akan berusaha.. sekarang nikan HP dah canggih boleh dwnld klenda period jadi Nurul dapat tahu bila Nurul Period dan bila waktu Nurul subur.. sejak tu Nurul akan mini honeymoon dgn my hubby pada waktu subur Nurul. Sebelum tu Nurul dah bincang dah dengan suami. jangan buat sndiri2 , nnt suami nk mini honeymoon kita pulak tak nak sebab hari tak subur belum tiba pastu mulalah suami angin dan fikir bukan2. jadi baik bincang dengan suami dulu taw..
Selalu bayang agar dapat baby comel smpai lptop dengan pc kat offices pun Nurul set gambar Baby ni.. sebab bila pandang je gambar ni mesti tersenyum dan berdoa agar dapat baby secepat yg mungkin.. amin..
Pada 17 Oktober 2012 (Rabu) Nurul msg akak ipar Nurul tanya tentang doktor yang dia kata bagus. ramai yang pergi jumpa doktor tu sebab perkhidmatan dia bagus sangat.. Betul ke???? belum cuba belum try kan!!!!!!! jadi Nurul mintak no.tel & alamat doktor tu kebetulan plk time tu akak ipar Nurul nk pergi sana jgak ada sebab tertentu.. sambil tu boleh Nurul tanya masalah Nurul.. rezeki mmg dari Allah SWT tapi kita harus berusaha. jadi Nurul harus berusaha ambil tahu apa masalah dan sebab Nurul lambat dapat zuriat. Berdebar2 bila giliran Nurul & akak Ipar Nurul. Doktor scan perut Nurul dulu nak tahu perut Nurul ada masalah apa. masa sacn doktr nampak sesuatu tapi tak pasti jadi doktor Mintak Nurul test air kencing.. keputusan ye kat tarikh 17/10 tu.. Doktor tak nak bagi harapan sangat kat Nurul dia kata yang dia nampak itu mungkin darah beku or janin. tapi dari keputusan tu line no 2 tu macam nmpk tak nampak.
rasa tak puas hati esok pagi pas azan subuh Nurul terus test lagi sekali dapat keputusan 18/10. Nurul masih was2.. bagi tahu hubby pun yakin tak yakin je.. sampai 19/10 Nurul rase sakit perut sakit risau jugak ni cuma senggugut. jadi test lagi sekali dapat la keputusan 19/10. Nurul bagi tahu hubby ni sah mngandung.. Hubby terus call mak dia & tanya mak dia tentang Nurul mak dia kata kadang ada jugak orang mengandung anak pertama rasa pedih sikit..
Doktor suruh jumpa dia semula pada 30/10 tapi malam 24/10 perut Nurul sakit tersangat2 tak tahan sampai beberapa jam asyik terbangun je.. pastu kejut hubby suruh urutkan belakang sebab sakit perut sampai ke tulang belakang jadi suruh hubby urut belakang Nurul. Subuh bangun pun masih sakit jugak.. Nurul mmg x dapat nak tahan terpaksa ambil cuti.. jadi Nurul cerita kat doktor semua. doktor scan perut Nurul alhamdulillah doktor kata 100% Nurul di sahkan mengandung alhamdulillah akhirnya dapat jugak rezeki.
doktor bagi Nurul ubat folic Acid Untuk mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina Bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dan banyak jugak nasihat yang doktor Nandu bagi. tahu Nurul. memang x rugi pergi klink dia.
Balik rumah dengan senang hati, Hubby pun dah mula ada rasa aura dia nak berkerja keras.
mudah2an dengan zuriat ni kami dapat rezeki yang lebih baik untuk menjaga kandung anak sulung kami.
Alhamdulillah rezeki Allah SWT.
mudah2an dengan zuriat ni kami dapat rezeki yang lebih baik untuk menjaga kandung anak sulung kami.
Alhamdulillah rezeki Allah SWT.