Rabu, 25 Julai 2012

UCAPAN SMS RAMADHAN 2012

UCAPAN SMS RAMADHAN 2012

Pejam celik dah 4 Ramadhan 1433H, tak terasa pulak dah 4 dari kita berpuasa....
buat setakat ini ada beberapa sms dari kawan2 Nurul hantarkan Ucapan Selamat Berpuasa. Maiiiiii... Maiiiii Nurul nak kongsi dgn kamu smue...
kejap2 Nurul nak buka sms Dulu nak taip 1 persatu sms kawan2 Nurul hntr.. sat ye.. o_O

********************

BiLa BerGuRaU mEmBuAt KeTaWa
HaTi bAhAgIa WaJaH cErIa
mAaF dIpInTaR sEgAlA DoSa
SaMbUt GeMbIrA PuAsA yAnG MuLiA

mArHaBaN yA rAmAdAN 1433H
MaAf ZaHiR & BaTiN.


********************

M@rh@b@n y@ R@m@dh@n,
Pucuk sel@sih bertun@s menjul@ng,
D@h@nny@ p@t@h tolong betulk@n,
Pu@sa R@m@dh@n kemb@li menjel@ng,
s@al@h & khil@f mohon dim@@fkan.
Sel@m@t Menun@ikan ib@dah pu@s@ b@gi t@hun 1433H.


********************

Mengharap padi dalam lesung, yg ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini,
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang
SayaMohon Maaf Zahir & Batin

**********************************

Ya Allah, Muliakan & Sayangilah saudaraku
Bahagiakan keluarganya, berkati rezekinya,
Kuatkan imannya, berikan kemikmatan ibadahnya,
Jauhkan dari segala fitrah. Amin Ya Rabbal Allamin..
"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan"
Mohon Maaf  Lahir & Batin

*********************

Jika semua HARTA adalah Racun maka ZAKATlah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah Dosa maka TAKWA & TAUBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya.
atas kesempatan ini saya ingin Memohon Maaf Zahir & Batin.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Pada tahun 2012 ini. ^_^

*********************

Manusia tak pernah lari dari salah & khilaf
Kerana Manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan.
Mohon maaf zahir & batin

**********************

Marhaban Ya Ramadhan
Semoga bulan ini pernuh BBM (Bulan Barokah & Maghfirah)
Mari kita PREMIUM (PRE Makan &  Minum)
serta SOLAR (SOlat Lebih Rajin)
& MINYAK TANAH (Meningkatkan Iman & baNYAK TAhan Nafsu amarAH)
tambahan juga PERTAMA ( PERangi TAbiat MAksiat)
SMS diberi merepek benar apa-apa pun
Mohon Maaf Zahir & Batin
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H

*********************
Di zaman penjajahan para pahlawan

Berjuang Mati-matian melawan Komonis & tentera Jepun,
Sementara dibulan Ramadhan ini kita umat Islam
Berperang sekuat tenaga melawan hawa nafsu.
Semoga Ramadhan 1433H ini
Kita dapat mengalahkan hawa nafsu 

& menuju kemerdekaan dalam Adilfitri



**********************

Dahulunya ingin sekali ku memohon maaf padamu
Tapi dek kerana diriku terlalu malu ku pendam hasrat itu
Hari ini kuberanikan diri pinta sesuatu darimu
Menjelang puasa ku harap kau berikan maafku atas kesalahanku.

***********************
Syurkurku pada-Mu Ya Allah atas nikmat yang telah kuterima
& nimat yang akan datang esok, lusa, dan nanti.
Nikmatmu yang tak putus-putus merupakan bentuk kasih sayang-Mu Ya Allah.
& ampunilah segala dosa yang melekat pada diriku ini.
Di bulan Ramadhan ini, Aku memohon ampunan-Mu.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

************************

Setitik tinta jadi noda
Setitik salah jadi dosa
Bulan Penuh Berkat segera tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban Ya Ramadhan,
Sambutlah dengan senyuman.

************************

Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kenginjingi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
menjadi kebaikan di bulan suci ini
Marhaban Ya Ramadhan
Mohon maaf Lahir & Batin..

*********************

Berpuasa di bulan Ramadhan  adalah
Kunci kepada Kebenaran, Keikhlasan,
Kemuncak dan kesejagatan syukur
Tambahan pula, Mereka yang akan merasai betapa kedilnya
dirinya di hadapan Allah &
memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah..
Salam Ramadhan dari saya ^_^.

###################

Berakhir Sudah... Penat tangan & mata memblik sms..
Nurul ucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah kamu semua berikan pada saya. saya hargai ucapan yang anda berikan..
yang mana ada Nurul x Rply msg Sory Kredit tgh xde.. hehehhehehehhe
atas kesempatan ini Nurul ucapkan dekat sini jelah ye... ^_^


Perkataan yang indah adalah ALLAH
Lagu yang merdu adalah AZAN
Media yang terbaik adalah AL-QURAN
Senam yang sihat adalah SOLAT
Diet yang Sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah adalah HAJI
Khayalan yang baiak adalah ingin akan DOSA & TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yang suci hadir membawa Iman & takwa.
Amin Ya Rabbal AlLamin
Nurul Mohon Maaf Zahir & Batin.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H







Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Berpuasa I 1433H/ Lafaz Niat Puasa


Selamat Berpuasa 1433H / LAFAZ NIAT PUASA






Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pengumuman Puasa 2012 | 1433H
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21hb. Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong dan setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu telah disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Selamat berpuasa semua!

Ahlan wa sahlan ya ramadhan..kadang-kadang tak di nafikan niat puasa bulan ramadhan ni ada yang terlupa terutamanya anak-anak. Orang tua pun ada gak kann..

 Lafaz Niat Puasa

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan :
Lafaz niat puasa ini dibaca sekali sahaja pada malam sebelum memulakan puasa yang pertama. Apabila baca niat ini,  dah tak perlu lagi untuk baca niat ini pada hari yang berikutnya.

  نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


Lafaz Niat Puasa Untuk Harian :
Dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur. Kalau nak mudah, baca sahaja lafaz niat puasa untuk sebulan, mana tau nanti terlupa terutama yang muda belia/bujang yang tidak menetap dengan keluarga.  Kadang-kadang terlajak bangun selepas habis imsak ataupun bila azan Subuh berkumandang.

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa (Seorang) :
Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Berbuka Puasa (Ramai) :
Doa ini dibaca untuk lebih dari seorang. Hanya tukarkan ‘ta’ kepada ‘na’.
Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Doa selepas berbuka puasa :
Doa Lepas Buka Puasa
Maksud : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
*****************************************
Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.


Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan).


Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.
Teknik Buat Blog 2010-2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox
SENSASI