Halaman

Sabtu, 31 Oktober 2015

SURAH YANG DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG

SURAH YANG DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG



Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah pilihan iaitu:- 

  • Surah Yusuf - untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
  • Surah Luqman - untuk memohon anak yang cerdik
  • Surah Yassin - untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
  • Surah Al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu
  • Surah Al-Imran ayat 38 - untuk memohon anak yang baik
  • Surah Al-Imran ayat 8-9 - untuk memohon rahmat
  • Surah Ibrahim ayat 40 - untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat
  • Surah Al-Baqarah ayat 128 - untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T
  • Surah Yassin ayat 22-23 - untuk menjaga aqidah / memberi hidayah kepada anak
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9 - untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh / solehah dan baik.
  • Surah Al-Furqan ayat 74 - untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan / menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinlan anak / doa untuk kebahagian sekeluarga.