Halaman

Ahad, 20 Disember 2015

GAMBAR NURUL KENA CURI !!!!!

GAMBAR NURUL KENA CURI!!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Gambar Nurul kena curi!!!!

Siapa pernah kena mcm ni?? Gambar kita ada orang lain guna untuk tujuan lain. Mesti ramai rakan blogger pernah kenakan?? Tak sangka kali ni giliran saya pulak yang kena. Aduhhhhhh......

Nasib baik Kawan En.Husband cepat-cepat infrom kat Nurul pasal perkara ni. Dia ternampak kat group akaun facebook Kelab Ibu Hamil, Menyusu dan Berpantang update status tentang Hilang Maruah semasa hamil atas blog Kelabibuhamil.com. Gambar yang dia gunakan sebiji muka family saya yang saya update kat Pengalaman Bersalin Anak Pertama. Yang buat saya marah, geram, sakit hati ialah tentang artikel yang bukan-bukan pasal minah sabah mana dia reka cite yg merepek pastu curi gambar Nurul letak kat situ.  Kelab dia sebanyak 33k follower baca tentang artikel tu. Dia buat cerita bukan2 tu x kisahlah ini siap ada gambar Nurul sabar jelah..

Asalnya tadi nak makan burger sambil tengok Tv sebelum tu online fb sat tgk kawan En.Husband taq nama Nurul. Mula2 biarkan je nk kata apa psl pngalamn nurul bersalin anak pertama. X sedap hati nk offline baca komen kat situ jd pelik, knpe dorg kata aku org sabah itu ini cuba buka link kelabIbuHamil.com. Astagfirullah al azim dia guna gambar Nurul rupanya dah jadi fitnah serta menjatuhkan maruah family Nurul.

Tak lama kemudian peguam kat tempat kerja lama Nurul msg tanya pasl tu. Nurul cite hal sebenarnya kat dia. Dia suruh Nurul wat report. Kebetulan En.Husband kat luar jumpa kawan area balai polis Nurul suruh En.Husband screenshot blog tu & terus suruh cepat2 wat report polis utk jaga keselamatan atas jenayah siber.


En.Husband kata ada orang suruh saya lakukan report ke google+ psl perkara ini. Tapi macam mana google+ bertindak pun saya tak tahulah. Kira tunggu jelah nanti. Yang penting saya dah ambil tindakkan. Saya harap masalah ini dapat di selesaikan oleh pihak polis & google+

Macam mana nak wat report google+??

1) klik pada detail. Pilih report/block
2) klik pilihn anda  & klik done.
3)  isi segala maklumat yg diperlukan termasuk upload gambar Id.
4) akhir sekali klik submit...
Tunggu jelah Google+ wat tindakkan.


Selain dari tu jika gambar kena curi, berkemungkinan besar orang yang guna gambar tu untuk menyamar dan secara tidak langsung, mereka telah memburukkan nama anda. Faker la tu..

Untuk mengelakkab gambar anda dicuri:
1) Elakkan mengupload gambar banyak sangat. Semakin banyak gambar siupload, semakin banyak peluang keemasan untuk faker menjadi anda supaya orang lain percaya dengan faker.

2) Edit gambar dengan warermark. Watermark yang Cik Bunny maksudkan adalah letak link website/blog kat gambar anda.
Contohnya seperti gambar ni.

Nampak tak ada link "http://princessnurul0520.blogspot.com"
Jadi itulah watermark yang Nurul nak bagi tip. Untuk watermark, make sure link gambar/logo lwtak kat korang rasa pencuri susah nak cut gambar. Jangan sampai gambar kurang cantik sebab buat watermark.

So, sebelum gambar diipload, pastikan gambar sudah diesit dengan watermark

Alhamdulillah kes orang mencuri gambar atas artikel yg bukan2 tu pihak yang btanggungjawab telah delete. Terima Kasih atas kerjasama dari pihak yg bkenanan.

Kejadian ini jadikan pengalaman agar ia tidak berulang lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan